..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Tazkirah: Nota perjuangan..

Salamullah alaik..

Nabila : along,cmne nak urus masa dengan betul?

fatnulhani : emm..kalo kite ade mase dengan Allah,insyaAllah,Allah akan permudahkan semua urusan kita.

Saya termenung sejenak. tangan saya menari-nari rancak di papan kekunci laptop,otak ligat berfikir-fikir,apakah ayat seterusnya yang harus saya kongsi bersama junior saya ini. Kaku. Saya kaget seketika.Tiada kata-kata malah bicara mahu saya sampaikan pada Ucu,junior kesayangan saya ini.

Akhirnya,saya matikan ayat saya yang berbunyi ” Ucu fikir-fikirkan..”

Sepi.

Tanpa disedari,air mata saya tumpah lagi.

MENGAPA?

Seringkali persoalan ini meragut emosi saya. Saya rasakan sejak akhir-akhir ini,saya jadi lemah,tidak mampu untuk menegakkan pendirian yang haq. Saya jadi buntu. Adakah kerana peperiksaan akhir tahun yang semakin hampir? Ah,kalau ditimbang-timbang semula, peperiksaan itu bukanlah penghalang besar untuk saya bangkit kembali,meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini. Dalam fikir,ada zikir. Dalam fikir jua ada kikir. Kikir emosi kian mengganas dalam jiwa saya. Pencerahan masa halangan terbesar buat saya. 24 jam dianugerahkan Allah kepada hambaNya tidak dihargai dengan sewajarnya. Maafkan diri andai masa bersama kawan-kawan amat terbatas. Prioriti jua yang mahu dikejar! Ukhuwwah fillah dilempar ke tepi! Nah,saya sudah merasakannya..perit jiwa menanggung beban yang satu ini..

Antara prioriti,cita-cita dan dakwah. Kesemuanya mahu digapai serentak! Namun,awas,jangan terburu-buru! Andai terburu-buru,takut-takut yang diburu itu tak dapat,apatah lagi yang dikejar itu berciciran..malang tidak berbau! Andai fikir mengatasi emosi yang manja dibelai,maka,tak mustahil adunan zikir dakwah dan cita-cita akan tercapai serentak.

3 dalam 1! Wah,pakej yang lengkap dan menarik! Jadi,fikirlah secara rasional,jangan letakkan emosi mendahului akal! Pesan pada diri juga!

28145197654626l1

Entah di mana silapnya..Satu-satu musibah datang melanda. Moga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan sahabat seluruhnya. Saya tahu tiada gunanya kita merungut akan setiap ujian yang menimpa kerana saya tahu Allah masih sayangkan hambaNya. Mujur saya cepat-cepat sedar, pergantungan dengan Allah jua yang kekal abadi. Ingat kisah Nabi Nuh?

Kecekalan baginda dalam menyampaikan sinar dakwah kepada kaumnya pada masa itu membuatkan saya teruja. Bayangkan dalam masa hampir 900 tahun,hanya 88 orang sahaja yang menjadi pengikut baginda. Tapi,baginda tetap sabar dan tabah dalam ujian ini. Ini Nabi Nuh. Kita pula..hanyalah manusia biasa yang mudah rajuknya andai ada di kalangan rakan-rakan meminggirkan kita! Kekuatan baginda menjadi inspirasi buat saya!

Baginda Rasul bersabda : “Manusia yang paling teruk menerima ujian ialah para nabi,kemudian orang yang seumpama dan seumpama dengannya”

Saya berusaha untuk bangkit kembali-bangkit untuk kali kedua. Segala pandangan manusia yang penuh mazmumah saya letak ke tepi. Halangan ini lah jikalau kita terus memikirkannya,nescaya kita akan pasti jadi lemah. Ingat,musuh-musuh Islam sering mengintai kita,hanya menunggu masa untuk menerkam kita dan menahan di dalam ‘penjara’ kaparat mereka! Pedulikah kita semua?

Yang kecil,tinggal-tinggalkan..

Ayuh semua,usah difikir lagi perkara yang remeh temeh,usah dibobrok isu furu’ yang padanya mampu melambatkan usaha kebangkitan Islam. Sebaliknya,kita canang strategi baru! Isu besar seperti pembebasan Palestin harus diambil kira!isu meramaikan ulama dan cendekiawan Islam, isu Murtad, isu remaja Islam harus dititik beratkan! Semuanya tidak akan tercapai jikalau umat Islam tidak bersatu

Masjid-Rumah Allah

Masjid-Rumah Allah

Analogi Masjid

Sebuah masjid ingin didirikan di suatu penempatan. Batu,pasir,besi,tiang semuanya sudah tersedia. Namun,sampai sekarang,masjid  itu tidak siap-siap lgi dibina. Kerana apa?

kata tok ketua, “kontraktor sibuk dengan projek penempatan baru di Sungai Kluang,pekerja diarahkan membina bangunan di Kota Bharu,supply simen tidak mencukupi kerana simen yang terbaik sume dihantar ke Putrajaya”.

Habis? Bila agaknya masjid ni nak siap?Ini masjid!

Cuba kawan-kawan tanya pada diri.

Begitu juga dengan situasi sekarang. Masjid ibarat hadaf utama dalam jalan dakwah  kita iaitu Islam. Simen,tiang,batu-bata diibaratkan sebagai pendukung Islam yang melengkapi antara satu sama lain. Batu-bata memerlukan simen untuk dijadikan dinding,tiang memerlukan tapak dan atap sebagai mengukuhkan tapak asas masjid. Namun,andai batu-bata,simen dan tiang tidak cukup untuk menampung pembinaan masjid,maka masjid yang tersergam indah pada fizikalnya boleh roboh bila-bila masa.

Bersatu! formula nan satu yang ingin ditegaskan di sini! Hadaf utama tidak akan tercapai andai semua umat tidak bersatu. andai bersatu sekalipun,itu hanya omongan kosong sahaja kerana kewujudan pelbagai kesatuan sebenarnya melambatkan proses pembentukan khilafah Islamiah .Tanpa kita sedar,sebenarnya kita menyediakan ruang yang luas kepada musuh Islam untuk memijak agama suci kita,Islam semahu-mahunya!

Usah bertangguh dalam setiap tindakan! Allah tidak suka kepada sesiapa yang bertangguh-tangguh dalam urusan! Ya,setiap pendukung dakwah sudah arif benar dengan kenyataan ini,namun di mana penghayatannya dalam kehidupan kita?

Kita kata,kita ingin menegakkan Islam,namun sebenarnya kita menyediakan ruang kepada musuh Islam untuk menginjak-injak kita

Kita kata,kita ingin bersatu,tapi sebenarnya kita mendedahkan kepada perpecahan..

Kita kata,kita ingin perdamaian,tapi tanpa sedar,kita sendiri yang menjadi dalang khianat..

Tanpa sedar,kita sendiri merupakan musuh kepada agama suci ini! Musuh dalam selimut!

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,kemudian mereka tidak bertaubat,maka bagi mereka azab neraka jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar” (Al-Buruj:10)

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: