..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Now,everyone can be a doctor!

Pagi ini,saya membelek-belek halaman info di Yahoo.com dan terdapat satu berita yang menarik perhatian saya.

Lebih kurang begini tajuknya “Teenagers 18 years old outsmart her doctor”.

Bayangkan remaja yang baru berusia 18 tahun sudah boleh menyiasat punca kesakitan yang dialaminya dan hasil diagnosis yang ditunjukkan sangat tepat. Jessica Terry,18 tahun,menuntut di salah sebuah sekolah tinggi di Amerika Syarikat mendakwa beliau kerap mengalami kesakitan pada bahagian abdomen,muntah-muntah dan cirit-birit. Beliau lantas berjumpa dengan doktor-doktor untuk mendiagnosis penyakitnya,tetapi hampa kerana semua doktor yang ditemuinya tidak dapat mengesahkan penyakit yang dialaminya.

Jessica Terry-18

Jessica Terry-18

Akhirnya,Jessica bertekad untuk mengetahui punca sebenar penyakitnya dengan membawa sampel tisu ususnya ke makmal sains di sekolahnya. Setelah diteliti menggunakan mikroskop,akhirnya,beliau terjumpa satu kawasan yang berwarna biru di antara kawasan tisu yang normal. Lantas,beliau memanggil gurunya untuk mengesahkan sampel tisu itu. Gurunya yang sudah berkecimpung dalam bidang sains selama 17 tahun menganggap bahawa kawasan yang berwarna kebiru-biruan itu merupakan sel tisu granuloma(menunjukkan tanda-tanda sakit kronik pada usus),maka untuk mengesahkan hal itu,gurunya menghantar gambar sampel melalui emel ke jabatan Patologi sebuah hospital di daerah mereka tinggal. Apa yang ditemui? Ya, patologist mengesahkan bahawa tisu itu mengalami kes granuloma dan di’diagnosis sebagai Chron’s Disease.

Patterns of Crohn's Disease

Patterns of Crohn's Disease

Menarik bukan? Jessica Terry seorang remaja yang berani dan jiwanya sarat dengan perasaan ingin tahu. Akhirnya,beliau berjaya mendiagnose penyakitnya dengan usahanya yang tersendiri. Sikap ini harus dipuji dan perlu ada dalam diri kita. Jika seorang perempuan Yahudi yang mengandung,dipaksa untuk menyelesaikan masalah matematik semasa mengandung,maka tidak mustahil anak yang dilahirkan kesemuanya bijak-bijak . Lihatlah Jessica,remaja 18 tahun yang berjaya mendiagnose penyakitnya sendiri dengan usahanya sendiri.Jelas di sini menunjukkan anak-anak kelahiran Barat atau lebih simplistik anak-anak beragama Kristian,Yahudi semuanya sudah menunjukkan tahap-tahap kematangan dan bijak pandai seawal umur menginjak remaja lagi! Tapi,apa sudah jadi dengan anak-anak remaja Islam kita? Oh,kalau di Malaysia,remaja seusia dengan Jessica masih lagi terkinja-kinja di atas pentas,masih lagi tidak tahu untuk berdikari. Buka minda dan mata kita seluasnya,kita ambil formula yang baik daripada Barat dan bentuk kembali falsafah pemikiran Islam kita yang sebenar. Sebenarnya, Barat telah menciplak formula dari dunia Islam,sejak zaman Renaissaince lagi. Cuma,mereka pandai mengubah dan mengolah menjadi sesuatu hasil yang baru dan mengatakan itu ‘produk’ mereka! Kerana apa? Kerana mereka begitu memandang tinggi kepada ILMU. Ya,satu gagasan yang menjadi asas kepada entiti umat Islam seluruhnya sejak  zaman Rasulullah s.a.w iaitu pengenalan kalimah Iqra’. Tapi,mengapa umat Islam masih tidak sedar lagi dengan semua ini? Apa yang disogokkan Barat,itu lah yang kita ambil,tanpa memandang natijah dan memikirkan istifadah di sebalik semua ini.

Muslimah Doctor..insyaAllah

Muslimah Doctor..insyaAllah

DOKTOR MESTI CAKNA PERANAN

Kepada doktor dan bakal-bakal doktor sekalian,persiapkan diri dengan ilmu yang mantap mulai sekarang. Cari satu ‘trademark’ yang lain daripada yang lain. Jika hari ini,kita lihat Jessica telah berjaya mendiagnosis penyakitnya sendiri,tidak mustahil satu hari nanti ada di kalangan pesakit yang mampu merawat dirinya sendiri,tanpa memerlukan bantuan doktor! Everything is possible! Kita tidak tahu apa yang akan berlaku 5 tahun dari sekarang dan seterusnya. Semuanya terletak di pundak bahu kita. Tidak mustahil juga andai suatu hari nanti,pesakit dan doktor mampu duduk semeja dan sama-samamendiagnosis penyakit yang dialaminya! Saya khuatir juga andai ilmu perubatan ini disalah guna oleh pihak-pihak tertentu. Misalnya, ramai yang sudah tahu mengenai ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Diabetes,maka tentunya ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyalahgunakan ubat yang diberi,tujuannya untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Ini sudah berlaku di kalangan masyarakat kita! Oleh itu,pesanan untuk diri sendiri jua,kita sebagai bakalbakal doktor,insyaAllah,3 tahun dari sekarang perlu mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu kedoktoran yang sewajarnya,dengan kata lain,kita perlu tahu ilmu selok-belok dalam makmal,jenis dan kaedah penghasilan ubat secara konvensional atau integrated,perawatan tradisional dan moden,penggunaan teknologi moden,(dengan kata lain,kita perlu menguasai ‘pasaran’ industri perubatan dunia) selain faktor 4 F yang perlu ada pada setiap bakal doktor.

Faith-faith in Allah (konsep D.U.I.T)

Friendly– mesra dengan semua bangsa dan agama. Jangan letakkan gap antara pesakit yang berlainan agama. Show the beauty of Islam to them. Ingat,tugas seorang doktor lebih dekat dengan masyarakat. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Fight– sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pesakit. Berjuang untuk meninggikan martabat perubatan Islam. Inilah yang mesti ada pada ciri-ciri doktor Islam. Bukan setakat tugasnya merawat pesakit dengan kalimah bismillah di awal dan alhamdulillah di akhir perawatan,tetapi mesti lebih daripada itu. Doktor Muslim perlu ada semangat untuk mengusai dunia seluruhnya dengan penyebaran perubatan Islam dan sekaligus mewujudkan industri perubatan Islam. Berpegang pada Firman Allah yang menyebut : Jika kamu mengkehendaki sesuatu,maka usahakanlah ke arahnya…

Futuristik – berfikiran menjangkaui masa dan tempat dan selalu menyiapkan beberapa ‘plan’ dalam kotak minda seorang doktor. InsyaAllah,berfikiran futuristik boleh dipupuk melalui sekarang. Mula merancang mulai sekarang dan tekan butang ‘ready’ untuk melaksanakannya. Jadikan beberapa tokoh penting dunia perubatan Islam sebagai role model kepada kita semua. Siapkan ‘paperwork’ mengenai diri sebagai langkah awal untuk menyambut gelaran Muslim Doktor dan laksanakan setiap apa yang dirancangkan di samping sentiasa mendekatkan diri pada Allah,mudah-mudahan Dia menunjukkan jalan yang terbaik kepada kita.

stethoscope

Mudah-mudahan kita semua mampu bangkit kembali meneruskan perjuangan di dunia yang hanya sementara ini. Kuatkan jentera perubatan kerana inilah sahaja kemampuan kita untuk menghapuskan kafir laknatullah. Ayuh,bakal-bakal Muslim Doktor sekalian,kita gerak langkah ke hadapan,kuasai pelbagai ilmu seperti yang ditunjukkan oleh sifu perubatan,Ibnu Sina. Dan ternyata,oleh sebab ilmunya yang pelbagai,dunia mengiktiraf Ibnu Sina sebagai Bapa Perubatan dan kehebatannya dalam pelbagai bidang ilmu memang tidak boleh disangkal lagi.

Dengan ilmu bermanfaat,manusia dipandang mulia oleh segala penduduk bumi,juga penghuni langit.

Benarlah sebuah hadis yang berbunyi : Apabila matinya anak Adam itu,maka terputuslah semua hubungan dengan dunia kecuali 3 perkara:sedekah jariah,ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya”(Sahih Muslim).

Hebat kuasa ilmu.

Kerana segala-galanya bermula dengan “Iqra‘”.

sedikit fakta: Crohn’s Disease

Crohn’s disease (also known as granulomatous colitis and regional enteritis) is an inflammatory bowel disease that may affect any part of the gastrointestinal tract from mouth to anus, causing a wide variety of symptoms. It primarily causes abdominal pain, diarrhea (which may be bloody), vomiting, or weight loss,[1][2][3] but may also cause complications outside of the gastrointestinal tract such as skin rashes, arthritis and inflammation of the eye

Crohn’s disease is an autoimmune disease, caused by the immune system‘s attacking the gastrointestinal tract and producing inflammation in the gastrointestinal tract; it is classified as a type of inflammatory bowel disease.

wikipedia.com

Single Post Navigation

4 thoughts on “Now,everyone can be a doctor!

  1. Salam cIK fATIN..^_^

    BIttaufiq wannajah ea.
    windu dier jugak~
    🙂

  2. bes2..

    tp doc kena hadam 5@6 yrs med skul n ble practise kena google sume bnde dlm kepala die.. ngehehe.. adeh

    adoi~

  3. macam mana pulak dia dapatkan tisu usus dia tu?

    Lagi ….kat Malaysia ni bukan masalah remaja Islam… tetapi ramaja Melayu ..

  4. salam fatin..

    saya tag fatin..kalau rajin buatla ye ^_^

    http://masihmanusia.blogspot.com/2009/06/tagged-by-onee.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: