..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Kembara Ilmu di Bumi Sufi

Ramadhan bertandang membawa seribu manfaat dan nikmat kemanisan dalam sujud hamba kepadaNya..

slamatpuasa

Salam sayang semua..

Alhamdulillah,di kesempatan waktu yang amat terbatas ini,sudi kiranya saya menjenguk blog saya yang sudah lama bersawang,barangkali sang labah-labah sudah jemu bekerja menyiapkan sawangnya di laman ini..mana tidaknya,sudah lebih sebulan blog ini terbengkalai,umpama kontraktor lesu,mentah dalam pengalaman mengendalikan tapak projek mega yang beratus-ratus nilainya,hasilnya,projek mewah itu terbengkalai sedemikian cuma..

Maaf dipinta kepada teman-teman yang sering bertanyakan soalan cepu emas yang sama tiap-tiap kali bertemu mata..”bila mau diupdate blognya?”.saya hanya tersengih(bukan tersenyum)!Ya,tugas dan misi kali ini di bumi Firdausi ini kata Syeikh Nuruuddin,begitu berat dan sentiasa mengundang keletihan yang amat bagi diri yang serba kerdil ini. saya sendiri mengakui kesilapan diri ini yang masih lemah dalam mengurus masa dengan cemerlang. sampaikan blog sendiri yang saya kira sebagai medium dakwah dan perkongsian maklumat ini tidak ter’update’ mengikut jadual masa saya. sejenak berfikir juga,agaknya nanti bolehkah saya terus istiqamah dalam mengendalikan laman ini andaikata sudah bergelar seorang doktor nanti? hmm,termangu juga saya dibuatnya. semuanya berpaksikan pengurusan masa yang sistematik. namun,alat-alat kemudahan teknologi dan capaian internet harus digandingkan sama barulah boleh menghasilkan seorang dai’e yang begitu sistematik dalam urusan pengendalian hidupnya. ya,saya akui sendiri,pengalaman selama 3 bulan menghabiskan cuti di bumi Anbiya’ ini benar-benar menuntut kesabaran saya lebih-lebih lagi apabila tiada internet connection,jadi haru sedikit kehidupan saya.mana tidaknya,kisah hidup masyarakat dunia tidak diketahui langsung,harapkan akhbar Al-Ahram sahaja yang sudi menemani,itupun merangkak-rangkak juga saya dibuatnya untuk memahami keseluruhan point yang disampaikan dalam Bahasa Arab itu. Hasilnya,proses pembacaan untuk mengetahui isu-isu terkini yang sepantas kilat dan tiada sempadan batasan dengan menggunakan internet menjadi terbatas dengan pembacaan melalui akhbar harian. Hmm,tension saya dibuatnya..hehe..inilah yang dikatakan ujian..kalau benteng kesabaran ampuh,maka tiada maknanya saya menghabiskan masa cuti di sini lagi..

Tidak dapat terungkap dengan kata-kata mahupun seribu bicara tentang perasaan saya menghabiskan cuti musim panas di sini.

Ummi : kakak ngaji betul-betul la ddenuh tuh..jange main-main..kalo buleh balik,balik laa..

(kakak belajar la betul-betul kat sana tu,jangan main-main,kalau boleh balik mesia,balik la)

ayah : balik ko tok balik ko supo jah..tok balik lagi baguh..gi tadoh2 kitab ddenuh tuh..jange harap nok kelik kalo tok leh baco kitab agama..ayoh nok satu hari nti anok ayoh ni boleh ceramoh ko ore ghama..dok molek2 tuh,jadi anak solehah..

(translate sendiri laa..masa ni ayat ayah saya power sikit,maklumlah setiap kali call,soalan sama saya ajukan pada ayah ..mana tidaknya dia naik angin sikit..hehe)

teman-teman : nape tak balik? (dengan kening berkerut,meminta simpati untuk saya menjawab pertanyaan mereka..hehe..sebaliknya,saya hanya tersenyum pada mereka…)

teman special: bakpo tok baliknyo?rindu sangat doh ni..

(haha..jangan salah sangka,ini teman special saya,Haizan Farah yang menuntut di fakulti optometri,UiTM)

Hmmmm…panjang saya mengeluh.agaknya sudah lali saya menerima soalan semacam ini. kawan-kawan yang lain sudah meninggalkan bumi Mesir ini beramai-ramai mulai 29 Jun yang lalu. seorang demi seorang meninggalkan Mesir ini untuk pulang bercuti di Malaysia,akhirnya tinggal beberapa kerat sahaja di sini. saya pasrah(ceewah!)

14

Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih menjaga hati dan perasaan saya supaya terus thabat mencari gali ilmunya yang seluas lautan di sini..mana mungkin saya nafikan perasaan saya yang kadang-kadang meronta-ronta untuk pulang ke Malaysia..perasaan itu ada,cuma bergantung kepada kawalan iman dan sabar..namun,apabila teringatkan kembali kalam imam syafie yang mengatakan ilmu perubatan dan ilmu agama saling melengkapi,maka saya bulatkan tekad untuk mendalami sebanyak mungkin ilmu di sini.mungkin ada yang beranggapan tindakan saya ini pelik dan kadang-kadang tidak masuk akal,namun saya sedar,peluang yang diberikan Allah ini hanya sekali cuma,dan saya tidak tahu sampai bilakah saya akan terus hidup di muka bumi ini?dan jika umur saya panjang,insyaAllah,saya tidak tahu adakah jiwa saya masih sekuat sekarang? itu semua percaturan Allah..kita sebagai hambaNya tidak tahu apakah rahsia caturan Allah yang Maha Agung..yang pastinya setiap apa yang direncanakan Allah semuanya terbaik buat kita,hambaNya yang kerdil ini..

Firman Allah : “sungguh aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”

akhirnya,dengan tekad dan azam yang cekal,saya meneruskan langkah mencari misi mengutip mutiara ilmu di sini. berpegang kepada pepatah,alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan,segenap ceruk Mesir saya redah..

Bermula pengembaraan saya ke Mansurah pada awal Julai,sebelum result pepriksaan diumumkan,saya sudah menjelmakan diri ke Mansurah,menziarahi teman-teman lama dan mengikuti beberapa pengajian dan juga seminar perubatan anjuran persatuan perubatan cawangan Mansurah(PCM). berbekalkan wang saku,passport yang tamat visanya lewat Disember nanti,sedikit bekal,dan dengan lafaz basmallah,saya memulakan pengembaraan ini dengan menaiki bas bersama 3 orang teman yang lain. perjalanan yang memakan masa selama 3 jam itu tidak terasa lamanya.barangkali kerinduan yang sudah tidak dapat dibendung lagi untuk bertemu mata dengan sahabat seperjuangan di sana. Kak Irham(timbalan pengerusi PCM),Suriani,Syamilah,Yana dan beberapa orang teman lagi menjemput kami di stesen bas Mansurah.Owh,alangkah indahnya ukhuwwah itu! tidak lama kami di sini,namun saya sempat menghadiri kelas tafakkuh Ustaz Salman Maskuri,seorang ustaz yang cukup disegani di kalangan warga perubatan dan dirasat di sini. seronoknya mendengar kalam-kalam ilmiah yang disampaikan beliau..

Selanjutnya,misi pengembaraan diteruskan ke muhafazah Tanta,satu daerah yang letaknya kira-kira 2 jam perjalanan dari Kaherah.Di sini,saya bertemu secara tidak langsung dengan Dato’ Dr Harun Din. Beliau telah dijemput khas oleh persatuan pelajar Mesir untuk memberikan ceramah motivasi dan kalam taujihat kepada pelajar-pelajar di Mesir khususnya. Di Tanta,saya berpeluang menghabiskan satu hari dengan menziarahi teman-teman di sana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Amani kerana sudi menumpangkan rumah yang serba indah buat kami menumpang teduh.Al-maklumlah,cuaca di tanta begitu panas dan membahang jika dibandingkan dengan kota Kaherah.

Alexandria atau Iskandariah merupakan kawasan unik tumpuan pelancong.lebih-lebih lagi pada musim panas sebegini. Kedudukannya yang terletak di pesisir pantai memukau pandangan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Pengembaraan kali ini hasil kunjungan balas sahabat saya,Atun dan housematenya ke Kaherah. saya di sini juga tidak lama. cukup dengan kunjungan ke Mansyiah dan Mandharah juga Safirah,kawasan yang letaknya markaz dewan perwakilan mahasiswa Iskandariah(DPMI).

namun,bukanlah niat utama saya menghabiskan cuti di sini dengan mengembara..tapi,jika ada sedikit masa yang terluang,apa salahnya kita gunakan dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti mengembara yang pada saya banyak istifadah dan manfaat yang boleh saya ambil,antaranya kita akan merasakan nikmat cinta padaNya yang tiada tandingannya..sambil mengembara,kita sebenarnya berfikir tentang keagungan ciptaanNya dan menghayati setiap ciptaanNya.Apatah lagi jika kita sudah berada di bumi Anbiya’ dan Auliya’ ini,maka sama-sama kita ambil peluang,menjejak tinggalan warisan ulama’ terdahulu di sini..dan inilah sebanrnya matlamat saya kali ini yang dinamakan Misi Jejak Warisan Auliya’. Doakan moga saya istiqamah dalam jalan yang saya pilih ini..

Innallaha ma’aana..

“Di antara hamba-hamba Allah yang takut padaNya ialah para ulama'” (Fatir:28)

Dari Abu Darda’,berkata,saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya setiap apa yang ada di langit dan di bumi akan memohon agar diampunkan dosa-dosa orang yang meununtut ilmu di jalan Allah…”

To be continued..

Single Post Navigation

One thought on “Kembara Ilmu di Bumi Sufi

  1. izzrawda on said:

    memang best kembara di bumi sufi…harap pengembaraan atin bermakna… kiranya atin ni DR @ ustazah ni..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: