..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

One Bond,One Union

assalamualaikum wbt

aAwal-awal pagi lagi saya sudah bersiap-siap untuk ke ARMA(Asrama melayu Malaysia) di Abbasiah,Kaherah. untuk apa?ya,untuk mengundi lah. hari ini hari mengundi untuk kenaikan pimpinan baru PERUBATAN sesi 09/10. undi saya semestinya adalah rahsia. saya doakan agar pimpinan baru PERUBATAN nanti bakal membawa sinar perubahan  pada PERUBATAN sendiri.

pastinya insyaAllah pimpinan baru kali ini bakal menggegarkan PERUBATAN di seluruh Mesir kerana AJKT kali ini dilihat ramai daripada kalangan junior. kata orang dahulu kala,orang muda ni minda dan fizikal nya cerdas,orang tua(senior,sunbae kata orang Korea) pula kelebihannya terletak pada pengalaman hidup dan kematangan dalam berfikir dan bertindak membuat keputusan. sebab itu kalau kita singkap kembali sirah Rasulullah s.a.w, Rasul dilantik sebagai pemimpin umat ketika usianya 40 tahun, usia di tahap matang seorang lelaki (tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda) manakala hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh tatkala menakluk Konstantinople ketika usianya mencecah 21 tahun. Khalid Al-Walid juga dilantik mengetuai angkatan perang ketika usianya masih muda belia.

so,buat adik-adik pimpinan baru AJKT PERUBATAN,usia bukanlah penghalang untuk memimpin mana-mana organisasi,asalkan tahu,faham dan hadam apa objektif dan matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi tersebut.bila dah jadi pimpinan,kita ni ibarat kuli atau HO(hamba orang) lagaknya. buat kerja siang malam,penat ke sana ke mari. (aduh,teringat kenangan zaman dahulu kala).memang memeritkan.tapi ingat satu je, Allah sentiasa bersama kita. Sabda baginda :setiap daripada kamu ini adalah pemimpin pada yang lain. maka,di sini perlunya kita semua berlapang dada,terima seadanya bakal pimpinan kita nanti. jangan lupa,teruslah menyokong persatuan kita ini kerana PERUBATAN menjadi proksi kekuatan buasemua mahasiswa dan mahasiswi PERUBATAN di sini baik dari segi kebajikan,tarbiah,ukhuwwah,akademik dan sebagainya.

Teringat kenangan dahulu kala tatkala memegang tampuk kepimpinan Majlis Tertinggi di SMU(A) Maahad Muhammadi P,Kota Bharu sesi 2003-2005. banyak kisah suka duka antara kami Badan Pengurus AJKT Badan Disiplin dan Badan Dakwah Tarbiah(BADATI) kala itu. sesungguhnya Maahad merupakan sekolah yang mendidik kami untuk menjadi seorang pejuang. teringat kenangan memimpin bersama Nadiah Abd Aziz (kini di USM),Kak Zan,Mastura(di UIA),Azliani(Medic Ain Shams) dan ramai lagi. dan sekarang mereka kini masih lagi menerajui kepimpinan di kampus masing-masing.sahabat,thabatkan perjuangan ye! saya pula lebih selesa bekerja bagi pihak BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) apabila diamanahkan sebagai Mandubah Perubatan Kelantan. ada la juga pengalaman berpersatuan di sini. hehe. juga pernah bekerja sebagai ajk untuk Biro Pembangunan Insan PERUBATAN yang merangka perjalanan kelas mingguan umum dan kelas khas untuk akhawat perubatan di Kaherah. walaupun kecil sumbangannya,namun saya tetap berpegang pada prinsip ‘hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya’. tidak kira anda sebagai ahli biasa,AJK hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi sebgai AJKT mahupun Presiden,kita semua adalah pekerja-yang kerjanya adalah untuk memastikan organisasi kita terus berdiri teguh seutuhnya.insyaAllah!

“sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4)

ya! PERUBATAN umpama satu bangunan yang kukuh. barisan kepimpinan bertindak sebagai frontliner,barisan tengah bertindak sebagai AJK manakala barisan belakang bertindak sebagai penyokong dan pendokong!melindungi  persatuan apabila diancam mara bahaya musuh! ini bukan assobiah,tapi ini dinamakan KERJASAMA! kerjasama untuk memastikan persatuan ini terus megah berdiri ! sebenarnya saya sudah terhidu bau-bau ‘kematangan’ PERUBATAN ini,cuma harapnya selepas ini PERUBATAN mampu merangka gerak kerja yang lebih tersusun dan lebih bersistematik dan bersifat menyeluruh,bukan tertumpu di bahagian pusat semata.komuniti perubatan di sini makin bertambah ramai.kini, PERUBATAN dilihat sebagai sebuah persatuan utama (frontliner) kerana kuantiti pelajar yang melebihi pelajar dirasat sendiri. bina kembali segala gerak kerja yang lebih tersusun,pertingkatkan mutu kerja ke arah yang lebih cemerlang,gandingkan sifat kebersamaan antara sesama ahli,kuatkan visi portfolio masing-masing,jana ilmu dan fikrah dalam ahli PERUBATAN sesuai dengan konsep Muslim Doktor.pendek kata,keseluruhan aspek rohani,mental,fizikal perlu diseragamkan dan dilaksanakan untuk mencapai PERUBATAN yang harmoni!

Pelajar Perubatan di Mesir kuat Berpersatuan?

saya pernah diajukan soalan ini oleh beberapa teman rapat saya yang juga mengambil jurusan perubatan di Malaysia. juga tidak ketinggalan,pernah diasak pertanyaan ini oleh beberapa orang doktor di Malaysia!haha.jangan terkejut.doktor yang bertanyakan saya soalan itu pun kagum dengan kehebatan persatuan di sini! PMRAM pun gah di sini. PERUBATAN juga gah. ISMA juga gah! pendek kata,semua persatuan yang wujud di sini nampak semua gah!berkat Mesir kot!andaian saya sahaja.

bBerpersatuan tidak salah. setakat ini tiada lagi hadis atau dalil yang mengharamkan kewujudan persatuan .cuma,apabila timbul banyak persatuan sehingga mengakibatkan perpecahan,itu yang diharamkan. saya ulangi,persatuan yang menyebabkan perpecahan antara umat Islam dan melambatkan gerak kerja Islam,itu yang diharamkan! saya tidak tuju pada mana-mana persatuan,tetapi analoginya begini : sekumpulan manusia ingin menuju ke satu tempat talaqi. ada yang naik kapal laut,ada yang naik kapal terbang. keduan-duanya menuju ke destinasi sama. logiknya,mesti lah kapal terbang yang sampai dahulu. apabila sampai,mereka mendapat kitab dan kelengkapan yang cukup dan sempat mendengar secara sempurna syarahan yang disampaikan oleh Syeikh. kumpulan yang satu lagi sampai sejam lewat dan tup-tup bila sampai,ceramah dah habis.kitab pun habis. jadi,siapa yang rugi di sini?apa salahnya,naik satu pengangkutan dan sama-sama pergi ke tempat tu.duit tak habis banyak,tenaga pun tak banyak dibazirkan. sama-sama dapat ilmu dan kitab yang mencukupi! ini tidak,apabila dah terjadi macam ni,nampak tak seolah-olah terjadi konsep win-lose di sini.ada kumpulan yang mengalami kerugian kerana tidak mendapat apa-apa!

begitu juga halnya situasi sekarang. kita semua inginkan Islam membangun. jadi mengapa perlu wujud lagi konsep win-lose dalam gerak dakwah kita?kita bukan nak bertanding dengan siapa-siapa. kita hanyalah manusia biasa,hebat mana pun,kita hanyalah hamba Allah semata-mata.ingat,kita ini HAMBA!kita ini KULI!l ihat kiri kanan kita,musuh Islam sentiasa mengintai ruang untuk memastikan kita semua terkubur. nampak gayanya,mereka sudah tertawa sekarang melihatkan masyarakat Islam yang suka untuk menjatuhkan sesama sendiri. Astaghfirullah! konsep win-win memang diamalkan Rasululullah s.a.w sejak Islam tertegak lagi. Baginda menyatukan semua umat Islam di atas satu aqidah,satu tauhid,satu fikrah,satu amal!

berbalik kepada analogi yang diberi,golongan yang sampai awal ke kelas dapat meikmati keistimewaan yang sungguh indah.dapat kitab,dapat bertemu muka dengan syeikh tersohor.dan pastinya golongan ini mendapat tempat istimewa dan kepercayaan di sisi masyaikh tersebut . golongan yang kedua tidak akan mendapat apa-apa keistimewaan pun,mungkin sedikit pahala menuju ke tempat talaqi tersebut. begitu juga halnya dengan kewujudan pelbagai persatuan di sini. masing-masing boleh berfikir sendiri.masing-masing sudah matang! buktikan anda seorang MAHASISWA bukannya pelajar sekolah hingusan lagi!

oh ya,tentang soalan yang diajukan di atas,saya berpendapat,tidak salah berpesatuan tetapi perlu bijak mengimbangi masa dan tenaga untuk belajar dan bekerja. sebenarnya tidak wujud istilah bekerja kerana sambil bekerja kita juga belajar. cuma,rancang dan bahagikan masa betul-betul.ingat,masa umpama pedang! jangan persiakan,kelak akan menyesal di kemudian hari!

saya pula sekarang sibuk dengan kehidupan bergelar pelajar klinikal(saya suka menyibukkan diri..hehe) juga sibuk dengan bahan-bahan untuk karya saya seterusnya.doakan agar saya dapat mencapai apa yang saya inginkan dalam hidup ini demi kesejahteraan di akhirat kelak!.saya berpegang pad prinsip untuk menyumbangkan sesuatu kepada rakan-rakan dan juga adik-adik di sini sebelum saya meninggalkan bumi kinanah ini.juga saya ingin mengambil sebanyak-bnyaknya mutiara ilmu dan pengalaman di sini untuk saya praktikkan dalam episod kehidupan saya di Malaysia nanti.insyaAllah,semoga Allah panjangkan umur saya untuk saya terus berbakti pada ummah dan negara suatu hari nanti.

Nota 1 : ini sekadar pendapat saya dan apa yang saya dapat setelah bertalaqi dengan ustaz-ustaz. saya ni jenis keras kepala sebenarnya dan susah untuk menerima pandangan manusia bulat-bulat.so,inilah hasil kajian saya setelah lama saya bertungkus lumus mencari penyelesaian bagi masalah ini.

Nota 2 : adik-adik pimpinan PERUBATAN nanti,berilah khidmat dan sumbangan dalam bentuk apa pun demi kelangsungan persatuan yang kita dukung ini.

Nota 3: bila dah letak jawatan,rasa macam kosong sangat.macam banyak pula masa free.takpe,mungkin saya isi dengan pengajian di kelas agama ataupun di hospital. tak sabar nak jumpa patient! kadang-kadang semangat macam ni tak salah kan??hehe

“Hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: