..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

SC Gabungan Kaherah

salam mahabbah buat semua.

sekadar coretan biasa di kala masa semakin menghimpit nafas jiwa.

Jumaat lalu,bertempat di Fakulti Perubatan Ain Shams University, telah diadakan SC(smart circle) gabungan PERUBATAN Kaherah untuk adik-adik Tahun 1. Program ini dibawah anjuran Mentor Council, Biro Pembangunan Insan,PERUBATAN.

Saya tidak turut ketinggalan menjenguk adik-adik pada hari tersebut. walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan,namun syabas kepada adik-adik yang hadir pada program tersebut kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk berprogram pada hari tersebut. Walaupun kekangan masa yang selalu menghimpit kami selaku pelajar perubatan di sini, namun,itu semua tidak menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan aktiviti program sebegini sebagai pelengkap kepada agenda persatuan sendiri dan pastinya untuk ISLAM sendiri. Seringkali kami terperangkap antara ‘academic life’ dan ‘social life’ ,namun,berbekalkan semangat mujahadah yang tinggi ditambah faktor sahabat-sahabat yang selalu memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk terus berjuang di sini,maka kami ambil formula kedua-duanya..’academik life soal utama,di samping tidak mengenepikan ‘social life’.

Ingat konsep 3H- Hablun minallah (Hubungan dengan Allah)

Hablun minannas (Hubungan dengan Manusia)

Hablun minannafs (Hubungan dengan diri sendiri)

Untuk program kali ini,saya diamanahkan untuk menjadi moderator bagi slot Bahas Terbuka yang mengetengahkan tajuk “Kebejatan Akhlak-Salah siapa?”. Bergandingan bersama Ibrahim(Baim),junior Tahun 2, kami memulakan slot pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang. Memang pada mulanya, saya berasa berdebar juga, namun melihat semangat dan komitmen yang ditunjukkan adik-adik dalam mengemukakan hujah dan mematikan hujah lawan menaikkan semangat saya kembali. Teringat sewaktu di zaman persekolahan dahulu. Sewaktu diminta oleh cikgu untuk memilih acara debat atau pidato,saya memilih pidato..pastinya debat bukan pilihan saya. Kerana apa? kerana saya merupakan seorang yang pantang dicabar dan kalau boleh susah untuk mengaku kalah. Thats’ why, awal-awal lagi saya menolak pelawaan cikgu untuk pertandingan debat,sebaliknya saya memilih untuk memasuki pidato.(sebab kalau debat,saya akan berusaha mempertahankan hujah saya habis-habisan..sampai kering idea..so,i dont want to be a troublemaker then)

Saya dan PIDATO

“kalau masuk debat, 3 orang..isi boleh dibincang dan bercambah”, pujuk rakan saya ketika di Maahad suatu masa dahulu.

saya tersenyum.

saya bukanlah seorang yang pandai cakap atau dalam istilah lain, fasih dalam berkata-kata tetapi saya suka bercakap. Lebih-lebih lagi mengenai isu semasa atau isu yang memang janggal pada pendengaran orang lain( isu lain dari yang lain).

Formulanya, banyak membaca dan kuasai isu-isu semasa . Contoh mudah, seorang penulis. Dia mestilah banyak membaca daripada menulis,barulah setiap hari mindanya akan dicas dan lama-kelamaan dia berjaya menguasai sesuatu isu di dalam penulisannya.

Bercakap merupakan satu seni. Apabila kita bercakap,lidah kita merupakan organ yang membantu memudahkan percakapan kita disamping peranan vocal cord dan otak (area 44-Broca’s area). Berusaha untuk mengucapkan kata-kata nasihat buat orang lain. Pasakkan niat dengan ikhlas kerana Allah kerana Allah yang memberi hidayah itu kepada hambaNya. Yang penting, apa yang kita sampaikan dari hati yang tulus akan sampai jua ke dalam hati-hati pendengar yang lain.

Ada orang yang memang dianugerahkan dengan kefasihan dalam berkata-kata. Ada orang juga yang diberi keistimewaan dalam penulisan dan sebagainya. Walau apa pun anugerah kurniaanya, bersyukurlah kita kerana setiap perkara yang Allah tetapkan pasti ada 1001 yang tersembunyi. Masing-masing ada kelebihan yang kadang-kadang kita tidak menyedari akan keistimewaan kurniaan dariNya. Dan masing -masing ada kekurangan yang boleh diperbaiki dari masa ke masa. Begitulah manusia- makhluk beraqal ciptaan Allah. Setiap kelebihan yang dimiliki dikawal dan dicegah daripada unsur-unsur riya’,takabbur dan ujub.Setiap kekurangan diinsafi dan diterima dengan hati yang lapang dan bersedia untuk mengubahnya. Semuanya ini berlaku dengan panduan IMAN. Nikmat yang dimiliki semua mukminin.

Saya sedar saya bukanlah tergolong dalam golongan yang diberikan keistimewaan dalam kefasihan berkata-kata. Namun,seingat saya,sedari kecil, ummi dan ayah selalu memberi galakan kepada saya untuk memasuki pertandingan pidato dan syarahan di sekolah. Ummi saya sewaktu zaman kuliahnya,beliau amat aktif dalam aktiviti seni suara dan syarahan. Mungkin dari situ,ummi mendapat ilham untuk melatih anak-anaknya supaya aktif menceburi dalam bidang ini. Terima kasih ummi. Adik saya pernah mendapat Anugerah Pengawas Terbaik peringkat kebangsaan 2007 kerana kebolehannya dalam berpidato spontan, semangat yakin diri dan kepimpinan yang baik. Inilah asuhan dan budaya yang diterapkan di rumah kami. Disiplin,kepimpinan,yakin diri merupakan elemen terpenting dalam didikan pentarbiahan untuk kami.

Formulanya lagi..LATIHAN. walaupun tidak diberi anugerah ini, namun dengan latihan yang bersungguh-sungguh serta semangat untuk mencuba yang tinggi, insyaAllah tidak mustahil andai suatu hari nanti,anda bakal menjadi seorang pemidato yang hebat . Teringat pula pada motto Helwanis GAMIS- Muslimat MP3- P= Peka isu, Penulisan,Public speaking.

Dunia sekarang menuntut muslimat seiring maju ke hadapan bersama-sama kaum muslimin sebagai sayap kiri perjuangan. Muslimat zaman sekarang tidak hanya duduk di belakang pentas,sekadar menjadi ‘tukang angguk’ semata-mata,sebaliknya muslimat hari ini perlu tampil di hadapan, lantang berkata-kata, pandai beretorik tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan imej keibuan dan wanita muslimah mukminah yang sebenar. Inilah yang kita mahukan.

KEMBALI..

Panjang pula coretan kali ini..

Buat sahabat semua,renung-renungkanlah..

Buat AJK Pelaksana Program SC Gabungan dan Mentor Council,sekalung tahniah diucapkan kepada antum semua,moga dipermudahkan segala urusan dan diberkati setiap amalan yang dilakukan.Amin.

adik-adikku sayang..

adik-adikku sayang..

di luar dewan..

di luar dewan..

Faculty of Medicine,Ain Syams University

Faculty of Medicine,Ain Syams University

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: