..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Penat?

assalamualaikum wbt

Hari ini saya bersantai sahaja di rumah bertemankan buku-buku ComMed, case files , immunity books dan banyak lagi. boleh kata santai ke macam ni? hehe. sebenarnya,minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk bagi saya dan rakan-rakan batch tahun 4 Cairo University. kenapa? sebab minggu ini merupakan minggu pertama bagi round Community Medicine. saya ke kuliah jam 7.30 pagi dan pulang jam 3 petang. jam 5 petang dah masuk waktu Maghrib di sini. Waa..penatnya!

Memang! minggu ini amat memenatkan. tapi,tiada gunanya saya bersungut macam-macam, realitinya,saya perlu lalui semua kurikulum yang disediakan dalam round CoMmed selama 7 minggu ni..No excuses!!

ramai yang bertanya,apa sebenarnya commed ini? macam bunyi ‘komet’ pun ada, ‘komik’ pun ada. haha..hakikatnya,commed sebenarnya membincangkan hal berkaitan kesihatan untuk komuniti/masyarakat sekeliling. sebelum ini,masa saya berada di tahun pra-klinikal(tahun 1-3),di minda saya hanyalah terbayang untuk merawat seorang pesakit (one on one patient) dan bukanlah merawat masyarakat secara menyeluruh. pernah juga terlintas untuk menyertai MERCY dan sebagainya,tapi masa tu mana lah saya tahu bahawa wujudnya penjagaan kesihatan/rawatan kesihatan untuk komuniti/masyarakat secara spesifik. sekarang,bila dah berada dalam round ini,saya perlu buka minda seluas-luasnya bahawa sebagai seorang doktor,tugas saya bukan sahaja merawat penyakit yang dihidapi pesakit tetapi perlu juga mencegah penyakit (prevent disease) dan konsep pencegahan penyakit sebenarnya antara objektif saya belajar commed ini. apa yang saya perlu buat untuk mencegah penyakit sama ada penyakit berjangkit atau tidak dan apakah rawatan yang perlu saya berikan kepada mereka yang menghidap penyakit ini. itu lah serba sedikit mengenai commed ini. best kan??

sepanjang minggu ini,kami diajar cara-cara berkomunikasi yang berkesan sama ada dengan pesakit atau orang di sekeliling kita seperti nurse,saintis,pathologist dan sebagainya. saya juga belajar cara pengurusan stress,teknik belajar yang berkesan juga pengurusan masa yang betul. perkara yang saya sebutkan ni amat penting apabila bergelar seorang doktor nanti. selain itu,saya belajar tentang nutrisi dan penyakit disebabkan kekurangan zat makanan dan imunisasi yang diberikan kepada bayi. antara skop yang diajar dalam round commed seperti family planning,maternal health care,non-communicable diseases,school health,geriatrics care,special needs care,statistics,epidemiology,demography dan banyak lagi.

oh ya, assignment bertimbun banyaknya dan presentation boleh dikatakan setiap hari. dan apa yang menyeronokkan,kami diajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab kerana kebanyakan pesakit tidak boleh berbahasa inggeris. huhu. maka,terkapai-kapai lah saya menyebut kalimah arab satu persatu. sekarang,tugas saya makin berganda dan makin mencabar. selain belajar dengan serius subjek commed ini,saya perlu menguasai juga bahasa arab dengan baik,pendek kata perlu fasih dalam bahasa ini. tambah memeningkan kepala,di Mesir,terdapat dialek tertentu yang digunakan oleh sesetengah daerah,maka saya perlu juga tahu dialek yang digunakan mereka. mencabar bukan??

baru-baru ini saya berpeluang ke hospital Kasr El-Ainy, mengambil history pesakit di wad internal medicine. entah la,semangat lebih pula saya waktu itu. saya beserta 5 orang sahabat mengharungi kedinginan pagi di kota Kaherah untuk ke Hospital KAsr El-Ainy . saya berpeluang menemuramah seorang pesakit wanita berumur 43 tahun yang menghidap asma. alhamdulillah,mak cik arab tu begitu co-operative. mula-mula saya memperkenalkan diri dan senyum ke arahnya. berkali-kali saya berkata ‘el-arabi musy kuwayyis'(arabic saya kurang baik).huhu.dia hanya tersenyum memandang saya. terima kasih mak cik!nice work!!

baru-baru ini juga,ada perjumpaan leader dan co-leader bagi setiap kumpulan. wakil dari Malaysia seramai 8 orang,termasuk lah saya. saya selaku co-leader untuk kumpulan 2 A. seronok juga dapat join perjumpaan bersama Egyptian. saya puji sikap mereka yang yakin diri,bersemangat dan berani untuk tampil di hadapan. perjumpaan itu bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 3 petang. leader of the leaders dipilih dan Mohd Mustafa(Egyptian) telah terpilih untuk mengetuai kami semua. ketua untuk batch Malaysia ialah saudara Amin. selamat bekerja!!

ok,doakan saya dan sahabat moga cekal dalam setiap perkara yang dilakukan.

till we meet again. bye!

Nota 1 : kuliah pengajian Hadis Bukhari di Masjid Azhar jam 10.30 pagi setiap Sabtu yang disampaikan oleh Dr Yusri,seorang pakar bedah yang terkenal di Mesir.jom kita pergi memeriahkan majlis ilmu!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: