..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Masa semakin suntuk?

Penat. Letih.

Hari ini kuliah berjalan seperti biasa. 2 jam untuk kuliah Pharmacology dan 3 jam untuk kuliah Pathology menjadikan total masa sebanyak 5 jam. 5 jam? Bisa membuatkan ‘mimpi di siang hari’ kalau tidak kuat mujahadahnya..bisa juga membuatkan skru temporomandibular joint haus dek kerana proses menguap yang kerap akibat menahan kantuk yang dasyat. Whatever it is.inilah gambaran yang saya saksikan dan saya sendiri alami semenjak sesi kuliah kedua di buka Februari lalu.

Masa semakin suntuk. Saya sendiri terkapai-kapai mencari arah dan ruang untuk mengejar masa tersebut. tiada ruang yang cukup untuk saya mendapatkan oksigen secukupnya,mencari-cari ketenangan di celah-celah kesibukan kehidupan pelajar perubatan yang memang memenatkan. Kadang-kadang,timbul persoalan di minda, mampukah aku mengejar kesemuanya ini? takut-takut di kemudiannya, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran. Mampukah aku?

Soal mampu bukan masalahnya. Seandainya persoalan ini hanya bermain di bibir semata, sampai bila-bila pun kita tidak akan mengecapi nikmat MAMPU itu. Sebaliknya, jikalau MAMPU itu diinterpretasikan ke otak melalui jalinan neuron impuls dan otak menterjemahkan dalam bentuk FAHAM dan BUAT,maka tak mustahil semua yang kita idamkan akan jadi kenyataan. Pokoknya,usaha! USAHA sebagai jambatan menghubungkan ketulusan niat dan damba kejayaan yang diidam-idamkan! USAHA itu sebagai kayu ukur kepada kejayaan kita kelak.

Apabila matlamat sudah jelas di hadapan, maka USAHA tadi akan disertai dengan DOA dan TAWAKKAL padaNya! inilah kuasa DUIT! Bisa membuatkan manusia mendapat ‘keuntungan’ daripadanya.Dan pastinya keuntungan tadi benar-benar bermanfaat buat semua,baik buat diri sendiri mahupun untuk masyarakat sekeliling.

Mahatma Gandhi ada menyebut : kepuasan pada kejayaan terletak pada usaha yang dilakukan.

UPS and DOWN

Pengalaman dalam kehidupan merupakan guru yang terbaik kepada kita. Pengalaman yang luas juga menjadikan manusia itu cepat matang dan berani dalam menghadapi segala bentuk cabaran. Ada pengalaman pahit dan ada jua pengalaman yang manis. Segala yang pahit ditelan sehabis-habisnya agar segala yang manis dapat diluahkan sepuas-puasnya. Pengalaman yang paling bermakna ialah nikmat ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada hambaNya. Kerana apa? kerana Dia Maha Penyayang. Sayang pada semua hambaNya.

Dr Shin Chan

Dr Shin Chan

Oleh itu,jika dugaan datang sekali merembat kebahagiaan hidup kita,jangan mudah mengeluh dan berputus asa,jangan mudah melatah dan cepat mempersoalkan itu dan ini..kerana di sebalik lorong yang gelap itu,ada cahaya yang menyuluh di hadapan nanti,jua di sebalik dugaan yang mendatang,ada kejayaan menanti di hadapan.

Kehidupan ini memang tidak pernah adil,tetapi Allah itu Maha Adil . Dia memberikan ujian yang setimpal kepada hambaNya,kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hambaNya mampu untuk mengharungi ujian tersebut.

KEJAYAAN bukan sekali, GAGAL bukan untuk selamanya

Pernahkah terfikir, apakah sebab kita gagal? Gagal dalam peperiksaan yang memang membuatkan jiwa jadi gelisah,hati jadi murung,otak jadi ‘mereng’ barangkali! Namun,pernahkah kita terfikir,mungkinkah dengan sebab kita terlalu MERANCANG untuk BERJAYA,maka GAGAL menjadi galang ganti kepada impian kejayaan kita itu. Mungkin ya! Sekadar mengambil contoh,orang yang begitu mengharapkan kejayaan menjadi miliknya akan berbuat apa saja tanpa pertimbangan akal yang wajar- nak jadi kaya,join SKIM CEPAT KAYA,nak cepat graduate,rasuah pensyarah tanpa segan silu..hakikatnya KEJAYAAN ini tidak akan menguntungkan anda sedikit pun. Kerana apa? kerana anda menggunakan JALAN PINTAS yang tidak kena pada tempatnya.

the road- short cut?

the road- short cut?

Anda mahu berjaya?

Berjaya dalam peperiksaan dan hidup dengan iringan keberkatan dari Allah s.w.t?

Formulanya, anda perlu betulkan niat bahawa perjalanan menuntut ilmu ini hanyalah kerana Allah taala,jatuh bangun dalam dunia pelajar hanyalah ujian yang kecil,sekadar mengambil 0.0001 peratus sahaja berbanding dengan ujian lain yang Maha Dasyat. Usahlah bertangguh-tangguh dalam setiap urusan dan gunakan masa dengan cemerlang.Oleh itu,tiada istilah SHORT CUT dalam kamus hidup pelajar perubatan khususnya, semuanya mesti dilengkapi dengan persediaan awal untuk mengecapi nikmat kejayaan tersebut. Justeru,masih belum terlambat untuk mengejar MUMTAZ  . Yakin pada diri bahawa kejayaan bukan sekali dan GAGAL bukan untuk selamanya!

“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

MASA semakin SUNTUK?

demimasa

Betulkah?

Masa berbaki sebulan sahaja untuk saya menduduki peperiksaan akhir tahun 3,Kuliah Perubatan,Universiti Kaherah. Persiapan untuk mengharunginya perlu dimulakan sekarang.. saya perlu menggunakan masa semaksima mungkin. Kata pensyarah saya,tahun 3 merupakan ‘the hardest year during preclinical life’!huh~terkedu saya mendengarnya. Hakikatnya,kata-katanya tadi memang benar . Bayangkan anda perlu belajar Pathology yang merangkumi histopatho,gross patho(jar) dan fresh specimen(from the surgery) daripada 30 tajuk besar (system in our body) selama 7 bulan lebih sahaja. Ini tidak termasuk dengan tutorial,kelas tambahan luaran dan sebagainya. Ini baru Pathology!

Terfikir sejenak. Adakah aku belajar semua ini hanyalah syarat utama untuk aku lulus periksa nanti?
Buka minda seluas-luasnya. Cuba lihat masyarakat sekeliling kita – jika di pedalaman,kemiskinan membelenggu kehidupan masyarakat, di kota metropolitan pula, statistik kemalangan jalan raya meningkat saban tahun, ramai nyawa yang  melayang, pesakit AIDS terus bercambah setiap masa, kes perzinaan anak-anak muda dan bilangan anak luar nikah yang dilahirkan semakin bertambah, kes-kes rogol dan jenayah penderaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat. Pendek kata,isu-isu sebegini menyesakkan dada kita! Saya yang berada jauh dari Malaysia merentasi benua ini turut merasai kehangatan isu ini.

Ini cabaran sebenar kita. Apabila bertugas sebagai doktor nanti,tidak mustahil andainya kita akan berhadapan dengan kes-kes sebegini. Ini tidak termasuk lagi dengan pesakit kencing manis,buah pinggang,kanser payudara,pesakit jantung dan pesakit kronik yang lain disebabkan gaya hidup masyarakat yang sekadar acuh tak acuh tentang penjagaan kesihatan mereka. Begitu juga dengan penyakit endemik yang lain-Aedes,Malaria,Demam Kepialu,Tibi dan sebagainya. Malah,ada juga penemuan penyakit baru yang memang tidak disebutkan di dalam silibus medical textbook kita!

Oleh itu, tuntutlah ilmu perubatan kerana Allah,bukan kerana peperiksaan,bukan kerana pangkat dan kedudukan gaji seorang doktor tersebut. Sebenarnya, inilah AMANAH yang perlu kita pikul dan tegakkan kerana tugas seorang doktor Muslim bukan sahaja merawat fizikal pesakit tetapi juga ‘jiwa’ pesakit sendiri.

“Barangsiapa yang mengucapkan La Ila ha illallah,maka dia adalah DAI’E”- hadis

Maka,terpundak di bahu kita amanah yang maha berat untuk dipikul selaku seorang doktor nanti. Pesakit yang berzina perlu dirawat dengan rawatan hati, priskripsi ubat yang mengandungi dos ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa harian perlu diberi kepada pesakit-pesakit sebegini agar jiwanya segera sembuh daripada barah maksiat ini. Inilah kelebihan Muslim doktor.

Sudah jelas mesej yang ingin disampaikan?

Jadi,usah gusar dengan peperiksaan yang bakal menjelang. Ingat,matlamat sebenar kita sebagai penuntut perubatan. Renungi kisah-kisah kehidupan masyarakat tempatan. Agar kita bisa menjadi seorang doktor yang prihatin,amanah dan bertanggngjawab terhadap pesakit kita. Moga ‘common sense’ ini sentiasa mengalir dalam jiwa kita . Apabila kita mengetahui bahawa beratnya amanah yang bakal dipikul nanti, maka, belajar dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dalam pekerjaan kita nanti,bukan sahaja untuk lulus periksa sahaja. Bahkan,kita akan merasai betapa nikmatnya mempelajari ilmu Allah yang begitu kompleks ini, jauh merentasi sudut pemikiran untuk peperiksaan semata-mata.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

BATCH GEN-6 MEDIC CAIRO = 30/4/09 – 27/6/09

DAN KEPADA JUNIOR TAHUN 1 DAN 2

JUGA KEPADA SENIOR

MOGA KEBERKATAN DAN KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!

Single Post Navigation

2 thoughts on “Masa semakin suntuk?

  1. assalamualaikum…
    sesungguhnya jalan yang yg ditempuh penuh berliku..namun akak yakin u can do well insyaAllah..fatin kan nak jadi yg terbaik dari yg terbaik! semoga terus bersemangat dik! rabbana yusahhil^_^

  2. yang terkjeut on said:

    humaira,saya pelajar akhir perubatan di malaysia
    yang terpakse mengulangi nye untuk 6 bulan lagi…perasaan bercampur baur..marah sedih terkejut..tapi dengan ape yang kamu cakap buat saya terubat sedikit..x banyak sikit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: