..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Epilepsy

Masih terbayang-bayang di minda saya keadaan bayi berusia dua bulan yang mengalami sawan . Masya Allah,saya mengurut dada menahan debar melihat keadaan bayi tersebut yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Cukup mendebarkan dan menyayat hati saya. Tatkala itu,semuanya bergantung kepada kecekapan doctor dalam menguruskan bayi tadi. Dengan dirawat oleh dua orang doctor berkaliber di zon merah wad kecemasan HUSM,alhamdulillah,bayi tersebut berjaya diselamatkan.

Doktor sempat menerangkan kepada kami ketika itu berkenaan dengan penyakit sawan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai ‘epilepsy’atau ‘seizures’. Alhamdulillah,tahun ini saya berkesempatan belajar mengenai penyakit ini.

Apa itu epilepsy?

Epilepsi atau sawan merupakan penyakit kronik yang menyerang sel-sel saraf otak samada abnormal atau ‘excessive’ aktiviti pada sel-sel saraf otak. Akibatnya,pesakit akan mengalami sawan dalam jangka masa tertentu mengikut jenis dan karakter sawan itu sendiri. Sehingga ke hari ini,tiada rawatan khusus yang sesuai diberikan kepada pesakit sawan hatta melalui pembedahan sekalipun. Penyakit ini boleh berhenti menyerang pada bila-bila masa dan kebanyakan pesakit tidak akan diserang sawan sepanjang hayat hidup mereka. Ianya bergantung kepada ubat-ubatan yang diambil .

Sawan terbahagi kepada beberapa peringkat dan setiap peringkat menunjukkan simptom dan komplikasi yang tertentu. Kebanyakan berpunca daripada saraf di bahagian otak.Akibatnya,badan tidak dapat menerima tindak balas dan koordinasi yang sepatutnya.

  1. Focal seizures (sawan di bahagian tertentu) terbahagi kepada :

simple partial(jacksonian epilepsy)- pesakit berada dalam keadaan sedar. Hanya terdapat ‘clonic jerking movement’ pada bahagian otot seperti muka,tangan dan berakhir lebih kurang 2 minit.

Complex partial(psycho motor dan pscho sensory)

Pesakit berada dalam keadaan separa sedar dengan pergerakan yang tidak disengajakan(purposeless movement) seperti tangan bergerak-gerak cuba menarik baju sesiapa sahaja di sekeliling atau menolak /memukul sesiapa di sekeliling tanpa niat kerana otak dalam keadaan separa sedar. Biasanya pesakit perlu ditenteramkan dengan cara baik dan lembut.

Partial with secondarily generalized seizures- partial seizures diikuti grand mal seizures

  1. Generalized seizures

Tonic-cloning jerking movement(grand mal seizures)

Istilah yang diguna pakai di US sebagai tonic clonic seizures. Pesakit tidak sedarkan diri,clonic jerking,tonic spasm,keliru,pandangan kabur,tercungap-cungap untuk bernafas,akhirnya keletihan dan tidur.Kes ini menyerang ramai pesakit seluruh dunia .

Grand mal seizures

Grand mal seizures

Absence(petit mal seizures)– kerap menyerang kanak-kanak. Mengikuti perkembangan seorang kanak-kanak yang mengalami jenis seizure ini di youtube.com cukup membuatkan jiwa saya tersentuh. Biasanya,pesakit tidak sedarkan diri tanpa gangguan pada sistem otot badan. Pesakit mungkin kelihatan kaku dan anak mata akan terbeliak ke atas(rolling eyes). Kebanyakan kes ini akan berhenti menyerang kanak-kanak sehingga usia 20 tahun tetapi boleh mengakibatkan grand mal seizures.

Myclonic seizures– gangguan pada otot badan tetapi pesakit masih sedarkan diri.

Atonic seizures– pesakit tiba-tiba jatuh kerana kehilangan ‘muscle tone’

STATUS EPILEPTICUS– pesakit tidak sedarkan diri dan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini perlu segera dirawat di hospital. Phenytoin slow IV atau Benzodiazepine(diazepam/clonazepam)slow IV

Ubat yang digunakan untuk merawat pesakit sawan

Grand mal epilepsy and partial seizures

  1. Phenytoin(baca:feniton)

juga digunakan untuk merawat jenis status epilepticus dan ventricular arrhythmia with heart block

mempunyai banyak kesan sampingan yang memudaratkan seperti halusinasi,vertigo,confuse,muntah,toxic kepada hati,tidak boleh diberi kepada ibu yang mengandung kerana akan menyebabkan kecacatan kepada fetus.

2. Carbamazepine

digunakan juga sebagai mood stabilizer

juga mempunyai banyak kesan sampingan seperti phenytoin dan juga alergi.

Alternative: Oxcarbazepine- kurang kesan sampingan berbanding carbamazepine

3. Valproate and Sodium valproate

digunakan untuk myclonic epilepsy,mood stabilizers dan migraine

kesan sampingan antaranya gugur rambut,alergi,kecacatan pada bayi,muntah

4. Phenobarbitone

juga untuk status epilepticus

Rawatan status epilepticus

  1. Diazepam 10mg slow IV
  2. Clonazepam 1 mg slow IV
  3. Phenytoin 15-20mg slow IV
  4. Phenobarbitone 10-20mg slow IV

New drugs for anti-epileptic

  1. Lamotrigine
  2. Topiramate
  3. Vigabatrin
  4. Gabapentin
  5. Tiagabin

ETHOSUXIMIDE : very important for absence(petit mal seizures)

perlu diingatkan kesemua ubat-ubat di atas mempunyai kesan sampingan yang tertentu dan hanya boleh diambil berdasarkan arahan doktor.

Sesungguhnya pesakit yang mengalami sawan perlu diberi perhatian sepenuhnya dan perlu diberi sokongan dan dorongan dari segi psikologi untuk memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

rujukan:

youtube.com

Pharmacology textbook 3rd year-Cairo University


Single Post Navigation

One thought on “Epilepsy

  1. sis, maybe boleh share apa yg sepatutnya kita buat bla berhadapan dgn situasi kecemasan, tiba2 ada org di hadapan kita diserang sawan?
    x de ubat, x de pape…selain bw ke hospital…?
    kira mcm first aid la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: