..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Mutiara ilmu..

Hari ini,usai kelas revision Pathology,saya bergegas ke Conference Hall yang terletak tidak jauh dari bangunan kuliah saya. Terdapat beberapa blok bangunan yang memisahkan dewan konferensi dan bangunan kuliah saya iaitu Jabatan Patologi. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi. Saya mempercepatkan langkah menuju ke dewan tersebut kerana saya sudah terlambat 45 minit daripada waktu asal program.

Hati sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar pembentangan kertas kerja berkenaan Hepatitis C yang akan disampaikan oleh profesor yang hebat-hebat belaka! Pastinya program tahunan ini dianjurkan oleh sebuah persatuan yang dinanungi oleh pelajar perubatan di sini iaitu Student Health Awareness (SHA). Selepas mendaftarkan diri,saya diberi sehelai pamphlet berkenaan tentatif majlis.

My faculty of medicine,Cairo Un

My faculty of medicine,Cairo Un

Saya sebenarnya begitu terharu dengan layanan yang diberikan oleh pihak penganjur kepada kami pelajar Malaysia. Mereka telah memperuntukkan 30 seat khas untuk kami. Tetapi malangnya, kerusi tadi hanya diisi dengan 8 orang pelajar Malaysia sahaja!

Salah seorang AJK yang bertugas bertanyakan saya tentang pelajar-pelajar Malaysia yang lain,tetapi dengan senyuman dihadiahkan kepadanya,saya menjawab “owh..i’m so sorry.they probably have something else to do..and i’m not so sure they’ve been informed well or not about this program,but i’m sure,if they’re have much time and been informed early,they will not hesisate to come and join your wonderful program here !and thanks for your invitation and kindness to us! i really2 appreciate it!”..dia mengangguk-ngangguk sebaik mendengar penerangan saya..huh~lega..

Antara agenda yang berlansung ialah:

A. Pembentangan kertas kerja bertajuk:

1. Prospective about Hepatitis C virus by Prof Dr. Serag Zakaria (Professor of Gastroenterology)

2. Prevention of nosocomial and community infections of Hepatitis by Dr Hosny Salama

(Professor of Hepatology)

3. Medical ethics session by Dr Mahmoud Salem (Professor of Gynaecology)

4. Presentation of the best 3 researches.

B. tayangan slide show mengenai aktiviti tahunan yang dijalankan oleh SHA.- video nya disunting dengan amat menarik dan saya begitu teruja melihatnya. Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat dan kanak-kanak sekolah,workshop untuk pemantapan soft-skill ahli dan sebagainya . Saya melihat segala aktiviti yang dianjurkan amat menarik dan boleh membentuk diri kita untuk menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab dan versatile. Inilah yang digarap oleh SHA sendiri sebagai salah sebuah persatuan perubatan yang begitu mementingkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat ini. Motto SHA ialah : People’s health is our health

SHA Booth..this picture was taken a week after the conference

SHA Booth..this picture was taken a week after the conference

Antara kalam keramat yang sempat saya dengar tadi ialah kata-kata Dr Hosny yang mengatakan bahawa seseorang doktor yang berjaya perlu mempunyai basic science yang kukuh- Anatomy,Physiology,Biochemistry,Histology,Pharmacology,Pathology,Microbiology..dan katanya lagi,Fakulti Perubatan di Mesir menggunakan sukatan kurikulum yang hebat dan tinggi pada basic sciencenya supaya bakal-bakal doktor yang dilahirkan kelak dapat mengadaptasikan teori dan praktikal dengan mantap,kemas dan accurate!Alhamdulillah,beruntung dapat belajar perubatan di Mesir ini. Sudahnya ilmu perubatan yang memang sedia mantap,ditambah pula dengan ilmu agama yang melimpah ruah di Perlembahan Nil ini. Kalau kita semua tidak mengambil peluang belajar sedalam-dalamnya kedua-dua jenis ilmu di sini,maka rugilah kita dan selama-selamanya kita akan rugi..Oleh itu,pesan pada diri juga dan sahabat semua,marilah sama-sama kita mantapkan proses arkeologi ilmu di sini di samping mempraktikkan ke dalam bentuk soft-skill supaya kita dapat membawa pulang cahaya ilmu yang bermakna apabila kita pulang ke Malaysia kelak dan agar cahaya tadi dapat menerangi hati-hati masyarakat kita yang kelam dan parah dengan penyakit-penyakit jiwa yang kronik pada hari ini….

suasana dlm dewan yg suram..

suasana dlm dewan yg suram..

Secara keseluruhannya, seminar SHA kali ini banyak memberikan manfaat kepada saya walaupun kebanyakan pembentang banyak menggunakan bahasa Arab sewaktu pembentangan namun saya tetap berpuas hati kerana dapat menjejakkan kaki di sini dan dapat mengetahui serba sedikit mengenai HCV virus yang banyak menyerang populasi di benua Asia(Malaysia) dan Afrika. Dengan menyertai program seumpama ini juga,saya dapat meluaskan skil komunikasi dan pergaulan bersama masyarakat Arab dan pastinya ingin memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa arab yang saya kira sudah di tahap kronik melampau!!

Single Post Navigation

4 thoughts on “Mutiara ilmu..

  1. hehe, akak
    saya pergi conference tu jugak
    malangnya saya tak dapat apa yang akak dapat
    huhu
    anyway, post yang best. terima kasih.

  2. actually lebih dr 8..
    dlm 14..cuma akhawat thn 1 ddk kt tmpt lain..
    tp still cket la nk bnding jumlah pelajar medic yg ada dkt cairo university..

    anyway,syukran dtg n berjaya faham..
    bg sy yg thn1 ni mmg trkial2 nk faham..

    akhirnya berjaya faham cket2 hasil post ni..
    syukran ats perkongsian~

  3. izzrawda on said:

    to atiqah..
    ye ke?akak tak nmpk pun adik hr tu..hehe..akak smpai2 je,the ajk terus tunjuk tmpt duduk kat mane..and last2,akak duduk la sorg2 belakang ikhwh batch akak..segan gak memulanya..tp sbb kite nak dtg tuntut ilmu kan..so,kene ketepikan perasaan malu n segan itu..kalo kite terus brperasaan cmtu,cane kite nak capai kejayaan kan?

    anyway..thnih dik coz brjaya pegi hr tu..semoga usaha kite dinilai di sisi Allah swt

  4. izzrawda on said:

    to suhaib..

    owh..sori ye..akak tak perasan yg lain2..sbb akak smpi pun dah lewat..anyway,baguslh datang..bleh amik experience from their program and so on..and pngalman sebeginilah yg kite nak..besides learning those medical stuff,kite kene jugak cri pnglmn2 yg lain sbb our life soon doesn’t stick to the medical textbook only but it’s beyond that..
    cume kite je..antara nak ke tak nak rebut experience tu?
    btw,thanks visit blog akak yg tak seberapa ni..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: