..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

dalam bahaya..

Salam aleik

Hari ini ada cerita hot!

Hari ini seperti biasa,selepas kuliah,saya pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Singgah sebentar di kedai fotostat Batol . Alia mahu fotostat buku forensic saya. Setelah semuanya selesai,kami pulang ke rumah masing-masing.

Ditakdirkan,sampai di tangga rumah,saya terkejut bukan kepalang. Ada lelaki yang berpakaian ala-ala rappers sedang menunggu sesuatu di bawah rumah saya. saya terkejut. Saya cepat-cepat pusingkan badan dan cepat-cepat bergerak ke arah lain. Aduh,bayangkan saya amat penat ketika itu,kalau diikutkan hati,mahu sahaja saya redah naik ke rumah flat saya tu. Buat gaya ala-ala ‘stuntwomen’ sikit. Tapi,saya tak berani nak buat macam tu. Faham-faham sajalah orang Arab ini. Nampak sahaja,badan kurus macam lidi,tapi kekuatannya berganda-ganda hebat dari kita.

Saya mencari-cari arah jalan yang sesuai untuk menyembunyikan diri. kejap-kejap saya menoleh ke belakang. Ya,dia masih mengikuti saya. bukan dia seorang sahaja,kali ini berdua. Saya jadi pelik,dari mana pula datangnya kawannya itu. saya beristghfar panjang. Dalam hati berdoa agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Saya terus berjalan melalui celah-celah orang ramai. Dan dia masih lagi berada di belakang saya. Allah! Muka saya sudah pucat .tangan terketar-ketar. Lantas saya mencapai telefon tangan dan mencari-cari nombor sahabat ikhwah saya. namun,keadaan terlalu sukar untuk saya berbuat demikian. Saya batalkan hasrat saya untuk menelefon kawan saya. langkah dihayun laju,semakin laju. Peluh semakin memercik. Saya mencari-cari arah untuk masuk ke kedai runcit. Dan aim saya memang untuk masuk ke dalam kedai runcit itu!

Saya menoleh ke belakang. Ya,orang itu masih lagi mengekori saya. saya cepat-cepat masuk ke dalam kedai runcit. Dia pun nampaknya seperti tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam kedai. Allah,apa yang harus saya buat? Saya memberanikan diri masuk ke dalam kedai dan segera saya beritahu pak cik jurujual di situ “ya Amm, il’ha’uni..ilha’uni..asyan fi raagil wehsyah awi..humma dol fil waraa..”(tolong saya pakcik..ada lelaki jahat,sedang mengekori saya di belakang”. Saya tengok kelibatnya di luar keai runcit tersebut. Saya jadi takut pula. Macam-macam saya berilusi. Antaranya saya takut kalau-kalau pakcik jurujual tidak mahu menolong saya.dalam hati tak putus-putus saya berdoa. “feyn..feyn humma dol??”(mana?mana laki itu?). fuh,lega,sebaik mendengar suara pak cik yang lantang itu,dua orang lelaki tadi pun cepat-cepat lari menghilangkan diri. Alhamdulillah. Lega sangat masa tu. Tapi,saya masih takut kalau-kalau lelaki itu menunggu saya di mana-mana lorong dan cuba mengambil kesempatan kedua. Saya jadi takut. Ingin saja saya call mana-mana sahabat ikhwah masa tu. Tapi memandangkan semua orang baru balik dari kuliah,ditambah dengan cuaca yang amat panas,saya ambil keputusan untuk tidak menelefon mereka.tak nak ganggu istirahat mereka(poyo je kan!hehe! Hai,serba salah juga dibuatnya!

Saya tekad dan beranikan diri. (adik-adik,jangan tiru aksi ini). Alat penyembur minyak wangi dan gunting saya keluarkan,untuk langkah berjaga-jaga. Sengaja saya dedahkan apa yang saya pegang tika itu. masa tu,biarlah orang nak kata saya ni tak betul ke,yang penting keselamatan diri itu lebih utama.

Saya memilih jalan yang penuh dengan orang ramai. Untuk sampai ke rumah saya perlu melalui jalan-jalan yang berliku dan lorong. Kebanyakan lorong-lorong di situ sunyi sepi.dengan membaca beberapa doa pendinding diri,ditambah dengan ‘senjata’ pertahanan,maka saya beranikan diri melangkah. Matahari memancarkan bahang yang amat panas. Seolah-olah memahami ‘panas’ nya gelodak jiwa saya tika itu.

Alhamdulillah,semua lorong yang saya lalui ‘clear’. Handphone di tangan kanan. Gunting di tangan kiri. Semua ‘senjata’ ini amat berguna bagi saya untuk mempertahankan diri. lagipun dulu,saya pernah belajar silat gayung,hehe..tapi itu sudah lama,entah ingat lagi ke tidak cara-cara nak bersilat tu.hehe.

“Allah!!!”

Saya menjerit!

Orang itu betul-betul berada di hadapan pintu masuk flat(imarah) saya. Bayangkan saya amat takut tika itu. gelabah juga sikit-sikit. Tapi saya cuba tenangkan diri saya. sudah la kawasan itu memang sunyi. Saya memberanikan diri bertanya “ enta aizz eih?Awak nak ape??(baca dalam nada kasar sekasarnya ok!). saya lihat dia pun terpinga-pinga dengan pertanyaan saya. dalam hati saya mengomel,amboi ingat orang melayu tak leh cakap arab ke?.hmm.geram punya pasal.

Lepas tu,kawan dia seorang lagi pun keluar dari rumah tingkat satu imarah tersebut. Saya kaget seketika. Aik,apasal dia keluar dari rumah orang plak ni? Haa,makin naik minyak la saya waktu tu. Saya dah fikir bukan-bukan dah time tu. Mungkin mereka pecah masuk rumah orang tu ke atau mereka dah buat apa-apa yang tak patut pada keluarga arab tu. Saya naik minyak. terus acukan gunting dekat mereka. oh oh,saya jadi macam orang tak betul sekejap!

Mereka terdiam.hmm,tau takut.

“enti sakna hina,soh?. Ana Ahmad,ana saakin hena ma’a family. Huwwa akhi..”(saya tinggal di sini.saya Ahmad,tinggal dengan keluarga saya di sini.ini adik saya)

Aik?kenapa tetiba baik pula mamat ni? Konon la tu buat-buat mengaku tinggal situ.Saya makin curious. “ana musy arfa enta min,wa enta aizz eih minni..ana bass saakna hena,ma fish haaga khalis. Lau entu yi’mal haaga wehsyah wa musy kuwaiyyis,haul syurtah dilwakti..masyi???”(saya tak kenal awak ni sape,ape awak nak dari saya.saya just tinggal kat sini je,tak de apa-apa pun.kalau kamu buat benda-benda yang buruk kat saya,saya tak teragak-agak akan call polis sekarang.faham??)

Panas..panas..memang saya naik darah betul waktu tu.

Mereka buat muka. Dahi berkerut. “soh keda,wallahi..ehna saknin hena..ma’a baba wa mama..enti khaifaa leih ba’a? (betul.wallahi,kami tinggal di sini dengan mak abah,awak takut-takut ni kenapa?)

Diringkaskan cerita,rupa-rupanya memang betul mereka tinggal di satu flat dengan saya. rumah saya di tingkat 3. rumah mereka di tingkat 1. mereka bukannya kejar saya pun,memang mereka nak pergi ke kedai runcit itu juga untuk beli barang dapur,tapi diorang nampak saya gelabah satu macam dan buat kecoh kat kedai tu..hehe.terus diorang tak jadi masuk dan beredar keluar. Ha ha..(haii..eksyen lebih-lebih plak cik fatin ni!!)

Argh!malu nya saya masa itu. satu keraguan tetiba beralih jadi  bahan jenaka pula buat saya. mungkin saya terlalu berhati-hati dengan mana-mana orang arab sekarang,maklumlah sudah banyak kejadian dan cerita yang tidak sedap didengar berlaku. mereka terus memohon maaf dengan saya. huhu. saya masih lagi pening-pening dengan peristiwa tersebut.

So,moral of the story

  1. Haa..buat adik-adik,kawan-kawan,lepas ni kalau nampak orang yang tak dikenali ikut kita atau nampak die tengok kita pelik je,jangan teragak-agak untuk menelefon ikhwah kita di sini. (kita kasi ikhwh banyak kerja sikit ye..hehe).
  2. sentiasa bawa bersama kita gunting ke,pisau lipat ke,minyak sembur sebagai ‘senjata ‘ kita
  3. apabila terasa macam diikut(walhal dia tak ikut kita pun,tapi buat-buat perasan yang dia ikut kite ye),terus masuk kedai runcit/pegi ke tempat yang ramai orang.
  4. banyakkan berselawat,berzikir ketika berjalan atau apa-apa yang anda sedang lakukan. Zikir itu mudah dan indah dan praktikal untuk dilakukan di mana-mana

note 1 : esok nak ‘dating’ dengan my beloved-dovey friend,Lin dan Nadira

note 2 : sapa-sapa yang tengah bersedih tu,sudah2 la tu..la tahzan,innallaha ma’ana

Single Post Navigation

12 thoughts on “dalam bahaya..

  1. salam..
    wargh.. suspen nye bace artikel ni.. real thriller nih…
    kesimpulannya, lain kali kena la berkenal2 dgn jiran…. huhu

    • izzrawda on said:

      huhu

      tu la,jiran sendiri pun tak kenal..apa nak jadi ngan budak2 sekarang ni kan?hehe

      oh,cakap pasal jiran ni..saya amat rapat dengan sorang jiran arab saya ni,namaynya Jihan..insyaAllah,nanti saya buat satu entry lain ye,cite pasal pengalaman saya dengan Jihan. dia yang banyak tolong saya kat sini..

  2. i can imagine your freaking face. haha..

    thought it will be the 1st case in sayyeda zainab.,😄. I also dont know my neighbors, but luckily we have bawwab. And this area, bkn kawasan sunyi dan tersembunyi mcm rumah kak atin.😛

    • izzrawda on said:

      haha

      camane la rupa ‘freak’ face k.tin kan??cuak giler masa tu..haha

      nasib baik tak call ikhwah,kalo tak buat malu je kan?hehehe

      lamanya tak ziarah umah mairah yang indah itu =P..hehe

  3. izzrawda on said:

    ade la gak stress sket2..hehe

    at least sy ad medium positive utk sy luahkan stress sy tu..haha

  4. hehe.. fatin mmg tak knal ke? org dh selalu dah jumpa..huhu..kesian fatin..

    • izzrawda on said:

      haha

      tu la faz..kesian saya kan..

      ‘beginilah nasib diriku yang malang..oo Tuhan”-nyanyi lagu P.Ramlee sket..ahaks

  5. suspen je cte kak atin,
    nasib baik xde pape tau, alhamdulillah ^_~

    moral of the story, sila berkenalan ngan jiran tetangga yer hik3…

    kak atin suka jalan sorg2, haish…
    cepatlah ada musyrif tetap :p

    take care sis ^_~

    • izzrawda on said:

      haha..

      gitu la ti..k.tin jalan sorang2 tu sebab nak cepat..k.tin tak suke lambat2 ni and tak suke tunggu orang lambat,and k.tin tak suke jugak wat orang tertunggu-tunggu ngn k.tin..hahaha

      tu la deh,insyaAllah..cepat-cepat la boleh musyrif tetap..tapi in case ‘musyrif’ tak duduk kat mesir,tak ke same je,ade musyrif and tak de musyrif..haha

      ok..ti,study molek tu..doakan k.tin ade 3 minggu lagi before final exam!argh!!cuak3!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: