..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Jaulah Haramain 09/1430- part 2

SSA40909

bergambar di perkarangan Masjidil Haram

Kami berjalan perlahan-lahan di kawasan masjid yang semuanya berlantaikan marmar. Kelihatan ribuan manusia sibuk dengan urusan masing-masing. Hati saya berdebar-debar. Mencari-cari Kaabah seperti yang tergambar di dalam mimpi saya. Kami menaiki anak tangga ke sebelah atas masjid. Sayup kejauhan saya melihat bangunan teguh berwarna hitam. Kami berjalan beriringan. Ikhwah berjalan di hadapan,kami menuruti di bahagian belakang. Langkah dipercepatkan sedikit. Alhamdulillah,akhirnya kami berdiri betul-betul di hadapan Kaabah. Subhanallah. Saya menangis.tidak dapat mengawal perasaan saya tika itu. Ustaz Firdaus yang lengkap berpakaian ihram mengepalai bacaan doa.

“ Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. padaNya kekeuasaan,padaNya kepujian,padaNya segala-galanya.”

Usai doa,saya mengambil tempat di ruangan masjid dan solat tahiyyatul masjid di situ. Usai solat,saya duduk bertafakur. Air mata saya bergenang lagi.menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan. Kaabah tersergam megah di hadapan saya. Bahang kepanasan yang dianggarkan mencecah 42 darjah celcius tidak mematahkan semangat saya ketika itu. Seleps itu,Kak Noni mencuit bahu saya dan mengajak kami seramai 10 orang akhawat bersiap-siap untuk melaksanakan umrah. Berkali-kali saya dia mengingatkan kami tentang pantang larng ketika berihram.

Saya memaut lengan Kak Nisah,satu-satunya wakil madam di kalangan kami. Kami mencari posisi yang sesuai untuk memulakan tawaf. Dalam hati,masing-masing berdoa supaya dipermudahkan urusan tawaf kami. Di kiri kanan,saya kerap kali dirempuh oleh orang-orang kulit hitam yang berbadan besar. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Namun,cepat-cepat saya beristighfar panjang. Semuanya saya serahkan kepadaNya. Kami mencari-cari hajarul aswad sebagai penanda tempat permulaan tawaf kami. Dengan nama Allah,kami memulakan tawaf. Matahari terus tegak berada di atas kepala kami,memancarkan cahaya dan bahang kepanasan yang membahang. Lautan manusia yang memakai ihram putih dilihat semakin bertambah dari saat ke saat. Masjidil Haram banjir lagi! Banjir dengan jutaan manusia !

Sepanjang tawaf,air mata tidak putus-putus keluar,membasahi pipi ini.Tidak tahu kenapa Allah memberi kelebihan ini sedangkan di tanah air dan di Mesir ini hati ini begitu keras umpama batu.Ya Allah,tatkla itu,saya sedar betapa kerdilnya diri ini di sisiMu.betapa banyak dosa-dosa yang telah kulakukan.Perasaan sedih dan pilu menyelubungi diri tatkala itu.sambil berzikir,memuji kebesaranNya,mata tidak putus-putus memandang Kaabah yang begitu a’zim pada pandangan.subhanallah.hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah menjadikan bumi dan segala jenis isinya.Perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama ialah penetuan orang pertama yang membinanya.menurut riwayat abu Al Walid Al-Azraqi rahimahullah di dalam kitabnya Akhbar Makkah : Kaab al-Akhbar telah berkata : Kaabah adalah buih yang terapung di atas air selama 40 tahun sebelum Allah menjadikan langit dan bumi dan darinya dihamparkan kejadian bumi . 1 Menurut sejarah,binaan Kaabah terdiri daripada binaan Malaikat( para malaikat akan bertawaf mengelilinginya di Bait Ma’mur),binaan Nabi Adam dan binaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagaimana firman Allah :

“ dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail seraya berdoa : Wahai tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami),sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” 2

(Al-Baqarah :127)

Selesai 7 kali pusingan,kami berundur ke belakang dan solat di belakang Maqam Ibrahim,tempat disunatkan untuk solat. Alhamdulillah,Allah memberi kelapangan kepada kami untuk solat di situ. Bahang kepanasan kian terasa. Anehnya,saat saya sujud,terasa lantai marmar begitu sejuk sekali. Subhanallah!Saya sujud lama-lama di situ.

Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada suatu negeripun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong-pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemu-dian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir – di luar Madinah – lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik.” (Riwayat Muslim)

Jam menunjukkan jam 3 petang. Sejam lagi untuk waktu asar. Kami meneruskan rukun umrah yang ketiga iatu saie . Kali ini kumpulan kami telah berpecah. Saya bersama 2 orang ustazah meneruskan rukun umrah kami. MasyaAllah,orang ramai makin berasak-asak di kawasan Mas’a. Jarak antara Safa dan Marwa sebanyak 50 meter terasa begitu jauh sekali. Walaupun diteduhi bumbung ber’aicond’ dan kipas angin yang dipasang di setiap penjuru tiang tidak memberikan sepenuh keselesaan kepada kami ketika itu. Seolah-olah kami sudah kehabisan tenaga untuk meneruskan rukun tersebut.namun saya cepat-cepat beristighfar,mengingati kembali kisah Hajar alaihisallam yang berpenat lelah mencari air untuk puteranya,Nabi Ismail a.s. sambil berjalan,saya membaca al-Quran.alhamdulillah,pada sai’e yang terakhir,saya berjaya menghabiskan bacaan Al-quran sebanyak 10 muka surat.

Selepas sa’ie,kami bertahallul.maka selesailah umrah pertama kami pada petang itu.serentak itu,kedengaran azan Asar berkumandang.kami segera mencari tempat untuk solat.

UMRAH RAMADHAN

Umrah di bulan mulia,Ramadhan Al-Mubarak merupakan satu pengalaman ibadah yang paling berharga seumur hidup saya.Belum pernah saya rasakan nikmat ketenangan dan kemanisan ibadah yang sebenar melainkan di dua kota haramain,Makkah Al-Mukarrmah dan Madinah Al-Munawarah.

Rutin harian saya sepanjang 10 malam terakhir di sini amat padat. Seawal jam 5 pagi,selepas bersahur di hotel penginapan,kami bergegas ke AL-Haram untuk menunaikan solat subuh. Selepas solat,kami pulang semula ke hotel untuk bersiap-siap ke Tan’im untuk berniat ihram di sana. Perjalanan ke Tan’im dari Sulaymaniyah,tempat kami tinggal mengambil masa kira-kira 45 minit menaiki teksi atau microbus. Teksi di sini semuanya canggih-canggih .Bayangkan tiap-tiap hari anda berulang alik dari masjid Haram ke hotel menaiki Mercedes Benz putih! Alhamdulillah,syukur pada nikmatNya!

Di masjid Tan’iem atau lebih dikenali sebagai Masjid Saiditina Aisyah oleh penduduk tempatan,kami solat sunat ihram dua rakaat dan niat ihram di sini. Kawasan perkarangan masjid memang bersih dan tersusun . landskap masjid seolah-olah menyerupai masjid-masjid di tanah air. Setelah selesai semua urusan,kami ditemani musyrif bersiap-sedia menaiki mikrobus untuk ke masjid Al-Haram . Tambang yang dikenakan tidak mahal,antara 2 riyal atau 3 riyal sahaja untuk seorang.Dalam perjalanan ke masjid,mulut tidak berhenti dari menyebut ucapan talbiah.

“labbaikallahumma labbaik..”

Sampai di perkarangan masjid,kami berjalan menghampiri Babusalam ditemani musyrif.

Rukun umrah diteruskan dengan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan. Manusia sentiasa bersesak-sesak memenuhi masjidil haram,susah untuk menjangka waktu yang sedikit bilangan jemaah di sini. Setiap waktu,setiap saat,setiap detik,Masjidil haram sentiasa banjir dengan limpahan manusia yang dating dari pelbagai Negara untuk menjadi tetamu di rumah Allah.

Kami biasanya memulakan tawaf jam 7 pagi. Matahari kian memancar tetapi tidaklah terlalu bahang rasanya. Kawasan di sekitar Kaabah masih teduh. Burung-burung bebas terbang riang di angkasa. Kelihatan Para pekerja di Masjidil Haram tekun menjalankan kerja mereka seperti menyapu lantai,menyusun Al-Quran,mengisi air zamzam ke dalam tong yang disediakan.walaupun kerja mereka nampak remeh,namun insyaAllah ganjaran yang besar bakal diperoleh. Malah,boleh dikatakan,darjat mereka lebih tinggi daripada doctor,engineer,manager kerana mereka mengabdikan diri mereka untuk bekerja di rumah Allah!Masya Allah. Saya juga memasang niat untuk bekerja sebagai doctor di sini suatu hari nanti.insyaAllah.

Usai tawaf kira-kira jam 7.45pagi. kami berundur sikit ke belakang dan solat di Multazam,tempat di antara hajarulaswad dan pintu emas Kaabah. walaupun nampak sukar kerana tempat tersebut merupakan laluan bagi para jemaah untuk bertawaf,tapi saya berusaha juga untuk solat di situ dan berdoa sebanyak-banyaknya di situ.

Sebelum memulakan sai’e,saya dan rakan-rakan akan berehat sebentar di anjung masjid,betul-betul menghadap Kaabah dan kami akan membaca Al-Quran di situ.target untuk habiskan 30 juzuk al-Quran selama 10 hari terakhir Ramadhan perlu dilaksanakan. Kami berdoa pada Yang Esa supaya memudahkan urusan ibadah kami di sini. Sambil merenung Kaabah,tangan ditadah berdo memohon keampunan dariNya dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

bersambung..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: