..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

hari-hari berlalu..

assalamualaikum wbt

hi again!

sibuk sikit minggu ini,menghabiskan projek buku yang terbengkalai seminggu yang lalu,kini sedang mencari sisa-sisa terakhir untuk menyudahkan proses pembikinan buku yang akan terbit tidak lama lagi.insyaAllah..doakan ye semua.

oh ye,Khamis lalu,saya berjumpa dengan ‘orang tersayang’ dan membawanya jalan-jalan di sekitar Munira,kawasan tempat tinggal saya dan juga kami shopping sama-sama di Abu A’la. seronok sangat berjumpa dengannya,maklumlah sudah tujuh tahun berpisah,akhirnya kami dipertemukan di Kota Kaherah ini.kecilnya dunia kan? wah,akhirnya terlepas juga rindu saya padanya.hehe..siapakah orang itu?jeng..jeng..jeng..tunggu di entri seterusnya ya!

erm,2 minggu lagi tinggal untuk saya habiskan round Community Medicine ni. sedih pula rasanya.banyak yang saya belajar daripada round ini. antara tajuk yang paling saya suka adalah Reproductive Health yang banyak menekankan aspek penjagaan ibu sebelum mengandung,semasa dan selepas mengandung.juga menekankan aspek penjagaan bayi dan kanak-kanak,perancangan keluarga(family planning) dan banyak lagi. tajuk lain yang saya pelajari seperti penyakit berjangkit,penyakit kronik dan kawalan,statistik dan pengurusan kesihatan di kawasan bandar dan kampung. pendek kata,semasa belajar Commed ini,saya harus meletakkan diri saya sebagai seorang Menteri Kesihatan!hehe

oh,keputusan  senarai peserta untuk menyertai seminar PERUBATAN kali ketiga telah keluar tadi menerusi emel perubatan_mesir dan laman web seminar sendiri. tapi,saya sedikit terkilan dan sedih,nama saya tiada dalam senarai. sedangkan saya sudah mendaftar seawal yang mungkin,tapi rupa-rupanya ada lagi yang mendaftar seawal waktu pendaftaran awal dibuka.wah,mantap sungguh penangan seminar kali ini! mana tidaknya,melihat kepada tentatif yang diberikan,kesemua penceramah yang diundang semuanya mantap-mantap!Prof Dr Abd Latiff,presiden PPIM(Persatuan Perubatan Islam Malaysia),Dr Syeikh Yusri,pakar bedah tersohor di Mesir,setiap Sabtu saya tidak akan ketinggalan mengikuti kelas pengajian Hadis yang diajar oleh beliau di Masjid Al-Azhar dan ramai lagi doktor-doktor berkaliber yang bakal menggegarkan seminar perubatan yang bertemakan PROFESIONALISME kali ini. saya menghubungi ajk seminar sebentar tadi,bertanyakan bagaimana proses pemilihan peserta dilakukan,mereka mengatakan pemilihan dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat!tapi,saya rasa macam saya sudah mendaftar secepat yang mungkin!hehe..tapi,takpe lah,doakan sahaja agar saya dapat menyertai seminar kali ini.logik ke?sebab nama saya berada dalam list 100+ dalam senarai menunggu.hmm,moga ada rezeki kali ini.insyaAllah! setiap kali seminar,saya tidak akan miss untuk menghadirinya samada di Mesir atau Malaysia.

ok,sampai di sini dulu ye. saya mahu study pula ni.

Nota : winter break akan tiba tidak lama lagi.hmm,insyaAllah saya akan bercuti ke Bahariya,satu tempat yang menarik di Mesir pada trip kedua.

Nota 2 : hmm,bila tiba cuti ‘sekolah’,maka ramailah pasangan yang akan berkahwin,termasuklah 2 orang sahabat seperjuangan saya di sini. tahniah A dan I. semoga perkahwinan kamu semua diberkati Allah,jadilah isteri solehah,penyejuk mata suami!

Nota 3 : ayah saya sekarang nampaknya sudah ‘allergic’ dengan perkataan kahwin.haha. katanya,”kakak belajar sampai habis,baru boleh kahwin.sekarang tok soh pikir2. fokus study.jadi doktor yang berjaya”..huhu..apa perasaan dengar ayah cakap macam ni?hehe

Nota 4 : baik ayah,saya ikut cakap ayah. fokus study betul2.insyallah nak tolong umi,ayah dan adik2 bila kakak kerja nanti. i swear dad! i dont want to hurt you! Go kakak..study la..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: