..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

:)

assalamualaikum wbt..

sepi lagi.

bukannya apa,tiada kemudahan internet menyebabkan usaha ‘blogging’ saya terbantut. ramai yang mengesyorkan saya membeli broadband Etisalat yang semakin mendapat sambutan di Mesir ini. tapi,saya tangguhkan dahulu hasrat saya untuk memilikinya kerana beberapa sebab.antaranya,saya ingin betul-betul fokus pada pelajaran saya tanpa gangguan luaran seperti internet. internet pada saya lebih membawa kemudaratan berbanding kebaikan sendiri. saya tak nafikan,ada masa yang betul-betul memerlukan saya untuk mendapatkan capaian internet,tapi alternatif lain masih ada seperti Cyber Cafe yang terletak 5 minit berjalan kaki dari rumah saya. kalau malas nak berjalan,saya akan pergi ke rumah sahabat saya yang letaknya betul-betul di bawah rumah saya.hehe.mudah bukan?jadi,selepas ini,tak perlu lah saya fikir untuk ber’internet’ lagi.

sebenarnya, minggu ini merupakan minggu terakhir saya di round community medicine. minggu hadapan saya akan menghadapi peperiksaan dikenali sebagai OSPE(objective structured practical examination) pada 20 Januari 2010. doakan saya dan kawan-kawan ye! banyak lagi yang perlu dibaca dan di’revise’.huhu

ingat lagi tak mengenai cerita saya di entry yang lepas mengenai ‘orang tersayang’?hehe..bukannya apa,suspen sikit. jeng..jeng..jeng..orang itu adalah :sahabat baik saya sendiri,Adleen namanya.merupakan pelajar Universiti Malaya(UM) yang menghadiri kursus Bahasa Arab selama sebulan di Kampus Bahasa Arab,Universiti Kaherah. kira-kira 6 tahun lamanya saya terputus hubungan dengannya,akhirnya kami dipertemukan di Kota Kaherah sewaktu saya menghadiri program di Malaysian Hall,Mesir. huhu..dunia terasa begitu sempit sekali. saat bertemu,kami berpelukan dengan erat sekali.air mata saya tumpah (banyak sekali) malam itu.Ya Allah,indahnya saat pertemuan itu.saya tidak dapat gambarkan dengan kata-kata!hanya hati saya sahaja yang dapat menafsirkan perasaan saya malam itu.

Khamis itu,selepas  solat Maghrib,saya,Adleen dan 3 orang lagi sahabat dari UM bertolak ke Abu I’la di Nasser(satu kawasan beli belah pakaian musim sejuk yang besar,luas dan murah!). dengan ditemani 2 orang musyrif(junior saya semestinya),kami bertolak ke sana dengan menaiki Metro(keretapi bawah tanah). sebelum itu,saya menjemput Adleen dan 3 orang sahabat UM ke rumah saya. selepas sesi kuliah saya berakhir jam 1 petang,saya bergegas ke rumah junior saya ,Munira untuk mengendalikan usrah bersama adik-adik yang lain. Alhamdulillah,jam 3 petang,aktiviti kami selesai. selanjutnya saya berkejar ke Main Campus,Cairo University yang terletak di Giza,10 minit perjalanan dari fakulti saya. kami(saya dan Yati) menaiki teksi untuk ke sana. teksi betul-betul berhenti di hadapan pintu pagar utama universiti.Alhamdulillah,syukur. puas juga saya mencari kelibat mereka berempat,akhirnya alhamdulillah saya berjaya menemui mereka.ketika itu,mereka sedang bersembang dengan perempuan Arab di situ. saya juga mengambil peluang bersembang dengannya(hehe..sempat lagi ye!). tetapi,perempuan arab sedikit kecewa kerana saya menggunakan bahasa arab pasar untuk bercakap dengannya.hehe..Maklumlah,sudah lama saya tidak praktis bercakap dalam bahasa arab standard,maka,saya hilang kata-kata untuk berbual dalam bahasa standard,sudahnya,kami bercakap seperti ayam dan itik..hehe..dia menggunakan arab standard,saya pula menggunakan bahasa arab ammiah/pasar! kami faham je antara satu sama lain,tetapi perempuan arab itu mahu membiasakan dirinya dan juga saya sendiri untuk bercakap dalam bahasa fushah(standard). hehe..entahlah,lidah saya lebih selesa berbahasa arab ammi kerana saban waktu saya menggunakan bahasa itu tiap kali berurusan dengan orang arab di sini,tambah-tambah pesakit arab yang datang dari pelbagai pelusuk daerah.huhu

ok,berbalik pada cerita tadi,sebaik sampai di Abu I’la,kami meninjau beberapa buah kedai pakaian yang menjual winter coat.saya pula tidak melepaskan peluang membeli sehelai winter coat sebagai koleksi peribadi.hehe..sepanjang jalan itu kami banyak berbual dan bercerita mengenai kisah silam antara kami,kisah sewaktu di MMP dulu..hehe..semuanya pasti menjadi ingatan saya buat selamanya ..insyaAllah..kami menghabiskan masa selama 2 jam di sini,meninjau-ninjau baju yang murah dan selesa untuk dipakai pada musim sejuk sekarang. usai semuanya,adleen dan rakan-rakannya pulang ke tempat penginapan mereka di Malaysian Hall ditemani seorang musyrif,manakala saya dan Yati pulang semula ke rumah kami di Munira.

malam itu terasa cukup indah sekali.menghabiskan masa bersama sahabat lama merupakan nikmat yang paling berharga dalam hidup!hehe..ukhuwwah fillah Adleen!

Nota 1 : berusaha menghabiskan Endocrine disorder study..huhu..perlu usaha yang lebih untuk hafal dan hadam simptomatologi,pathophysiology dan diferential diagnosis tiap-tiap penyakit dalam system ini..Ganbatte ne~

Nota 2 : keep FOCUS!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: