..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Simply-Ukhuwwah..

Hari ini saya meneruskan destinasi ke Hayyu Sabie,satu daerah terletak di luar pusat bandar Kaherah,dan dikenali sebagai Madinah Nasr. Ala-ala jarak antara Kota Bharu ke Pasir Puteh,mungkin! Sebaik menelefon sepupu saya,saya terus bergegas menuju ke stesen bas yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Sempat singgah di kedai Helwani untuk membeli manisan sebagai buah tangan buat teman-teman di Sabie.

Bas bernombor 14 menyusur laju meninggalkan bandar Sayeda Zenab yang mula sesak dengan orang ramai. di kiri kanan,kelihatan ramai orang berpusu-pusu membeli barang-barang keperluan harian. Inilah keunikan bandar Cairo! Suara pekikan dan macam-macam aksi yang ditunjukkan oleh peniaga untuk menarik perhatian pembeli berkunjung ke gerai mereka! So terrible and funny sometimes! Suasana hingar bingar sudah menjadi santapan wajib kepada saya setiap pagi,menjelang tengahari,malam,tengah malam dan hinggalah ke waktu subuh! People here seems too overjoy with their life! Ada-ada je aktiviti diorang within 24 hours!Sambil memandang ke kiri dan ke kanan jalan,saya mengambil kesempatan berbual-bual mesra dengan sepupu. Al-maklumlah,di dalam fasa imtihan ini,kami jarang sekali untuk bertemu dan bersua muka,cukup sekadar berbual-bual,bertanya khabar melalui telefon dan SMS. Banyak juga perkara yang kami bualkan,boleh buat novel ni!hehe..

Alhamdulillah,bertuah dapat sepupu yang very ‘sporting’ dan very understanding! Berdua kami berkelana di bumi sahara ini. Dia masih muda,belajar di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah di Tahun Satu. Anak sulong juga macam saya,that’s why we easily understand each other!Kronologi perjalanan hidup kami lebih kurang sama.Begitu hebat caturan Allah swt. Seperti saya juga,selepas tamat SPM,dia berpeluang mengikuti latihan ala tentera di kem PLKN(cuma tempat je yang berbeza),saya di Bukit Besar,Kulim..sepupu di Langkawi(sama-sama dalam Kedah jugak kan?). Sama-sama mendapat tawaran matriks di Changlun,Kedah dan sama-sama mendapat tawaran belajar dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah di bawah penaja yang sama. Kuasa Allah!Hebat bukan?

Hampir dua jam lamanya kami berada di dalam bas yang tidak berhawa dingin itu,cukup sekadar ‘aircond’ neutral yang begitu membahang! Panas sungguh hari ini. Berkali-kali saya mengibas-ngibas buku Pharmac ke muka saya!lantas,terbayang-bayang di fikiran,kepanasan di dunia tidak boleh menandingi kepanasan di neraka kelak!nauzubillah! saya cuba bertenang,mengawal emosi yang kadang-kadang tidak tentu grafnya. Sepupu pun begitu,nota Anatomy digenggamnya erat-erat dan dijadikan kipas sementara. Rona merah terserlah di pipinya.

Bas berhenti betul-betul di hadapan pasaraya mini ‘Misr wa Sudan’. kami meneruskan langkah ke rumah kelantan lama atau nama popularnya RKL.Hati sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan teman-teman yang dirindui sekalian lamanya. Sepupu juga sesekali cuba menenangkan saya yang nampak ‘overexcited’ sket.hehe..Kunjungan kami kali ni boleh dikatakan satu kejutan buat ahli bait RKL. sengaja saya merahsiakan kedatangan kami ke sana,cuma seingatnya,saya hanya memberitahu rancangan saya ini kepada Kak Long,salah seorang ahli bait RKL. harap-harap semuanya jadi!bisik hati saya. Debaran kian terasa tatkala sampai di pintu hadapan rumah. Saya menekan loceng. Tidak lama kemudian,pintu dikuak sedikit,saya menjerit! ‘SURPRISE!!’..ops!

23269698320242l

Terpinga-pinga saya seketika. Di hadapan saya,berdiri seorang akhawat sambil memegang kitab kecil di tangannya. Tanpa banyak soal,dia terus memperkenalkan dirinya.Owh,rupanya dia ahli bait baru di rumah ini. Suasana sedikit sepi tatkala saya menjengah ke halaman tamu. “Mana diorang semua?”,saya bertanya kepadanya. tiba-tiba…

“ALONG!!”..SURPRISE!!..aik,saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal!Sepupu juga sedikit bingung dengan situasi ini. Melihatkan keadaan saya yang masih pening-pening lalat,teman-teman saya semuanya memeluk saya erat-erat,tanda kasih sayang. Air mata saya tumpah di situ juga! sape nak surprise sape ni?? tapi,walaubagaimanapun,saya begitu gembira berjumpa dengan teman-teman saya ni- Uda,Cik Lang,Kak Long,Kak Cik,Kak..cuma ucu,angah,ateh je yang tak de!huhu..takpe dik,lain kali kita buat re-U yang lebih gempak ye! Bila tu? After Along habis exam ye sayang!hehe..

Banyak perkara yang kami kongsikan. Uda dan Kak Long begitu rancak bercerita!mana tidaknya,mereka sudah selesai menduduki imtihan masing-masing. Kami yang masih lag iberbaki 1 paper,tidak mampu untuk berbuat sedemikian rupa..hehe..exam mood masih sebati lagi dengan jiwa saya! Kami banyak berbincang tentang perancangan cuti musim panas nanti. Masing-masing dah ada plan yang mantap-mantap! Segala masalah kami bincang sama-sama resolusinya.Dalam hal ini,Uda lah yang paling banyak memberi idea yang bernas-bernas kepada kami. Saya sendiri sudah menganggap mereka semua sebagai kakak dan adik saya sendiri.  Alhamdulillah,kami ditemukan dalam satu suasana yang membuatkan jiwa kami serasi bersama.Ada masa kita berduka,ada teman yang boleh mengubatinya..ada masa kita gembira,teman-teman yang lain tumpang gembira sama. Indahnya UKHUWWAH! Ukhuwwah yang terbina di atas paksi akidah yang sama. Ukhuwwah yang dibina aset pemacu kegemilangan ummah di masa hadapan! Moga serikandi -serikandi muslimah ini dapat melahirkan kembali generasi juang Salahudin Ayubi,Al-Fateh,Ibnu Sina. InsyaAllah!

Teringat pula kepada seorang teman nun jauh di India,Kak Nurani. Kami berkenalan hanyalah melalui blog sahaja. Sejak daripada itu,kami sering bertukar-tukar emel,berbalas-balas YM dan SMS. Entah kenapa,saya dapat rasakan ukhuwwah bond antara kami begitu kuat. Kak Nurani selalu memberikan semangat dan kata-kata peransang kepada saya untuk terus belajar dan berbakti kepada Islam. I really wish that I can meet her one day! Ukhuwwah itu indah walaupun terpisah dari seribu lautan sekalipun. Ukhuwwah terbit dari hati yang suci,perasaan rindu dan cinta milik hakiki Allah,dicampakkan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar ingin merasai kesucian cintaNya di atas landasan UKHUWWAH! Aii shi te ru akak!!

Saranghaeyo teman-teman!!

P/s: doakan saya exam 9 dan 10 june ini-Pharmacology 1 dan 2

SALAM UKHUWWAH

Cairo,Egypt

030609

Single Post Navigation

One thought on “Simply-Ukhuwwah..

  1. nurani on said:

    i miss u much2 more!
    al d best for pharmac ye..:)
    teringat pulak kenangan sewaktu di rumah kelantan, sume org kat c2 baik2 belake! ^_^
    p/s:dik, we ll meet 1 day..insyaAllah.^_~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: