..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Hari yang menyeronokkan!

Assalamualaikum wbt

Cuba teka,hari ini ada apa?

T____________T

Hari ini hari pertama saya mula ber’sekolah’! Alhamdulillah. Jam 7.30 pagi lagi saya dah melangkah menuju ke kuliah perubatan,Kasr El-Ainy,Cairo University. Awal tak? Semangat punya pasal,pagi-pagi lagi saya sanggup meredah kedinginan Kota Kaherah bersama-sama teman baik saya,Faz dan Bai.

Sampai di dewan kuliah,saya bertemu kembali sahabat seperjuangan Gen6 Akhawat. Amboi,padahal baru je cuti raya seminggu,tapi lagaknya macam dah bertahun tak jumpa.huhu. biasalah ,ukhuwwah itu kan manis! Cuti Aidiladha yang lalu,saya banyak menghabiskan masa di ‘kampung’ saya iaitu di Sabie,Madinah Nasr. Maaf ye kawan-kawan,raya kali ini saya perlu beraya di Sabie! Ada beberapa aktiviti sedikit di sana.

Oh ya, tentang kuliah hari ini,Alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa. Kami belajar subjek Community Medicine yang sememangnya telah dipelajari oleh rakan-rakan medik saya di tanah air selama tiga tahun pertama berturut-turut. Tapi,system kami di Mesir ini amat berlainan sama sekali. kami wajib belajar subjek ini (nama singkatan: comMed) selama 2 bulan sahaja! Mana tak penatnya. Buku ComMed yang tebal sakan tu perlu dihabiskan menjelang bulan januari atau Februari ini. Selepas itu, end-round exam menanti kami! Habislah kalau tak belajar betul-betul nanti!

Untuk kelas hari ini,kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar 1 dan 2 . setiap kumpulan akan dibahagikan pula kepada pecahan yang kecil iaitu 1A,1B,2A,2B. saya ditempatkan di kelas 2A. kelas kami seramai 25 orang semuanya dan semuanya dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil. Subteam saya terdiri daripada 4 orang semuanya- Cuna,Lili,saya dan Nadi. Oh,dah mula pening-pening ke dengan system nombor ni? Ok..ok..tak payah faham sebab saya sendiri pun pening-pening juga dengan system ini. Adoi,dah lama saya tinggalkan dunia matematik saya.haha! padah jadi doctor!!

ComMed- round paling sibuk,paling tough,paling fun sepanjang tahun 4 ini.

Pagi tadi,kami belajar tajuk Leadership. Ala-ala dalam kelas motivasi gitu. Seronok juga sebenarnya. Di situ kami dilatih untuk bercakap di khalayak ramai,public speaking la orang kata . Terima kasih buat Dr Nisreen kerana menjadi lecturer yang best untuk tajuk Leadership! Kami diterangkan mengenai perbezaan antara manager dan leader. Kedua-duanya seolah-olah sama,tetapi berbeza sebenarnya. Manager lebih kepada seorang ‘instructor’,manakala leader sebagai sumber inspirasi bagi orang ramai. Pada seorang leader terdapat ‘skill’ untuk beradaptasi dengan masyarakat . seseorang boleh belajar untuk mendapatkan skill yang mantap. Jangan silap,kebolehan atau ‘skill’ seseorang bukanlah ‘talent’ atau anugerah semulajadi dari Allah,tetapi skill itu boleh dipelajari dari masa ke masa.

Tadi,kami diminta untuk menilai diri kami sendiri dari aspek ‘leadership’ dari skor 0-4. Saya mendapat markah sebanyak 70/100.haha. markah ini tidak layak untuk menjadi seorang leader sebenarnya. Namun,saya berpuas hati dengan apa yang saya capai. Selebihnya,saya mahu berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang saya inginkan.

Serius,sepanjang sesi kuliah berlansung,saya tak rasa pun diri saya ni mengambil jurusan perubatan.haha! round comMed ini memang unik dan lain dari yang lain. Ok,mari saya ceritakan serba sedikit tentang apa yang akan saya pelajari nanti . jadualnya pun berubah setiap minggu. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Guess what? Minggu depan,saya dan kawan-kawan group 2 akan turun melawat ke kampung-kampung pedalaman dan kami akan membuat  kajian dan statistic mengenai kawasan tersebut,juga menyampaikan bantuan dari segi pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Community medicine bukan hanya subjek yang menjadi pelengkap silibus kurikulum tahun 4 Universiti Kaherah tetapi dengan memahami makna yang tersingkap di sebalik ComMed ini,insyaAllah bakal melahirkan doctor-doktor yang berjiwa hamba,tulus ikhlas dalam menjalankan amanah Allah, bersopan santun dengan masyarakat sekeliling, optimistic dalam membuat keputusan, superior di mata masyarakat dan letak dirinya mulia di sisi Allah swt.

Huh~ setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu saya akan berulang alik ke kuliah dan hospital bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. Kuatkan semangatku!!

nota 1 – ok,saya nak sambung study dulu. salam dunia!

Single Post Navigation

6 thoughts on “Hari yang menyeronokkan!

  1. commed memang berbeza drpd sabjek yg lain sebab dlm sabjek2 lain,kite mencari penyakit dalam badan manusia tapi commed ni lebih kepada mencari penyakit dalam sayur,haiwan,n persekitaran. dapat gambaran x? kalo ada mencari penyakit dalam badan manusia pon,bukan mencari dalam individu tapi secara kumpulan [prevalence rate etc]

    bagi sesetangah orang,commed adelah sangat super boring dan tak menarik e.g saya. tp bg segelintir mcm awak nampaknye seperti sgt enjoy. keep it up.

    nanti masa visit lg seronok. setiap org wajib cari 2 family utk buat medical check ups. teringat ade 1 family ni maki hamun kat aku sebab ketuk pintu rumah time derang nak tido tengahari. haha

    k,good luck.

    • izzrawda on said:

      hari yg amat penat..marathon kuliah selama 5 jam..haha..semput2..

      tq abg warouq for ur advices!!

      sape yg suruh p ketuk pintu umah org tu tengahari buta cmtu??hehe..takpe,pengalaman sume tu..hehe

  2. Saufi alex on said:

    leader and manager….
    nice comparison…:-)
    gud luck in study k…

    medicine is just like playing puzzle, put the each pieces(history,symptoms,lab) together, then the truth will reveal…
    so, main la puzzle banyak2….:-)

    • izzrawda on said:

      yup..thanks for ur wish..i’ll perform my best in this field..
      so,lps ni kene beli byk2 puzzle ni..hehe..
      u know what,my doctor said,main puzzle boleh release stress!! sy pun pelik bile die ckp cmtu..but now,i know why..huhu..thanks again!!

  3. selamat meneruskan kuliah dan ‘bercommed’ fatin! seronok dengar cerita kamu nih..
    moga Allah mudahkan segala urusan kamu^_^
    [hugs from far]

    • izzrawda on said:

      thanks a lot kak nurani..
      miss u much-much more..jadi chipsmore!!hehe
      akak mcm mane skrg?lame tak dgr cite akak?
      tak sbr nk jmpe akak next year..
      all the best in ur life!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: