..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

SABAR DALAM CABARAN

SABAR DALAM CABARAN: manifestasi sebuah kesyukuran

Senario kehidupan hari ini memaksa kita semua untuk bertindak pantas dan tangkas dalam semua urusan kehidupan. Ditambah pula dengan kemunculan pelbagai jaringan elektronik dan multimedia yang banyak membantu proses kehidupan manusia. Hanya dengan satu sentuhan jari pada dinding skrin dan hanya satu klik sahaja,semua maklumat akan terpampang di skrin layer laptop atau i-phone masing-masing.Wah,canggih bukan?

Namun,pernahkah kita terfikir,era siber yang tidak mengenal sempadan ini menyimpan padah yang tersembunyi daripada kaca mata kita semua. Kadang-kadang,kita terlalu memuja dan memuji kecanggihan sesuatu alat itu tanpa kita sedar ada lompang bencana yang tersembunyi di sebalik kilauan itu.

Era i-phone juga lah menyaksikan maksiat bermaharajela di sana sini,seolah-olah tiada undang-undang agama wujud di situ,apatah lagi untuk menjatuhkan hukuman berlandaskan Islam!Dunia seolah-olah binasa dengan kepincangan manusia itu sendiri. Dunia tidak lagi boleh tersenyum seperti era kegemilangan Islam suatu masa dahulu,yang penuh dengan cahaya ilmu di merata-rata tempat merentas geografi Asia dan Timur Tengah,merentas Sepanyol dan Eropah, serta merentas seluruh gagasan Tanah Melayu ketika itu.

Tapi kini,semua itu sudah musnah,lenyap ditelan arus modenisasi zaman. Manusia semakin hanyut dengan sandiwara ciptaan mereka sendiri. Semakin maju sesuatu Negara,semakin rosak akhlak sesuatu bangsa. Akibatnya,hilang seri identiti anak Melayu yang  berimankan  Allah dan RasulNya.

CABARAN FREEMANSON

Cabaran dunia hari ini menyaksikan kembali kebangkitan roh Firaun laknatullah,Mustapha Kamal Al-tartuk,seorang dictator terkenal Turki dan golongan Orientalis yang juga tidak turut ketinggalan menunjukkan belang . Mereka bersama-sama bersatu aura dan tenaga dalam usaha menghancurkan Islam itu sendiri.

Kebangkitan golongan freemanson di Malaysia khususnya telah bermula sejak penjajahan Belanda ke atas Melaka pada 1511M sehinggalah Malaysia bebas daripada penjajahan Inggeris.Namun,pengunduran inggeris dari tanah Melayu pada waktu itu bukanlah sesuatu yang menyedihkan bagi mereka,tetapi ianya merupakan sebuah kemenangan yang besar bagi inggeris kerana telah berjaya menanamkan gerakan Freemansory kepada rakyat seluruhnya.

Perkara ini jelas apabila kita mendapati kuasa agama hanya terbatas kepada upacara ritual sahaja dan pengamalan Islam dalam pemerintahan dianggap lapuk dan kuno. Raja hanya berkuasa pada system pentadbiran yang melibatkan hal ehwal Islam sahaja di mana penguasaan mereka dalam system pentadbiran Islam hanyalah dalam kes terpencil sahaja dan begitu minimum.

Sejarah gerakan freemansonry di Negara kita perlu dijadikan pengajaran oleh kita semua,para mahasiswa yang bakal mencorakkan Negara kelak dengan satu aspirasi yang satu – mewujudkan negara Islam ‘centric’ dan pusat tumpuan Islam seluruh dunia.

RENCAH SABAR DALAM CABARAN

Persolannya,adakah kita akan berjaya melunaskan misi yang kita canangkan sebelum ini iaitu ingin membentuk paduan negara Islam kelak seandainya kita mengamalkan sikap terburu-buru dan tergopoh gapah dalam tindakan kita? Percayalah,amalan sedemikian tidak mendatangkan faedah sekalipun,malah bakal mengundang bahana yang parah kepada masyarakat kelak.

Rasulullah s.a.w merupakan role-model unggul sepanjang zaman. Sirah telah menyaksikan pembentukan Kota Madinah diatur dengan pelan dan strategi yang lengkap,jelas menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mementingkan pelan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dalam sesuatu urusan. Bukan seperti anutan sesetengah fahaman yang lain,Hindu dan Buddha misalnya,yang banyak menggunakan ujian tilik nasib sebagai panduan dan kepercayaan hidup mereka.

Sabar itu kunci kejayaan. Sabar dalam cabaran dan ujian merupakan kemenangan besar bagi umat Islam. Ujian itu ada pelbagai. Ujian jiwa dan perasaan,ujian harta dan wang ringgit,ujian wanita dan material dan banyak lagi ujian hidup yang melanda manusia. Ujian juga mematangkan hidup seseorang. Tapi harus dilihat juga konteks atau marhalah sesuatu ujian itu. Semakin tinggi darjat seseorang itu,semakin besar ujian yang dihadapi olehnya seperti hadis di bawah.

“Orang yang mendapat cobaan paling berat adalah para Nabi, lalu orang-orang yang semisalnya dan orang yang semisalnya,seseorang diuji sesuai kadar agamanya, apabila agamanya kuat maka bertambah besar pula ujiannya, dan apabila agamanya lemah maka dia diuji sesuai kadar agamanya. Dan senantiasa seseorang mendapat ujian sampai dia berjalan di atas bumi dan tidak menanggung dosa.”(shahih riwayat Ahmad,Ibnu Majah dll)

REALITI SABAR

Hakikatnya, sabar merupakan sifat mahmudah yang benar-benar dituntut dalam Islam. Manusia yang bersifat sabar dengan segala cabaran di hadapannya bakal mendapat ganjaran yang terbesar dan hebat di sisiNya. Siapa yang tidak mahu diangkat darjatnya seperti Rabiatul Adawiyah,wanita yang sabar dan patuh pada ajaran tuhanNya,siapa pula yang tidak mahu menjadi Sumayyah,wanita yang sabar dengan ujian di saat kemunculan awal Islam,akhirnya nyawanya tergadai di hujung lembing oleh kafir laknatullah.

Suasana masyarakat hari ini yang hidup dalam dunia siber yang penuh dengan cabaran dan tribulasi menjadikan tahap kesabaran itu sedikit terbatas. Ada yang mampu mengawal segala cabaran ini dengan mudah dan ada juga yang mudah berputus asa dengan cabaran hidup akhirnya,mereka sanggup menzalimi diri sendiri dengan membunuh diri dan mengambil dadah berlebihan dek tidak kesanggupan menerima cabaran hidup ini. Semuanya ini berpaksikan pada ukuran IMAN. Iman menjadi kayu ukur kekuatan dan sabarnya seseorang itu menghadapi mehnah yang diberikan.

Tuntasnya,sabar itu perisai kemuncak segala ujian. Disusuli pula dengan redha kepadaNya setelah sabar mengatasi segala-galanya. Sabarlah ketika diuji dan senyum lah jika diberi kesenangan dan ketenangan olehNya. Itulah sifat mukmin yang bersyukur! Senyum selalu!

Single Post Navigation

One thought on “SABAR DALAM CABARAN

  1. Saudari Fatin,
    benar sekali apa yg ditulis. Nabi sendiri pernah bersabda
    “Yang paling kuat antara kamu ialah mereka yang sabar menahan marahnya”

    ini kerana, marah adalah satu benda yang [aling sukar utk dikawal. hanya yg benar2 bersabar dpt laksanakannya.

    ujian dtg dlm pelbagai benda spt yg saudari nyatakan. indahnya jika dpt bersabar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: