..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

sesuatu yang PASTI

Khabar berita itu sungguh mengejutkan saya.

Saya rebah. Lemah tenaga. Hilang kata-kata. Tangan terketar-ketar. Jantung berdegup dengan pantas sekali.

Ya Allah.

saya lihat sekali lagi tulisan yang terpapar di skrin YM.

dengan tangan terketar-ketar,saya menaip..”innalillahi wainna ilaihi raajiun”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa didalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin

Tahun 2

-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan

Tahun 3

-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir

Tahun 3

-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran

Tahun 3

-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli

Tahun 3

– telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada’ di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.


Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa

Timbalan Presiden PERUBATAN 08/09

100609

Masih terbayang-bayang di minda saya tatkala saudara Eckm(Akram) meminta saya menerangkan prosedur tentang permohonan kursus elektif di Malaysia melalui YM sehari sebelum kejadian. Sebelum ini kami jarang berkomunikasi,kecuali untuk hal yang benar-benar perlu sahaja. Dan kali ini dia beria-ria benar bertanya kepada saya dan katanya dia ingin melakukan attachment di PPUKM apabila pulang bercuti ke Malaysia nanti. Nampak dia begitu bersungguh-sungguh bertanyakan saya mengenai hal ini. Dan yang paling menyentuh hati,dia memberitahu saya supaya sama-sama mendoakan agar suatu hari nanti dapat bergelar ‘title’ Muslim Doctor yang berjaya.

Namun,segala-galanya berlaku dengan pantas. Hari ini,saudara Eckm terlantar di hospital,tidak sedarkan diri,katanya ada komplikasi di bahagian otak. Sahabat-sahabat,semoga dapat mendoakannya agar beliau boleh ‘walk out’ from the hospital dan berjuang kembali menggapai cita-citanya yang menggunung itu. Saya sendiri,sampai sekarang,tidak boleh mengawal kesedihan saya,air mata terlalu murah untuk mengalir. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain,saudara Aman Ramdzan,Saif dan Fitri,semoga kalian tabah menghadapi musibah ini. Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu perkara itu dan pastinya Dia Maha Mengetahui setiap apa yang ditetapkanNya. Allah tahu kamu semua mampu ,maka teruslah berjuang wahai sahabatku,bangkitlah! Kami semua mendoakan kesejahteraan kamu semua..susah senang kita harungi bersama..

Pemergian arwah Ammar masih terasa. Arwah yang saya kenal ialah seorang yang sangat baik,soleh,bertanggungjawab dan cakna terhadap anak buahnya. No wonder, kami sepakat melantik arwah sebagai ketua batch kami(Gen6 MEP),Kuliah Perubatan Tahun 3,Universiti Kaherah. Keunggulan yang ditunjukkan sebagai seorang pemimpin serta senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya membuatkan kami jadi senang bersamanya. Pengalaman saya bekerja bersama dengan arwah ,bertindak selaku pembantunya sewaktu program maulidurasul anjuran Biro Pembangunan Insan,PERUBATAN pada tahun lepas memberikan impak yang besar kepada saya. Sampai sekarang segala nasihatnya masih terngiang-ngiang di telinga,juga terkesan di hati saya. Seorang yang profesional dan dedikasi dalam setiap perkara yang diamanahkan. Itulah arwah Ammar Zulkifli.Al-fatihah buat allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Esa.

kelas terakhir kami-Pharmacology bersama Prof Hisham..arwah di bhgn kanan sekali

kelas terakhir kami-Pharmacology bersama Prof Hisham..arwah di bhgn kanan sekali

Kuasa Allah swt..memang hebat bukan?Tiada siapa yang boleh menandingi. Even,David scofferfield,seorang ahli silap mata terkenal dunia,yang katanya mampu memindahkan jambatan di New York ke daerah lain dalam sekelip mata,sebenarnya tidak mampu untuk menandingi kekuasaan Allah. Bak kata seorang teman,dunia ini milikNya. Akhirat jua milikNya.kita sebagai hambaNya,hanyalah menumpang seketika di bahtera dunia sebelum tiba di akhirat,daerah yang abadi.Setiap perkara yang ada di dunia ini hanyalah pinjamanNya. Bila-bila masa sahaja,Dia akan ambil balik barang pinjamanNya . Allah telah berjanji dan janjiNya PASTI dan TEPAT! Persoalannya,adakah kita dah cukup bersyukur selama ini terhadap pinjamanNya kepada kita? Dia telah meminjamkan sekejap sahaja kepada kita arwah,supaya melihat qudwah dan niche yang ada pada arwah untuk kita jejaki langkah perjuangan yang arwah tunjukkan. Mungkin selama ini kita tidak sedar. Ya,saya akui,saya sendiri lagha dan kadang-kadang lalai dari suruhanNya. Tragedi semalam membuatkan jiwa saya tersentak,umpama disentak oleh arus elektrik bervoltan tinggi. Segala-galanya perlu di RESET! Allah,besar sungguh HIKMAH yang tersembunyi di sebalik semua ini. Dia mengambil semula pinjamanNya daripada kita semua tanpa sebarang klu,sekelip mata sahaja,sepantas kilat ia berlaku! Kerana pastiNya Dia ingin mengkhabarkan sesuatu kepada kita semua.Ya,tentang kEMATIAN..kematian yang tidak mengenal usia,tidak mengenal pangkat,darjat dan harta! Apabila sudah tiba masa,maka pulanglah kita ke daerah abadi,daerah yang dijanjikanNya seagai tempat kekal abadi-Alam Baqa’.

Selamat kembali buat arwah ke sana. Moga arwah tenang di sana,rehat daripada maksiat dunia yang penuh dengan lumpur-lumpur mazmumah,rehat daripada fitnah dunia dan juga bergelumang dengan dosa.

Serentak itu dengan peristiwa kehilangan seorang sahabat,saya dikhabarkan dengan berita gembira kelahiran baru. Ustazah Syakirah,mantan S/U KPKM telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel. Mabruk diucapkan.Moga lahirnya bayi ini di dunia mampu menyambung perjuangan yang allahyarham tinggalkan. Suhanallah!Kuasa Allah memang hebat! Setiap kematian adanya kelahiran dan setiap kelahiran adanya kematian yang berlaku pada waktu yang sama. Mungkin ianya suatu kebetulan tetapi Allah tahu apa yang direncanakanNya. Besarnya hikmah di sebalik titik kelahiran dan juga kematian. Sekali lagi saya tersentuh. Memikirkan kebesaran Allah dan hebatnya segala perancanganNya yang tersirat hikmah yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh kemampuan fikiran seorang manusia..

kelahiran merupakan titik tolak penghidupan..namun ianya juga sebagai harta pinjaman hak milik abadi Nya..

kelahiran merupakan titik tolak penghidupan..namun ianya juga sebagai harta pinjaman hak milik abadi Nya..

Itulah lumrah dunia,tempah persinggahan kita buat sementara waktu,mencari khazanah bernilai sebagai bekalan untuk ke daerah abadi kelak. Sesungguhnya,semua yang hidup PASTI akan ke sana jua,cuma masa sahaja yang menetukannya.Moga kita semua ditempatkan di kalangan-kalangan syuhada’.

Dan pastinya pemergian arwah dan kemalangan yang berlaku kepada empat orang sahabat kita yang lain seharusnya dijadikan iktibar dan panduan buat kita semua untuk terus mengemudi bahtera di lautan dunia ini. Hikmah yang tersembunyi memang tidak dapat ditafsir dan dicongak satu persatu kerana di sebalik tragedi ini,tersembunyi hikmah yang tidak terhitung banyaknya dan begitu tinggi nilainya! Ayuh sahabat,kita sama-sama muhasabah diri,persiapkan bekalan untuk ke sana secukupnya. Ambillah sebanyak mungkin istifadah daripada peristiwa ini.

Syukran kepada teman-teman seangkatan(Gen6-MEP),ikhwah mahupun akhawat,yang sanggup bersama-sama menguruskan sahabat-sahabat kita yang cedera,samada secara teknikal ataupun secara tidak langsung.Moga Allah membalas jasa kalian. Alhamdulillah,Allah masih lagi mengikat hati-hati kita semua di atas nama UKHUWWAH yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit hatta emas sekalipun!Inilah sebesar-besar hikmah yang Allah tunjukkan kepada kita. Walaupun perjuangan di medan imtihan belum selesai,namun sahabat semua masih meluangkan masa,berkorban tenaga untuk menguruskan teman-teman kita yang ditimpa kecelakaan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi kalian.

Tidak lupa juga kepada junior dan senior yang turut sama-sama membantu meringankan beban kesemua mangsa. Sanggup meluangkan masa duduk beramai-ramai,membaca doa tahlil dan Yasin buat si arwah dan juga buat rakan-rakan mangsa yang lain. Semoga Allah berkati segala pengorbanan yang ditunjukkan oleh semua. Jangan putus untuk berharap dan terus berdoa buat sahabat mangsa yang lain. Eckm,Aman,Saif,Otai..semoga kalian cepat sembuh!Kami menanti kehadiran kalian untuk duduk berjuang bersama kami!

Ukhuwwah-kata-kata keramat yang allahyarham selalu tekankan saat-saat beliau memimpin kami . Dan tragedi hidupnya berakhir juga dengan kalimah ini. Pemergian mereka berlima ke ain sukhnah untuk meninjau tempat yang sesuai dijadikan port rehlah untuk ikhwah Gen 6 selepas imtihan yang mempunyai tujuan yang satu-memantapkan ukhuwwah dan menambahkan ilmu buat para ikhwah sekalian. Besarnya jasa dan pengorbanan arwah kerana arwah bertindak sebagai tulang belakang untuk program ilmiah ini.Namun,hasrat untuk merealisasikannya tidak kesampaian,hanya berakhir dengan tragedi yang begitu menyayat hati. Ayuh sahabat,kita penuhi impian arwah pemimpin kita ini. Sama-sama kita perkukuhkan ukhuwwah sesama kita dan sesama Muslim khususnya.Takbir!!

Akhir kata,kata pujangga pernah menyebut ,”koreksi diri melalui peristiwa lalu merupakan guru terbaik buat kita yang menerangi jiwa kita menuju lorong cahayaNya “.

“Berat bahu yang memikul,berat lagi beban yang menanggung”

Innalillahi wainna ilaihi raaji’un

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat.“qoute kata-kata allahyarham Ammar Zul. Moga rohmu tenang di sana.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

(Kau sahabat kau teman-Hijjaz)

nota kecil: doakan kami(pelajar-pelajar tahun 3,Kuliah Perubatan Cairo Un supaya kuat dan bersemangat untuk berjuang dalam ujian lisan(oral) Pharmacology pada hari Sabtu,13 Jun 09. Moga dipermudahkan segala urusan nanti.

Single Post Navigation

2 thoughts on “sesuatu yang PASTI

  1. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu…moga kite semua tabah menghadapi setiap dugaan ini

  2. salam ziarah dari bumi Dublin.. blog hopping.. salam ukhwah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: