..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Adikku sayang..

mesej diterima:

“alhamdulillah,sekarang alya dah ada sedikit semangat..biiznillah..harapan semoga Alya akan berjaya..amin..semoga kakak dapat result comei nanti!!”- alya,my beloved sister.

entah kenapa,kerinduan terhadap adik-adik tersayang semakin menggamit jiwa,semakin mencengkam rasa. Mesej yang saya baru terima lewat petang tadi daripada adik tersayang,Nur Fatin Aliya membuatkan air mata saya tumpah. Mudah sangat air mata ini keluar! Jiwa saya sangat sensitif-warisan umi tersayang..hehe..

Adik saya,Alya sedang berjuang memburu kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Selalu sahaja beliau merintih dan mengeluh kepada saya mengenai keadaannya sekarang. Jadual kelas dan tutorial semakin padat. Seusai menghadiri waktu persekolahan,beliau menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah.Selepas solat maghrib,kelas disambung sehingga jam 10 malam. Wah,padatnya!kalah saya yang mengambil jurusan perubatan di Mesir ini!kami tidaklah sesibuk itu!

Setiap kali mendengar suaranya di corong headphone,saya jadi gusar…suara keletihan jelas kedengaran..oh,adikku!kakak mengerti perasaanmu sayang! Alya harus kuat!Alya harus tabah! Inilah yang dinamakan jihad..Jihad mendalami ilmu Allah yang maha luas tak terjangkau dek pemikiran manusia..Dan setiap kali itulah,saya mendengar tangisan kecil daripadanya..lebih parah lagi..saya turut sama menangis!! Menangis hiba mengenangkan erti sebuah perjuangan di medan ilmu ini! dan mungkin bagi saya,menangis merupakan terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan..saya selalu menasihatinya dengan kata-kata bervisi dan selalu saya mengingatkannya tentang ayat 186 surah Al-Baqarah..

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentangku,maka sesungguhnya aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran”Al-Baqarah:186

saya semakin risau terhadap tahap kesihatannya..adik saya sakit..tapi tidak perlu diceritakan sakit apa..diharapkan sahabat semua dapat mendoakan kesihatannya agar dia mampu bangkit berjuang mengejar kejayaan yang diidamkannya!

masih terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu saya pulang bercuti di Malaysia tahun lepas, “Alya nak jadi doktor macam kakak! Alya teringin sangat nak jadi neurologist..nak rawat penyakit ‘bebal’ otak dlm msyarakat kita ni..”hehe..tergelak saya mengingatkan dialog ni..penyakit ‘bebal’ otak???hmm,macam-macam adikku sorang ni..saya mengangguk-angguk,tersenyum ke arahnya sambil membelai rambutnya yang ikal..di wajahnya,terpancar seribu keikhlasan..di matanya terpancar sinar kejayaan..”insyaAllah,dik..kita sama-sama jadi doktor..jadi muslimah doktor..nanti kita angkut Jane and Fawwaz dalam group kite..jadi doktor ramai-ramai..”,ujar saya sambil merenung dua orang adik saya,Jane dan Fawwaz di hadapan beranda rumah kami..

semua kenangan ini akan saya pahatkan dalam hati saya untuk selama-lamanya..andai umur kita panjang,kakak janji nak jaga semua adik kakak ni baik-baik..kakak janji nak jaga family kita baik-baik..insyaAllah..biiznillah..

My beloved sisters and brother..

Nur Fatin Aliya Abd Patar- SPM this year – SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu

Nur Fatin Adlin Sofiya Abd Patar- Form 2- SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat,Kota Bharu

Ahmad Fawwaz Muzakkir- Year 3- SK Chenderong Batu,Tumpatalya and fawwaz

the 'googled' fawwaz..hehe..seronok ye main air!kat PCB Resort..

the 'googled' fawwaz..hehe..seronok ye main air!kat PCB Resort..

Single Post Navigation

3 thoughts on “Adikku sayang..

  1. Assalamualaikum…salam ziarah..salam ukhuwwah…
    dapat rasakan rindu yang amat sangat apabila brjauhn dgn ahli keluarga tercinta…semoga mujahadah ini mendapat keredhaan di sisiNYA

  2. hasan on said:

    Salam ukhwah. Saya tertarik baca kehebatan dan kkk kehangatan kasih sayang kakak kepada adek2 dan family. Didoakan antum berjaya didunia dan akhirat. Berjihadlah tuntut ilmu demi masuliah diin.

  3. hasan on said:

    Salam ukhwah fillah. Bagitu murni kasih kakak kpd adik adik serta keluarga. Semoga Allah eratkan perasaan ini walaupun cinta kepada Allah mengatasi segala galanya. Selamat berjihad menuntut ilmu demi melengkapi diri untuk memikul masuliah diin. Semoga antum berjaya didunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: