..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Oftal yang best!

Hari ini jumpa Magda. sembang-sembang dengan Magda. banyak pula perkara yang kami bualkan,maklumlah sudah dua hari tidak bersua. Magda tidak hadir ke kelas semalam,katanya tak sihat. kesian Magda. simpati menjalar dalam diri saya. Magda menghidapi penyakit kegagalan jantung,hanya ubat-ubatan menjadi peneman setia. doakan Magda ye kawan-kawan,agar dia bisa menempuhi perit jerih kehidupannya tambahan pula dia begitu bersemangat mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor.

itulah cerita serba ringkas mengenai sahabat egyptian saya,Magda.

hari ini,seperti biasa,jam 8 pagi,saya berjalan kaki menuju ke kuliah. letak kuliah kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah saya. tak jauh sangat pun. jumpa syarfa’ di depan masjid perkarangan universiti. syarfa’ pakai baju bunga-bunga hijau hari ini. lawa sangat. s”yarfa’,nanti pergi uk,jangan lupa belikan satu untuk saya”. sempat juga saya berpesan padanya. kami jalan beriringan,sembang-sembang kosong di pagi hari,molek juga untuk ceriakan mood.

sampai di wad 16. seperti biasa,saya nampak beberapa orang nurse sedang sibuk mengemas katil pesakit. pesakit tak ramai hari ini.saya beri salam pada makcik-makcik patient,senyum saya hadiahkan pada mereka. saya akan jadikan salam dan senyum sebagai rutin wajib bagi saya untuk pesakit,insyaAllah. walau penat tak terkata,cubalah gerakkan sedikit otot orbicularis oris dan buccinator tu,dan hadiahkan senyuman yang manis untuk pesakit. kan senyum itu sedekah. pesakit yang demam tu buleh cepat sembuh akibat tak tahan ‘tergoda’ dengan senyuman doktor tadi. tapi doktor perempuan kene berhati-hati sikit la bila nak senyum kat patient lelaki ye. apa-apa pun,sifirnya, be professional dalam menjalankan tugas.

sampai di kelas,terus buka buku. cadangnya mahu bersembang lagi dengan makcik patient,tapi saya batalkan hasrat saya tu kerana mereka nampak kepenatan dan keletihan,maklumlah orang sakit,takkan kita nak ‘treat; mereka macam orang sihat pula. berpada-pada lah sedikit cik fatin oii. ok,saya pasakkan dalam hati saya,hari ini tak nak cakap banyak. he he.boleh ke bertahan ni? saya ni kalau jumpa dengan orang,mula la nak pot pet..pot pet,tapi tengok orang lah jugak. kalau dengan orang yang senyap dan pendiam,saya pun akan diam jugak,sebab nggak ada modal mau disembang!haha

saya buka buku. baca tajuk Glaucoma. Allah,memang susah untuk saya faham pasal glaucoma ini. mujurlah ada Alia yang sanggup mengajar saya dan menerangkan sedalam-dalamnya tentang tajuk ini. terima kasih Alia. Alhamdulillah,saya sudah faham tajuk glaucoma ini. saya senyum lagi.kali ini senyum lebar gitu. T_____________________T. tapi,apa-apa pun saya lagi suka tajuk retina dan neuro-ophthalmology. mungkinkah kedua-dua tajuk ini amat mencabar? saya katakan ya,sebab saya ambil masa selama 4 jam untuk memahamkan betul-betul tentang penyakit di retina serta neuro-ophthal ini. fuh,sakit mata,bengkak tangan,sakit belakang saya dibuatnya akibat penangan retina ini. hehe. ‘retina-obsesso’,gelar kawan saya. haih,tak habis-habis dengan ‘obsesso’ la cik fatin ni. hehe

penat menunggu doktor merupakan rutin wajib kami kat sini. hehe. saya faham,doktor semuanya sibuk dengan tugas masing-masing.mereka juga lagi la penat dan letih berbanding kami. kami hanyalah penat menunggu saja. itu pun alhamdulillah,menunggu sambil duduk di atas kerusi, dan di dalam kelas yang berhawa dingin. namun,biasalah manusia,mesti ada saja benda yang tidak puas hati. saya pula malas nak cakap banyak. diam itu senjata orang mukmin. buat apa bising-bising pada sistem yang memang susah untuk diubah. bak kata Abg faizal “shut your mouth and start working”. sistem di sini memang payah untuk diubah,oleh itu,kita lah yang patut berubah!tahniah buat kawan-kawan saya yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk mendengar lecture selama 2 jam sahaja!(tahniah untuk saya jugak!)walaupun penat menunggu,insyaAllah,keberkatan itu ada!

penat menunggu,akhirnya, “clinical class cancel”.begitulah pengumuman yang dibuat oleh class-REP saya,Alba. saya senyum lagi. senyum selebar ini T________________T. alia tanya kenapa. saya jawab . senyum redha. hehe. kami bergerak ke dewan kuliah. Alhamdulillah,doktor sampai awal. tabik spring kat doktor!.saya belajar Errors of refraction. macam kelas fizik pula. belajar kira-kira diopter,plus,minus..argh!!saya sudah lupa itu semua. terpisat-pisat biji mata saya melihat angka-angka untuk diopter,accomodation dan sebagainya. akhirnya kali ini saya sengih. ha ha..macam orang tak betul lagaknya. sengih sebab tak faham apa-apa pasal kia-kira itu. doktor memang ajar satu-satu. agaknya otak saya dah ‘jam’ kot bab-bab kira-kira ni,al-maklumlah dah lama tinggalkan bab-bab kira-kira ni. 10+1= ni pun rasanya nak kira guna kalkulator!segan pulak kat adik saya,Fawwaz yang darjah 4 tu!!

lepas kelas,jumpa Magda! cakap arab dan english,terbelit lidah nak sebut. bayangkan cakap campur-campur english dan arab,memang la lidah akan terbelit-belit,tak caya,cuba try. dah la waktu tengah sembang dengan Magda,saya juga sembang dengan Alia,so,bayangkan nak cakap 3 bahasa serentak =english,arabic dan…loghat Klate(haha)..punya la banyak tersasul tadi. sampaikan Magda pun naik pening dengan saya. sabar ye ukhti Magda layan kerenah saya ni.haha.

habis sesi sembang-sembang,saya cepat-cepat berjalan menuju ke deparment Forensik. bukan nak pegi buat post-mortem ye,tapi nak beli buku soalan forensik. final exam dah tak lama dah. so,saya mesti gandakan usaha saya. Kak Mai dapat mumtaz,kenapa saya tidak boleh?insyaAllah,masa masih ada,so,saya mesti usaha!!doakan saya ye.

ok,itu lah serba sedikit cerita ringkas(short story) saya hari ini. saja mahu berkongsi dengan kawan-kawan dan adik-adik. (padahal cakap je la tak de modal nak tulis apa..hahaha)

oh ye,selamat hari ibu buat ummi saya yang tercinta~love you mom!!ai shi te ru!!

ummi yang comel!!(macam anak dia kan??)

note 1 : Alia ada dua ibu- sorang ummi,sorang mak..haih,bila la saya nak merasa ada dua orang ibu ni?

note 2 : dugaan nak exam..haish..macam2 plak..doakan saya kuat ye!

soalan ophthal hari ini

– in enucleation of the eye, why are we preserve the optic nerve and extraocular muscle?is the patient tend to see ??

– which one is more dangerous between primary open angle glaucoma and closure angle glaucoma?tell me the reasons why?

i need the complete answer for both of these question..thank u for helping me.syukran.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: