..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Keep on track-Final Exam 2

Musim panas bertandang lagi.

Malam berlalu begitu singkat.

Akibatnya circadian rythm saya perlu di ‘set’kan kembali. Mana tidaknya,jika sebelum ini,saya boleh belajar dengan selesa pada malam hari kerana malamnya yang begitu panjang, tetapi sekarang,pada malamnya,saya terpaksa tergesa-gesa menyudahkan dua bab subjek Pharmacology untuk mengejar masa yang berbaki. Apa lagi,belum sempat subjek di’cover’,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahmalam. Time to sleep! Wait! Microb memanggil saya untuk bersamanya,begitu juga Patho dan Parasit! Haii..serba salah saya dibuatnya!

Akhirnya,saya memutuskan untuk meneruskan pembacaan sehingga ke angka 2 pagi. 2 cawan kopi sudah dibedal habis-habisan. Otak makin alert! Denyutan jantung semakin pantas! Nak tak nak,i’m determine to cover all of them tonight! Alhamdulillah..selesai semua. Mata merenung jam. Lagi 30 minit ke angka 4 am,waktu Subuh di sini. Mata saya berpinar-pinar. Kepala terasa berat pula-kesan sampingan minum kopi di malam hari!

Settle tugasan dunia.

Tugasan akhirat bagaimana??

Sindrom exam-oriented terlalu familiar dengan kami,medical student di sini. Mana tidaknya,setiap kali kuliah,para doktor mesti mengingatkan kami tentang exam. Patutlah,kebanyakan doktor di sini hebat-hebat semuanya,sebab mereka telah diasah dengan pemikiran sebegini. Bukan apa,pada hemat saya,sekali sekala perlu juga kita diasak dengan pemikiran exam-oriented,agar kita sentiasa berada pada track yang sepatutnya dan tidak tersasar jauh daripada matlamat kita yang sebenar.

Sedar atau tidak,kita semua telah dibius dengan dose exam oriented sedari UPSR lagi. keadaan ini berlanjutan sehingga ke peringkat SPM dan IPT di Malaysia. Penangan sistem ini telah mengorbankan berapa ramai pelajar saban tahun. Kes sebelum ini, seorang pelajar tahun 6 yang menduduki UPSR bunuh diri kerana keputusan yang tidak memihak kepadanya. Juga berlaku kepada pelajar di sebuah negeri di semenanjung yang membunuh diri kerana keputusan peperiksaan yang begitu teruk-yang pada hemat saya,mungkin tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian. Namun,apa yang nak diharapkan lagi,nasi sudah menjadi bubur. Sistem exam oriented umpama parasit bagi masyarakat sekarang yang menyerang manusia dalam senyap.

Institusi pendidikan di negara kita yang kononya sebagai medan untuk melahirkan Einsten, Ibnu Sina, William Osler sebenarnya membawa padah kepada pelajar itu sendiri. Contoh terdekat,berapa ramai remaja di luar sana lepasan SPM mahupun siswa siswi IPT tidak segan silu menayangkan aurat masing-masing kepada ajnabi.Berapa ramai juga yang tidak serik-serik bermain cinta I dan U dan tidak sampai 3 bulan perkenalan,perut si siswi sudah memboyot besar hasil daripada hubungan yang haram? Inikah generasi yang kita harapkan untuk memimpin masyarakat kita nanti? Generasi XX dan XY yang hanyut dengan mainan dunia dek sistem pendidikan yang tidak mesra agama,tidak mesra ibadah. Pesan Saidina Umar, didikan anak-anak 20 tahun akan datang hendaklah bermula dari sekarang. Siapa lagi kalau bukan remaja itu sendiri. Perasan juga,kadang-kadang ramai sahaja yang mengaku aktivis dakwah,namun penghayatan terhadap jalan yang dipilih kosong. Golongan mat rempit dan seangkatan dengannya hanyalah dipandang sebelah mata. Sikap memilih dalam berdakwah bukan trend baru. Ia isu lapuk yang tidak perlu dipanjang lebarkan di sini. Cukuplah kamu melihat dan koreksi diri kamu kembali. Sekarang,siapa lagi yang mesti kita harapkan untuk membaik pulih masyarakat kita sekarang??

Kadang-kadang,kita terlalu berbangga dengan bilangan A yang diperoleh . Kita terlalu mengagung-agungkan si pemilik straight A,namun kita tidak sedar,siapakah yang memberikan anugerah ini kalau bukan Pencipta kita sendiri. Allah yang Maha Besar. Kita juga terlalu cepat mengherdik dan menghina kepada si pemilik non-A,tetapi kita tidak sedar hikmah di sebalik semua itu. Allah Maha Mengetahui. Itulah yang dinamakan ujian. Tidak namanya Hamba kalau tidak diuji dengan dugaan sebegini. Inilah rencah kehidupan yang hanya sementara,kelak akhirat jua negeri abadi! Bukankah Allah telah menyatakan kepada hambaNya yang beriman bahawa setiap ujian yang bertandang menandakan Allah menyayangi kamu,Allah sedang memerhatikan kamu setiap masa dan ketika? Tidak berbanggakah kamu dengan perhatian yang diberikanNya? Ibarat seorang anak kecil yang diberi sepenuh perhatian oleh ibu dan ayah,mahunya anak itu berasa gembira dengan kasih sayang yang diberikan. Begitu juga hubungan kita dengan Pencipta kita.

Itu cerita di Malaysia.

Bagaimana kisah kehidupan mahasiswa perubatan di Mesir? Secara general,kami juga tidak terlepas daripada menanggung beban sistem ini. Walaupun dikatakan sudah tolerate dengan sistem sebegini akibat pendedahan awal di Malaysia,namun sistem di sini seakan-akan berbeza sedikit dengan di Malaysia. Jika di Malaysia,setiap kali peperiksaan menjengah,ibu ayah akan sedia menemani di sisi,paling kurang bibik tersengguk-sengguk menahan kantuk menemani kita di ambang peperiksaan yang kian menjengah. Di asrama pula,kelihatan pelajar-pelajar bersungguh-sungguh menelaah kitab masing-masing,tanpa rasa jemu sambil ditemani guru-guru yang setia.

Tapi di sini,keadaan sedikit berbeza. Walaupun kondisinya yang sama-kita sebagai PELAJAR,tetapi banyak elemen negatif yang banyak melekakan pelajar di sini yang disebut sebagai GANGGUAN. Gangguan fizikal seperti internet,PS ,blog(macam saya), Facebook jua gangguan mental seperti perasaan ingin dibelai dan disayangi ,perasaan benci pada seseorang,mudah merajuk,mudah marah dan sebagainya merupakan cabaran terbesar buat kami di sini. Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan STRESS berlaku. Statistik menunjukkan ramai pelajar perubatan seluruh dunia bunuh diri kerana tidak tahan dengan penangan medical subjects yang melampau banyak!

Mari kita kembali kepada titik kawal arah hidup kita iaitu IMAN. Mengapa Allah mengurniakan nikmat iman kepada hambaNya? supaya hambaNya dapat menyeimbangkan tujuan hidup bertuhan dan aturan alam. Tanpa IMAN,manusia mudah saja menzalimi diri sendiri,mudah saja mengkhianati sesama sendiri,mudah sahaja menghina sesama sendiri. Hatta Qabil sanggup membunuh saudaranya sendiri,Habil akibat tiada kawalan IMAN terhadap NAFSU jahat hasutan syaitan. Iman tidak dapat diwarisi,bahkan tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan emas putih sekalipun! Ia mampu dimiliki oleh hambaNya yang bertaqwa .

Oleh itu, di kesempatan ini, lupakan sejenak exam-oriented system yang banyak mengundang padah daripada kebaikan. Belajar untuk peperiksaan semata bukan matlamat kita yang utama,tetapi peperiksaan ini sebagai wasilah dan jaminan untuk masa depan kita nanti! Yang paling utama, pasakkan niat mengutip ilmu ini kerana Allah yang satu,agar setiap ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dan ganjaran yang besar di sisi Allah. Begitu juga,kerjaya doktor bukan matlamat asas kita yang sebenar,tetapi ianya sebagai wasilah atau medan untuk praktikkan dakwah kita kepada masyarakat kelak!
Selamat menghadapi peperiksaan! Semoga usaha kita ini akan diberi ganjaran oleh Allah swt dan diberkati secebis ilmu ini daripada lautan ilmuNya yang Maha luas!

Single Post Navigation

2 thoughts on “Keep on track-Final Exam 2

  1. mmk on said:

    sangat menarik dan mengujakan!! (xtaula pasaipa akhir2 ni berkenan sungguh dgn word mengujakan ni,hehe)..

    apapun,tahniah..dlm kesibukan menelaah,sempat lg cik fatin ni mengupas topik exam fever ni dgn idea yg sungguh bernas..sgt bermanfaat akk kira utk kita ambilnya sbg turning point dlm kekalutan musim exam ni..

    moga Allah memberkatimu selalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: