..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Mati itu pasti.Hidup insya Allah~Siri 1

Hari ini berlalu dengan begitu pantas. Bermula jam 9 pagi,saya menghadiri kuliah Microbiology dan berakhir pada jam 1.15 petang. Kuliah selama 3 jam dan praktikal selama 1 jam memaksa otak saya untuk bekerja melebihi tahap maksima. Mata yang kuyu dan layu ditongkat dengan segunung semangat membara untuk meneruskan pengajian pada hari itu. Sisa-sisa kepenatan masih lagi terasa. Pedulikan itu semua. yang penting saya mesti gagahkan diri untuk menghadapi hari-hari mendatang. “jadi doktor lagi sibuk.Rasulullah s.a.w lagi sibuk,manusia paling busy di dunia ini”,pujuk hati.

Usai kelas praktikal,saya terus melangkah laju menuju ke stesen Metro. tinggal 15 minit lagi. sempat lagi saya singgah  di kedai hawashi(roti bakar mengandungi daging cincang di dalamnya). Pakcik menyambut saya dengan senyuman. Reda sikit keletihan saya. Akhirnya, 2 pizza dan satu hawashi saya kebas. Jam menunjukkan 1.25 petang. Alamak! saya memecutkan langkah saya menuju ke stesen metro yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Kelihatan Aisyah,junior saya sedang menunggu dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Selepas memberi salam,saya segera menahan teksi untuk menuju ke Hayyu Sabie,Madinah Nasr.

Mesej diterima daripada kawan saya. “kursus dah stat.cepat sikit”

Saya mengangguk mengerti. Serentak dengan itu,saya segera memberitahu pemandu teksi supaya memilih jalan yang tidak sesak. Sambil hati terus berdoa padaNya moga dipermudahkan segala urusan pada hari itu. Pizza dan hawashi yang saya beli tadi dihulur kepada Aisyah. Kepenatan tergambar pada wajahnya. Akhirnya,kami sama-sama mem’baham’ makanan tadi sambil bercerita-berkongsi cerita ceriti kehidupan. Alangkah indahnya ukhuwwah itu! Sekurang-kurangnya berborak dengan Aisyah mengurangkan kerinduan saya kepada adik-adik di Malaysia-adik-adik tersayang,Fatin Aliya,Fatin Adlin Sofiya dan Fawwaz Muzakkir..Rindu bangat pada kalian!

Alhamdulillah,kami sampai di Rumah Kelantan Baru tepat jam 2.30 petang. Saya terus naik ke tingkat atas. Aisyah terkocoh-kocoh mengejar saya. Kesian dik! Tika itu,Al-Fadhil Us Azib sedang membentangkan kertas kerja bertajuk “Pengurusan Jenazah”. “Alhamdulillah,sempat..”,bisik saya pada Aisyah. Mujur kehadiran kami disambut dengan senyuman oleh kakak-kakak ustazah di sini. Sekurang-kurangnya mengurangkan kepenatan yang kami tanggung. Happiness is the best medicine-Dr Patch Adams.

Antara kandungan kertas kerja “Kursus Pengurusan Jenazah”

1. Hukum menziarahi orang sakit

2. Perkara yang perlu dilakukan kepada pesakit nazak

3. Tanda-tanda hampir keluar roh dari jasad

4. Perkara yang dilakukan apabila menerima kematian

5. Perkara yang perlu dilakukan kepada orang yang baru meninggal

6. Perkara yang perlu dilakukan kepada si mati

7. Memandikan jenazah

8. Mengkafankan jenazah

9. Sembahyang jenazah

10. Mengebumikan jenazah

11. Kewajipan terhadap anak yang gugur

12. Ziarah kubur

13. Takziah

14. Hukum mengadakan kenduri arwah

15. Hukum menangis apabila menerima berita kematian

(insyaAllah,di lain entry saya akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai kandungan kertas kerja ini-cuma point 2,3,4,5,11,13 sedikit sebanyak ada kaitan dengan perofesion yang bakal saya sertai-Doktor..semoga dengan apa yang saya peroleh ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin apabila bekerja nanti)

Jam 4 petang,latihan praktikal ditunjukkan kepada kami. Saya turut mengambil bahagian sebagai pembantu ‘jurukemudi menguruskan jenazah” bermula daripada memandikan jenazah,mengkafankan dan mengebumikan jenazah. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan dipantau dan diajar oleh ustazah yang memang berpengalaman dalam bidang ini. Ustazah Dayang(ustazah yang amat berpengalaman dalam bidang ini) banyak bertanyakan saya mengenai  kaitan proses pengurusan jenazah ini dengan bidang perubatan. Antaranya, penentuan dan lokasi nadi dan denyutan jantung, hubungkait fisiologi mayat dan manusia dan sebagainya. Namun,semua pengetahuan saya mengenai bidang ini amat terbatas lagi. Saya perlu belajar mendalam mengenai forensik terlebih dahulu(insyaAllah tahun 4 nanti). Jawapan saya lebih kepada pengetahuan dalam pembacaan sahaja,merentasi skop perubatan sebenar,saya tidak berani lagi untuk menjawabnya..

Pengalaman pada hari ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Selagi diberi nyawa oleh Allah Taala untuk meneruskan hidup di bumi ini,maka kejarlah seberapa banyak amalan kebaikan sebagai saham kita di akhirat kelak. Sesunguhnya,setiap yang hidup pasti akan mati.Mati tidak mengira usia,pangkat,darjat dan keturunan. Apabila tiba masanya..”kun fayakun”..maka jadilah..

Dan pastinya pengalaman pad hari ini membuatkan saya berkobar-kobar untuk belajar bersungguh-sungguh. Berusaha untuk menyelamatkan pesakit saya nanti. Namun,ingat,mati itu pasti. Penyembuhan hanyalah wasilah kepada setiap individu untuk meneruskan kehidupan dan menambah nilai modal kebaikan untuk keuntungan di akhirat kelak. Inilah tugas seorang doktor Islam di samping bergantung kuat pada qada dan qadar Allah.

Mafhum hadis- “Penyembuhan untuk sihat memang dituntut oleh Allah”

Mati itu pasti,hidup insyaAllah-Ramlee Awang Mursyid

Single Post Navigation

One thought on “Mati itu pasti.Hidup insya Allah~Siri 1

  1. teringat dulu pernah masuk kursus 2
    tapi kejap je
    sbb ade kursus lain pada waktu sama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: