..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Patch Adams~Dr Happy

Jarang-jarang sekali saya berpeluang meneroka khazanah cd dan hard disk yang kelihatannya usang dan berdebu. Hari ini,terdetik di hati saya untuk membelek-belek khazanah berkenaan.

“Patch Adams” merupakan tajuk yang tertera pada sekeping cd-rom . Perasaan ingin tahu membuak-buak. Lantas,laptop dipasang dan cd dimainkan. Plot pertama dimainkan. Mata terus tertacap pada skrin komputer. Khusyuk. Jalan cerita yang teratur dan menarik membuatkan saya leka seketika. Hasilnya, drama medikal ini yang berlansung selama 2 jam lebih ini berjaya membuatkan saya menangis. Air mata kesedihan tumpah. Tidak hairanlah ramai yang memanggil saya dengan gelaran ‘Drama Queen-Ratu Air Mata’. Bukan apa,mungkin saya terlalu menghayati dan tahap obses saya terhadap sesuatu drama itu tinggi!

Patch Adam bukan dogengan

Dr Hunter Patch Adam

Dr Hunter Patch Adam

Hunter Patch Adams dilahirkan dalam keluarga sederhana di Amerika syarikat. Ayahnya bekerja sebagai seorang askar manakala ibunya tidak bekerja. Kehidupan Patch penuh dengan dugaan dan cabaran. Sedari kecil lagi, Patch kehilangan kasih-sayang daripada ayahnya kerana tugas ayahnya yang sibuk di pusat-pusat militan memaksa hubungan antara ayah dan anak seakan-akan pudar. Mujur jalur-jalur keretakan kasih sayang cepat dihidu oleh ibu Patch sendiri. Menyedari hal ini,ibunya selalu memberi bimbingan dan dorongan kepada Patch serta memberikan kasih sayang yang setimpal kepadanya. Sejak itu,Patch membesar dengan dorongan kasih sayang dari ibunya. Awal remaja, Patch sudah menampakkan ciri-ciri seorang pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang Sains dan Matematik. Tidak hairanlah,beliau sering menjuarai pertandingan rekacipta atau kuiz yang berkonsepkan Sains dan Matematik di sekolahnya mahupun di peringkat daerah dan negeri.

Kematian ayahnya di medan perang meragut kesempurnaan hidupnya. Bagi Patch,walaupun hubungan beliau dan ayahnya tidak lah begitu rapat,namun kehilangan ayahnya seolah-olah memadamkan impian dan cita-cita hidupnya sendiri. Inilah hebatnya kekuasaan Allah! Pemilik kasih sayang dan CINTA! Ketika Allah memberikan peluang kepada kita untuk merasai nikmat cinta kepada ibu bapa kita,kecaplah nikmat itu dan jangan sekali-kali mensia-siakannya. Cinta ibarat alunan ombak..sekejap sahaja ia datang menghiasi ruang-ruang jiwa kita dan pantas pula ia meninggalkan kita. Kerana cinta itu milik Allah dan hanya pinjaman sahaja kepada kita selaku hambaNya!

Selepas peristiwa kematian ayahnya,Patch dan keluarga berpindah ke Virginia Barat dan tinggal bersama-sama bapa saudaranya. Patch menganggap bapa saudaranya sebagai ayah kandungnya sendiri dan setelah berbelas -belas tahun penantiannya terhadap kasih seorang ayah,maka bapa saudaranya hadir mengisi kekosongan jiwanya kala itu. Di sini,Patch mula sedar bahawa kasih sayang dan kegembiraan merupakan penawar yang mujarab kepada setiap manusia. Beliau sanggup menjadi badut untuk menceriakan orang ramai dan kanak-kanak terutamanya. Kelebihan yang diberikan Allah kepadanya digunakan dengan sebaiknya. Kesannya,beliau berjaya menjadikan happiness and laughter sebagai terapi terhebat kepada orang ramai.

Hidup teruji

Langit tidak selalunya cerah. Graf perjalanan hidupnya diuji dengan dugaan yang maha perit untuk ditanggung oleh anak muda sepertinya.Patch disahkan menghidap penyakit peptic ulcer yang boleh menyebabkan penyakit barah perut. Akibatnya,beliau berasa putus asa dengan kehidupan dan telah menelan berbotol-botol ubat tidur. Akhirnya,beliau menjadi seorang yang pendiam,pemuram,pembengis-lain daripada dirinya sebelum ini.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan keadaan anaknya yang sudah lari daripada fitrah yang asal. Setelah dinasihati,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital mental . Di sinilah segala-galanya berubah. Seolah-olah beliau telah masuk ke satu tempat yang dipenuhi dengan cahaya dan cahaya inilah yang mendorongnya untuk berubah dan bangkit untuk kali kedua! Cahaya yang dimaksudkan ialah penghuni hospital mental ini. Beliau belajar mengenai kehidupan bersama penghuni di sini. Kebanyakan penghuni di sini mengalami masalah tekanan perasaan yang mendesak-tambahan pada masa ini,Dasar Apartheid dan pelbagai lagi dasar dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat yang menyebabkan rakyat daripada golongan pertengahan menderita akibat dasar yang tidak berperikemanusiaan ini. Penghuni di sini bukan calang-calang orang- doktor,saintis, kartunis,semuanya hebat-hebat belaka. Namun benarlah apa yang dikata,kedudukan,kekayaan,kebahagiaan bukanlah kekal selamanya..yang kekal hanyalah kecintaan kepada Allah. Filem ini membuatkan saya berfikir bahawa Islam memberikan sepenuh kesempurnaan kepada penganutnya. Konsep pergantungan kepada Allah diajar kepada kita awal-awal lagi dengan pengakuan syahadah. Sesungguhnya,konsep syahadah itu sudah menyeluruhi segenap aspek kehidupan seorang manusia. Manusia yang mengaku adanya Pencipta,percaya dan yakin pada Pencipta, mustahil akan melakukan sesuatu di luar batas manusia itu sendiri kerana mereka percaya adanya kuasa yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Fahaman ini hanyalah terdapat di dalam silibus agama Islam sahaja. Percaya pada Allah yang Satu..bukan trinity..quaternity dan sebagainya seperti yang dianuti oleh agama Kristian dan agama-agama yang lain.

adams2

Perjalanan memegang seuntai steteskop

Patch,ketika berada di hospital mental telah banyak menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak hairanlah,beliau diberi keizinan untuk keluar awal daripada hospital tersebut. Dan pastinya,dirinya telah menemui sesuatu yang baru. Dan penghijrahannya ke dalam institusi perubatan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Berbekalkan semangat cintakan manusia dan masyarakat sekeliling, Patch meneruskan niatnya untuk menggapai segulung ijazah dalam bidang medical doctor walaupun tahu bahawa usianya sudah lanjut..Sistem di hospital yang tidak mesra pesakit telah memaksanya untuk menggunakan formula ‘happiness as medical therapy’. Walaupun ditentang oleh kebanyakan doktor dan dihimpit oleh pertanyaan daripada orang atasan,beliau tetap meneruskan langkahnya itu dan tidak hairanlah semasa bergelar penuntut perubatan lagi,beliau telah membuka satu klinik percuma untuk orang ramai dan pastinya klinik nya menggunakan terapi kegembiraan sebagai cara utama untuk merawat pesakit.

Niat murninya untuk membantu pesakit telah disalahertikan oleh sesetengah pihak termasuk pihak pentadbiran universiti. Akhirnya,hukuman untuk  melucutkannya daripada meneruskan pengajian dalam bidang perubatan telah diterima. Namun Patch tetap bersabar. Beliau dibantu oleh rakan-rakannya dan hasilnya,satu sidang mahkamah mini dibuat bagi membicarakan kes ini.

Antara kata-katanya yang menyentuh hati saya ialah :

Judge : Are you aware that its unlawful to practice medicine without a medical license?

Patch : Now,if you ask me i’ve been practicing medicine,well,is this opening your door to those in need,those in pain,caring for them,listening to them,applying a cold cloth until a fever breaks,if this is practising medicine,if this treating a patient,then i’m guilty as charge sir.!

Patch : Sir,will you define treatment for me?

Judge : Yes.Treatment will be define as a care of a patient seeking medical attention.

Patch : I live with several people.They come and go as they please. I offer them whatever help i can. Now,here,the room filled with medical student here,dont let them anaesthesize you,dont let them numb you out to the miracle of life.always live in awe of the glorious mechanism of human body.Let that be the focus of your study not the quest for grades which I’ll give you no idea what kind of doctors of you will become. start your interviewing skills. Starts talking to strangers.Talk to your friends,talk to your wrong numbers..everyone.and cultivate friendship with those amazing people-nurses that could teach you.They’ve been with people everyday.They wade through blood and shit.They have a wealth of knowledge..and so do your professors you respect,the ones who are not dead from the heart up.Share their compassion!Let that be contagious!

Patch telah memenangi kes ini dengan jayanya. Beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan dan memegang ijazah kedoktoran yang diidam-idamkannya. Beliau telah menjadi inspirasi kepada seluruh warga doktor sedunia dan menjadi inspirasi bagi semua rakyat.Beliau telah membuka sebuah hospital percuma yang diberi nama Gesundheit Institute dan telah menulis dua buah buku yang berjudul Gesundheit: Good Health is a Laughing Matter dan House Calls.Pada tahun 1994,beliau telah memenangi anugerah daripada Institut Neotic Sciences for Creative Altruism. Dan movie Patch Adam telah diterbitkan pada tahun 1998.

Hunter “Patch” Adams has been a physician for nearly 30 years, but he has been a clown for almost 40. He lives to make people laugh and feel good. He says that he is looking for a world where love will no longer be extraordinary, and he thinks that the role of a clown and a physician are the same: “to elevate the possible and to relieve suffering.” Patch has been to many different countries with his clowns, trying to work his charms on the many different patients and underprivileged people of all shapes and sizes. He says that living in clown clothes is his gift to a world that he thinks is depressed, lonely, and lacking compassion. “

Hasil pengkajian saya terhadap movie dan kisah hidup Dr Patch,saya dapat simpulkan bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai di dunia ini asalkan ada usaha setimpal dan berterusan ke arah merealisasikan impian ini. Mengambil contoh, kehidupan sebagai pelajar perubatan memang mencabar dan memenatkan . Dengan kuliah yang amat padat,research dan kelas praktikal dan tutorial yang memaksa pelajar perubatan bersengkang mata menongkat lengan di meja selama berjam-jam lamanya semata-mata untuk mempelajari ilmu berkaitan sistem manusia yang terlalu kompleks ini. Hakikat memang hakikat. Namun,ingatlah, setiap kepayahan yang dilalui pada permulaan insyaAllah akan diakhiri dengan kesenangan. Jika Dr Syeikh Muszafar boleh naik ke angkasa dengan jayanya, maka mengapa kita tidak boleh jadi sepertinya atau lebih hebat daripadanya? Nothing is impossible in this world..

Ujian merupakan sunnatullah kepada setiap hambaNya untuk mengukur sejauh mana tahap kecintaan manusia itu sendiri kepada penciptaNya. Secara mudahnya, kita mengambil ujian di sekolah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap pencapaian piawaian ilmu kita sendiri. Jika mendapat keputusan yang cemerlang, maka ilmu kita sudah dikira pada tahap yang tinggi pada pandangan manusia. Begitu juga dengan ujian dan cabaran dalam hidup. Ujian dalam hidup untuk mengukur sejauh mana tahap pencapaian ilmu dan cinta pada Allah. Semakin tinggi ujian dan cabaran,maka semakin dekat kita dengan Allah. Semakin dekat kita dengan Allah,semakin kerdil kita denganNya. Maka,jangan mudah mengeluh dan cepat melatah dengan ujian yang diterima. Anggaplah ujian itu sebagai hadiah dan tanda kasih Allah pada hambaNya. Ujian hidup mematangkan kita.

Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah?Dan kepadaNya kami menyembah” (Al-Baqarah:138)

sibghah: agama Allah

Single Post Navigation

One thought on “Patch Adams~Dr Happy

  1. i think i wath this movie for more than 5 times but still didnt get bored. it’s a very inspiring movie.. i’ve list of medical movie that inspire me a lot

    1) ER!
    2) Patch Adam
    3) House
    4) Team Medical dragon
    5) Code Blue
    6) God’s hand Teru..

    i wanna be a great doctor someday. hope u will too.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: