..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

latihan memandu 2

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ini saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan melakukan kebajikan di atas muka bumi ini.

Rutin harian diteruskan seperti biasa hari ini. seawal jam 8 pagi,saya dan Faz telah meredah kedinginan pagi untuk ke Hayyu Asyir. seperti biasa,kami memilih metro sebagai pengangkutan utama kami untuk ke sana. Sampai di Ghamra,saya menahan sebuah bas untuk ke Hayyu Asyir. cadangnya kami ingin menaiki teksi untuk ke Asyir,tetapi memandangkan bulan ini poket saya agak kering sedikit,maka kami menaiki bas sahaja untuk ke sana.janji sampai di Asyir! sempat mengerling jam di tangan,alamak,terlewat 15 minit dari waktu latihan sebenar iaitu jam 9 pagi. biasa la,keadaan trafik di Mesir ini kita tidak boleh jangka.tambahan pula jikalau jarak perjalanan itu jauh seperti dari kawasan penempatan saya di Munira untuk ke Hayyu Asyir(di Madinah Nasr-luar Cairo) yang memakan masa selama lebih kurang 2 jam. tough sungguh akhawat yang belajar di  Mesir ya! (perasan mode:))

Ustaz telah menunggu kami di tempat latihan bertentangan kawasan Su’ Sayarat(pasar kereta). uniknya nama ini diambil sempena tiap-tiap Jumaat,satu lelongan atau jualan langsung kereta-kereta terpakai akan diadakan di kawasan ini. banyak sangat kereta yang akan dijual,macam pasar! sebab itu lah namanya Su’ Sayyarat.kreatif juga orang Mesir ni!

kereta Matrix telah menunggu kami di satu kawasan lapang yang menjadi padang latihan kami ketika itu. sebaik saja sampai,ustaz terus meminta saya untuk memandu kereta itu di kawasan tersebut. bukan apa-apa pun,hanya pusing-pusing sahaja.kata orang,untuk ‘warm up’. memang saya akui,seronok sangat dapat drive kereta ni!betul,saya tak tipu! ah,rasanya mahu saja saya beli kereta dan pandu kat Mesir ni!boleh ke? duit dah kering ni!hehe. dalam 15 minit warming up,ustaz meminta saya buat ‘side-parking’. huh,kali ini kesabaran saya mula teruji. untuk memastikan kereta betul-betul berada dalam petak putih,kita perlu mengawal stereng seiring dengan deria penglihatan yang tajam untuk sisi kanan dan kiri,juga sisi belakang. rupa-rupanya,untuk side parking ini pun ada cara dan teknik tersendiri. di sinilah penting kemahiran memanipulasi otak juga gerakan mekanikal tangan untuk memastikan kereta benar-benar masuk di petak putih . tangan saya sudah mulai lenguh saat percubaan kali kelima dilakukan. huhu. (stereng yang berat..huh!)

tiada apa yang menarik pun ketika sesi latihan untuk hari ini. saya hanya perlu memantapkan stamina fizikal dan mental untuk menghadapi ujian memandu Khamis ini. doakan agar saya lulus ujian itu nanti.

oh ya, ramai yang bertanyakan saya,bagaimana hendak belajar dan mendapatkan lesen kereta di sini? lesen di Mesir diiktiraf di peringkat antarabangsa. bayaran untuk belajar memandu dan lesen hanyalah sekitar 450 l.e (RM 200 lebih)murah bukan?insyaAllah berbaloi. caranya, untuk pelajar perubatan,dapatkan syahadah di universiti masing-masing. bawa passport dan visa terbaru ke Kementerian Pengangkutan(Idarah Murur yang berpusat di Fustat,Kaherah) untuk mendaftar sebagai calon ujian memandu. nama yang berjaya akan diumumkan lebih kurang 2 minggu selepas mendaftar untuk  ujian memandu . surat sokongan Kedutaan Besar Malaysia mesti dimohon(proses ni tak sampai setengah jam pun). di Malaysia nanti,bawa segala dokumen sokongan,lesen memandu untuk diterjemah di Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) di negeri masing-masing. Selamat Memandu!

Nota 1 : waa..sibuknya minggu ini. apa khabar buku-buku medic ku?huhu..

Nota 2 : put Prioriti and know how to manage your time wisely..

Nota 3 : manuskrip buku untuk terbitan PERUBATAN 90% finalized. insyaAllah,doakan agar urusan saya dan krew editor                 dipermudahkan..amin

Moral : Pandu cermat jiwa selamat! Be Confident! Don’t be panic!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: