..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Latihan Memandu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah ini dan masih lagi diberi peluang untuk menilai diri sendiri yang serba kekurangan ini agar setiap tindak tanduk kejahilan tidak akan berulang lagi..

Hari ini saya telah berjaya selesai sesi pertama latihan asas memandu di Hayyu Asyir bersama dengan ‘cikgu kereta’,Ustaz Azman. Waktu latihan bermula jam 9 pagi,tapi atas sebab-sebab tertentu,kami terlewat satu jam dan terpaksa lah kelas dimulakan jam 10 pagi.  saya tidak keseorangan pada hari ini.  saya ditemani sahabat baik saya,Faz  yang  berlatih memandu bersama-sama  saya pagi tadi.  Alhamdulillah,seronok  mencuba sesuatu yang baru ni. Uniknya,di Mesir,tempat duduk pemandu di bahagian kiri(macam negara Mat saleh gitu).  mula-mula rasa kekok menjalar dalam diri saya,tapi lama kelamaan saya rasa seperti gian untuk ‘drive’ Matrix tu ke rumah saya di Sayeda Zenab.Yang kelakarnya,saya sibuk bertanyakan ustaz tentang harga kereta di Mesir.(bujet nak beli la tu!)bukannya apa,kadang-kadang kita perlu ‘think out of the box’,berfikir menjangkaui masa depan.

latihan pertama dimulakan dengan pengenalan compartment penting di dalam kereta. nasib baik hari ni saya memandu kereta auto. lagipun ujian memandu di Mesir boleh menggunakan kereta auto atau kereta manual. cuma kedua-dua jenis kenderaan ini ada pro dan kontranya. dahulu,saya pernah mencuba memandu kereta manual,terkial-kial juga dibuatnya terutamanya ketika ‘reverse’.setiap kali reverse,kereta akan mati.saya membuat kesimpulan sendiri,agaknya kereta manual ni begitu sensitif dan hanya orang yang sabar saja yang boleh memandunya.haha..jujurnya,saya lebih suka memandu kereta auto kerana senang untuk dipandu,ringan,fleksibel dan yang paling saya suka sekali,tiap kali saya membuat reverse,kereta akan still hidup,so tak perlu saya panik-panik lagi.Ya ampun!!

my Naza SURIA..i'll drive it after this..insyaAllah

cabaran saya kali ini ialah membuat side-parking. hampir 5 kali saya mencuba,baru lah saya berjaya masuk ke dalam petak putih. kawan-kawan mesti menganggap betapa ‘slow’nya saya.haha!inilah cabaran bagi saya dan smemestinya saya mesti menyahut cabaran ini. kawalan stereng(berat amat sih) dan pengamatan mata pada cermin sisi dan belakang amat penting dalam membuat side-parking ini. mata perlu peka melihat di kiri kanan sambil tangan mengawal stereng dan tayar! semuanya berlaku secara serentak. tiap kali tidak berjaya melakukannya,saya jadi geram dan makin bersemangat untuk melakukan yang terbaik sehingga saya berjaya melakukannya. jangan mudah mengaku kalah!!

usai latihan,saya dan Faz terus ke kedai makan untuk mengisi perut yang kosong sedari pagi tadi. Al-maklumlah,hari sebelumnya saya tidur agak lewat,jadi tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi. selepas itu,kami terus ke Rumah Kelantan Lama di Hayyu Sabie untuk menziarahi kakak-kakak ustazah dan juga junior perubatan. Lama sungguh rasanya tidak bertemu mata dengan mereka semua. Alhamdulillah,dengan menziarahi mereka tadi,terubat juga rasa rindu pada keluarga di Malaysia. Ukhuwwah itu indah! Ukhuwwah itu manis!

Nota 1 : masalah yang saya hadapi ketika memandu ialah kawalan stereng.kadang-kadang sampai berbelit tangan saya untuk mengawalnya. orang selalu kata,luruskan tayar..tapi bagaimana nak luruskan tayar melalui kawalan stereng ketika memandu??saya sedang bereksperimentasi juga sebenarnya..

Nota 2 : Tips memandu kereta Auto-sumber dari Internet

Learning to start, stop and steer is much easier in automatic cars. The right foot should normally be used to control the accelerator and footbrake. Because there is no clutch, your left foot should not need to be used at all.
When the initial gear selection has been made, usually when the vehicle is stopped, all subsequent changes are carried out automatically. They are regulated by the car’s speed and the pressure applied on the accelerator.
When driving automatic cars, the brakes have to be used more often to avoid its natural tendency to creep forwards.
Automatic cars enable drivers to concentrate on the more important things, such as planning ahead and steering. It makes learning to drive easier, particularly for older or disabled people.

Your instructor should explain about the extra use of the handbrake and different techniques used to control the car at low speeds.

Nota 3 : saya amat sibuk minggu ni.saya mahu cuti,boleh ke?

Nota 4 : kat mane saya nak dapatkan jadual lengkap kelas talaki di Masjid Al-Azhar?


Moral : 1. jangan cepat mengalah! be confident in whatever you do!

2. ukhuwwah itu terlalu INDAH!!

Single Post Navigation

2 thoughts on “Latihan Memandu

  1. la.. drive.. it is about experience and yr bravery.. haha.. time kat mesia, ore dok perhati saem2 yg baru2 belajar drive.. time nk masuk line ke apa, smua mesti pandang ke belakang. Tp klu dah biasa, tgk cermin je, mmg malas nk pusing2. Nk tgk orang yg kita tunggu dah datang ke belum pun pakai cermin je. 3 cermin tu dah cukup bg pandangan full sbnrnya. hehe..

    bab stereng, klu skolah memandu kat mesia, dia ajar tangan mesti 90 degree.. time nk test, tangan tu mmg tak leh gerak. tangan kanan dan kiri, pegang satu point je kat stereng, kiranya jgn alih dr stereng. Yg gerak cuma bahagian wrist join dan siku. jari tak yah gerak. haha.. kelakar2.. lulus je test, mmg tak praktik lgsg..main putar je..

    ~pnjg tol, sbnrnya rindu nk drive!!!! kak atin beli la keta, meh kita drive.. tp kat mesir mmg kena bawak auto je kot.. haha.. rindu nk ride motor!! arghh! haha~

  2. haha..stp kali teringat mmg nak gelak..hu3.. thanks fatin sbb jadi teman yg best..:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: