..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

:)

Alhamdulillah..

Hari ini kuliah berjalan seperti biasa. Hari ini juga ada test MCQ 60 soalan berkaitan tajuk Nutritisi,Demography dan Measurement of Health. Apa yang menariknya,test ini dijawab secara berkumpulan. Kumpulan kami seramai 6 orang kesemuanya,sama-sama bergabung minda dan berbincang tentang jawapan. Suasana jadi gamat sebenarnya. 4 subteam berentap memastikan kumpulan masing-masing menang dan dapat pergi ke peringkat seterusnya. Hadiah yang dijanjikan oleh Ketua Jabatan kami amat menarik iaitu lawatan ke ‘Dream Park’-salah satu taman tema di Mesir.hehe. dalam kalut-kalut menjawab soalan,tiba-tiba satu suara menyapa “erm,boleh perlahankan suara tak saudari2 sekalian..”..erk! kami berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba, kami ketawa ramai-ramai ,lucu dengan teguran daripada sahabat kami tadi.(hehe..tengah jawab soalan boleh ceria2 ke?)hehe..agaknya,kami sahaja yang ceria2 begini kot.

Sebaik masa tamat,saya menyerahkan kertas jawapan kepada kumpulan lain untuk disemak. Wah,semangat sekali ye kalian menyemak kertas soalan,macam gaya cikgu-cikgu je!hehe..dan sememangnya,kumpulan kami terkenal dengan keceriaan tersendiri. Tambahan adanya Cik eno,Hana,Dalily,Cuna dan Nadi. Kamu semua amat bermakna dalam hidup saya!eceh..he2

Dan tibalah masa yang ditunggu2..apa? “I’m sorry,I cannot tell your marks guys.confidential with me”,terang doctor dengan panjang lebar! Hah? Hmm,takpe la,kami hanya tersengih memandang masing-masing. Tapi,rasanya macam betul semua tadi.hikhik..perasan tahap petala langit tujuh ni! Alhamdulillah,everything was done!kami pun boleh study dengan tenang malam ini. Makin bersemangat untuk belajar .insyaAllah

ok,kelas berakhir jam 2.15 petang. Sebenarnya saya sudah berjanji dengan seorang sahabat saya untuk makan-makan di Mokmen-ala-ala KFC/McD Mesir gitu. Mokmen ni alternative kami di sini .maklumlah,KFC,McD kan diboikot! Amboi,bila diajak makan,sudah kebah nampaknya demam dan batuk saya ni.hehe! hmm,dah lama tak makan di luar. Saya memang pantang kalau diajak makan di luar,belum apa-apa lagi,memang saya akan terpacak di pintu hadapan rumah,tersengih semacam,buat muka happy merry-round,tandanya dah kempunan sangat dah tu nak pergi makan di luar.hehe!di Cairo,antara destinasi restoren pilihan saya ialah MokMen, Panda House,Wagamama,Cook Door,Pizza Plus,Chinese Wall Restaurant di Fustat. Saya suka sangat makan pizza dan segala makanan yang berasaskan cheese sebab saya suka cheese very much!!tapi,BMI saya tetap maintain.alhamdulillah.takut juga nak makan sebab cheese mengandungi kandungan lemat dan kolesterol yang tinggi. Tapi,jangn risau,saya bukannya makan cheese setiap hari! Lagi satu, saya suka masakan Chinese dan Japan.dan paling-paling saya suka SEAFOOD! Kalau saya tempah pizza,saya tak ketinggalan menempah pizza seafood dan cheese.hehe..nikmat dunia je ni! Alhamdulillah,kesyukuran tak terhingga dirafakkan padaNya.

Ok,berbalik pada cerita di atas,saya ditemani Baizura bergerak ke Mokmen di Manial yang terletak di pintu belakang fakulti kami. Dekat sahaja. Tapi,kami perlu menaiki teksi untuk ke sana,dalam 7 minit,kami sampai betul-betul di hadapan mokmen. Tapi sebelum itu,saya menyinggah di beberapa buah kedai pakaian –window shopping katakan.tapi,tak satu pun dibelinya! Selepas itu,saya masuk ke kedai makanan kesihatan dikenali dengan IMTINAN. Setiap kali saya ke Manial,saya tak akan ketinggalan untuk pergi ke IMTINAN. Di sini,saya menyambar Teh Pudina-the kegemaran saya. Juga saya tengok IMTINAN juga ada menjual cendawan ‘Shitaake’-masakan cina dan jepun selalu menggunakan cendawan jenis ini. Juga saya lihat ada menjual rumpai laut dan ‘kulit’ untuk sushi,soy sauce,madu dan banyak lagi makanan berasaskan kesihatan dijual di sini. Betul,saya rekemenkan adik-adik dan kawan-kawan untuk mengunjungi kedai ini.layanan yang diberikan oleh jurujual amat memuaskan hati.mereka boleh berbahasa inggeris dan murah dengan senyuman. Kedai ini juga amat bersih dan tersusun letak atur barang-barangnya. Selepas membayar Teh pudina sebanyak 5 l.e,saya memberi salam dan pada wanita jurujual dan lafaz ‘arigatou gozaimasu’ saya hadiahkan padanya! Arigatou!!

Kaki dah lenguh berjalan,perut pun sudah berkeroncong,kami pun cepat-cepat melangkah ke Mokmen. Kami tempah satu set Mexican rice (9l.e),2 potong strawberry cheesecake(my favourite sebab ada cheese), Mexican Grill sandwiches(dapat free-so,saya minta sandwich seafood)hehe..alhamdulillah,semua makanan kegemaran saya ada dalam list dan saya sudah mencuba kesemuanya tadi walaupun tak sempat habiskan semua sebab makanan terlalu banyak dan saiz roti pun dah cukup untuk 2,3 orang yang makan!tapi,kalau orang arab makan,satu roti untuk satu orang.mantapkan diorang bab-bab makan ni!hehehe

Akhirnya,kami pulang ke rumah dalam keadaan riang. Alhamdulilah,nikmat ukhuwwah dan persahabatan ini tidak akan saya sia-siakan.terima kasih Baizura kerana menjadi teman setia suka duka saya! Semoga Allah memberkatiMu teman-Happy belated Birthday!sweet 21.

Nota : saya nak study dulu.malam ini kene habiskan chapter Health management.

Nota 2 : kene susun jadual untuk study subjek preclinical. Start working!

Nota 3 : saya nak sangat makan sushi,tapi kat wagamama takde..anyone knows kat mana kedai makanan Jepun yang ada sushi kat Mesir ni?

Nota 4 : tak sabar nak jumpa ‘orang tersayang’ Khamis ni..nanti saya update! Nantikan..hehe

Single Post Navigation

One thought on “:)

  1. Tak sabar menunggu kemaskini seterusnya selepas membaca nota ke-4.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: