..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

2 kisah

T_______________T

I’m smiling..big smile today!

Alhamdulillah,ternyata kekecewaan saya pada Isnin lalu sedikit terubat pada hari ini. Kecewa sebab apa? Mari saya ceritakan..

Sejak berada di dalam posting mata kali ini,entah kenapa la saya jadi rajin sangat nak jumpa pesakit mata dan check mata mereka. Nak kata minat posting ni,saya tidaklah meletakkan 100 peratus minat yang mendalam terhadap minor posting ini. Atau mungkinkah ianya merupakan posting terakhir bagi saya di tahun 4?so,saya ingin betul-betul memanfaatkan saki baki masa yang ada?atau ada sebab lain??hehe..

Bila dah rasa rajin semacam,timbul pula satu sifat terlalu ‘obsess’ pada sesuatu perkara itu. dalam hal ini,saya terlalu ‘obsess’ dengan patient. Macam-macam benda saya akan ‘explore’ kat pesakit tu. Kalau tak tahu ‘sign’ sesuatu disease tu,saya akan terus bukak buku,bukak atlas,bukak segala nota yang saya bawa semasa ‘ward rotation’ saya bersama pesakit. Hehe.. Sampaikan kawan-kawan saya menggelarkan diri saya sebagai ‘patiento-obsesso’.hmm,satu perkataan Latin yang baru ye,terdapat dalam kamus Latin edisi 2020.cuba check ye!.(hehe..just kidding ya!). saya pun tak tahu kenapa saya begitu teruja setiap kali melakukan pemeriksaan pada mereka. Padahal check mata je pun,bukannya check general system of the body tu..kalau disuruh check general,entah kesian kat patient tu nanti,dapat doctor macam saya. Doctor pernah menasihati saya, buat setakat yang termampu dan jawab apa yang diajar,sesuai dengan sukatan silibus undergraduate,tetapi apabila saya terjumpa ‘sign’ pada patient yang tak sepatutnya diajar kepada undergraduate,mulalah saya lebih-lebih dan sibuk –sibuk  bertanyakan doctor tentang tanda-tanda tu dan sebagainya. Pening doctor nak melayan saya. Lagipun,kenapa perlu ada barrier silibus antara undergraduate dan postgraduate??kita belajar untuk menjadi doctor cemerlang,jadi sepatutnya pengetahuan kita dalam bidang ini perlu mengjangkaui silibus semasa dan up-to-date dengan perkembangan teknologi perubatan semasa. Tak gitu?? Jadi doctor yang peka pada isu semasa,bukannya textbook-oriented.

Oh ya! Nampaknya dah jauh saya merepek ni. Hmm,sebenarnya,Isnin lepas ,selepas kuliah,saya dan Aliya terus ke wad mata 16,tujuannya apa lagi kalau bukan untuk menjelajah dan beramah mesra dengan pesakit.hehe. macam apa je kan? Ok,nak dijadikan cerita,masa saya masuk wad tu,masya Allah,tengok ramai pesakit tengah menunggu giliran untuk diperiksa. Kesian pulak saya tengok mereka. Saya mencari-cari kelibat Dr Amir,resident di situ,tapi baying-bayang dia pun saya tak nampak. saya pun terus melangkah ke wad yang menempatkan katil-katil pesakit. Guess what?? terkejut besar saya bila saya tengok keadaan wad masa tu. Mana patient? Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Saya pandang Aliya dengan pandangan yang kosong. Mana patient??

Saya pun Tanya la nurse kat situ. Rupa-rupanya patient semuanya dipindah ke cubicle lain,untuk diperiksa oleh semua doctor-doktor kat situ.patutlah,rupanya ada Grand ward round hari tu. Doctor-doktor semuanya sibuk . hehe. Saya pun apa lagi,terus laju je mulut ni Tanya nurse tu “mumkin ana aizaa tigii ma’a hum”(boleh saya join mereka?) “Laa’ abadan khalis!!(NEVER!!),jawab nurse tu sepatah. Haha..terkejut saya. Ye la,baru je med student,tapi dah memandai nak buat yang lebih-lebih. Padan muka saya.haha

Saya masih lagi tak berputus asa. Saya terus berlari ke wad 14. wad mata yang terletak bersebelahan wad 16. and guess what? tiada patient juga kat situ. “Hish,tak faham la system kat sini”,saya mengomel sendirian. Kesian kat Aliya kene layan perangai saya ni. Saya masih lagi tak puas hati. Memang target saya nak jumpa patient hari tu,dapat sorang pun jadi la. Saya terus pergi ke wad 13. hasilnya sama juga. Kebanyakan pesakit sedang tidur. Takkan la nak kejutkan mereka pulak. Hmm,akhirnya,saya pun melangkah pulang dengan perasaan yang frust,sedih,kecewa..huhu

Tapi,ada satu lagi tempat yang saya tak pergi iaitu outpatient clinic. Apa lagi,saya dan Aliya berlari-lari anak menuju ke outpatient clinic yang terletak di luar bangunan hospital. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Risau takut clinic tu off,sebab tu saya lari-lari dengan aliya. Sampai sahaja di klinik,saya lihat ramai pesakit hari ini. Doctor pula masing-masing sibuk dengan pesakit. Kesian pula kalau saya mencelah-celah di situ,takut menganggu kerja doctor. di sini,terdapat 6 bilik kecil untuk pemeriksaan mata.setiap bilik disediakan satu slit lamp. Satu bilik besar untuk pemeriksaan menggunakan indirect ophthalmoscopy dan 3 kelas tutorial.

Akhirnya,kami mengambil keputusan untuk pulang. …

Kisah Hari Ini..

Hari ini saya selepas kelas,saya berpeluang beramah mesra dengan 2 orang pesakit. terima kasih makcik dan pakcik!! syukran ya hagg!! coz both of u are very co-operative. Alhamdulillah..

walaupun saya tak berpeluang memeriksa keseluruhan disiplin asas pemeriksaan mata,tapi saya amat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri sign of cataract, depth of anterior chamber,pupillary reflex dan test for RAPD.

insyaAllah,selepas ini,saya berazam untuk memeriksa mata pesakit memenuhi disiplin pemeriksaan yang ditetapkan.

Disiplin/kriteria asas pemeriksaan mata

1. Visual acuity test V/A

2. Eyelid

3. Lacrimal apparatus

4.conjunctiva

5. sclera

6.cornea

7.anterior chamber

8.iris shadow

9. pupil-RRR,pupillary light reflex,RAPD test-swinging light reflex

10.lens

11.ocular motility

12.extra-ocular muscle

13.projection light

Nota : buat teman-teman seperjuangan,ayuh kita gandakan usaha bersama-sama!!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: