..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

catatan oftal~

semalam merupakan hari yang amat memenatkan..

“boleh ke saya bertahan dengan kehidupan sebegini untuk jangka panjang?”,saya menyoal hati saya.

“fatin,be strong!!!”,bisik hati saya. agaknya ‘hati’ ni pun dah tak tahan dengan sikap saya yang suka menyoalnya bukan-bukan. ha ha.

nak dengar cerita semalam? haii,dekat-dekat nak exam,makin rancak la nampaknya saya menjalankan aktiviti ‘update’ blog ni. bukannya apa,sekadar nak mengurangkan tahap ‘stress’ dan ‘tension’ study,sebab tu la saya selalu update blog ni. hehe. tapi,saya tak de la stress sangat pun. hehe. berkat doa umi ayah,adik-adik,kawan-kawan,insyaAllah hati saya jadi makin tenang untuk menghadapi ‘medan pertempuran’ nanti.

kisah semalam(Khamis)

seperti biasa,saya memulakan langkah ke kuliah tepat jam 7.30 pagi. hehe. saya suka keluar awal sebab nak hirup udara segar(takde la segar sangat pun kat Cairo ni) dan nak rasa angin sejuk pagi-pagi. maklumlah,sekarang ni dah masuk musim panas,jadi bila waktu dah menjangkau ke pukul 12 tengahari,Allah,dasyatnya panas kat sini.

saya memilih jalan yang tak biasa saya lalu. biasalah sebab nak ‘adventure’ lebih kan. jalan yang saya lalui ni amat sunyi sedikit berbanding jalan biasa yang saya lalu. adik-adik,jangan tiru aksi ini! ini sebab dah terlampau ‘boring’ sangat lalu jalan yang sama kot.he he. saya singgah sebentar di kedai Batol,kedai fotostat ‘favourite’ saya sebab pak cik kat sini baik dan saya tak perlu bergaduh dengannya setiap kali fotostat kat sini. bagus betul pakcik layan pelanggan! (beware:most Egyptian suka gaduh-gaduh,that’s why sy terikut sikit-sikit dengan perangai mereka ni.ye la,kalau tak tiru cara diorang sket,akibatnya kita sentiasa la ditindas oleh mereka..sket-sket takpe,berpada-pada lah ye)

jam 8 pagi,saya sampai ke kelas. Ya Allah,waktu mula-mula masuk ke kelas,saya tengok kerusi semuanya tunggang langgang. saya pun apa lagi,mula la susun kerusi tu elok-elok.tapi tak semua la susun,jenuh nak menyusun kerusi yang bertimbun tu! saya buka buku. baca tajuk Lacrimal system. seronok sangat belajar mata ni,walaupun saya akui,posting mata merupakan posting yang amat sukar ,bukan sahaja dari segi silbusnya sendiri yang banyak,tetapi juga dari segi sistem pelaksaan Oftalmologi department yang membuantkan kami banyak ‘survive’ sendiri dan belajar secara ‘self-learning’.huhu..sabar je la ye!

jam 9 pagi,Dr Suri membawa seorang pesakit wanita untuk kami. kali ini Husaini dan Ehmad yang mengambil ‘history’ patient tersebut. saya tengok cara mereka ambil ‘history’.hehe..jangan marah Ehmad dan Husaini. wah,anda berdua dah macam doktor gayanya!tahniah!(baca:jeles-jeles). Dr Waeel masuk dan bersedia untuk mengajar kami clinical skill. yang peliknya,patient tadi sudah tiada,hilang kelibatnya. akibatnya,Dr Waeel mengajak kami semua ‘beramah mesra’ dengan pesakit di ward mata yang terletak di sebelah kelas kami. tapi,bayangkan saja lah,kami berjumlah dekat 40 orang,menyerbu satu katil patient! ramai kan? konsepnya,siapa cepat,dia dapat! saya tak ketinggalan berdiri di sebelah Dr supaya senang tengok Dr melakukan examination pada pesakit. alhamdulillah juga kerana pesakit yang Dr Waeel examine tu,semuanya telah saya dan Alia ‘examine’ semalam. kes yang saya tengok semalam ialah Rubbing lashes dan pseudophakia with keratoplasty on right eye.

lepas itu,kami bergerak ke dewan kuliah. kami belajar bab Ocular Trauma. hehe.seronok sangat,sebab dapat doktor yang best. masuk ke dewan kuliah tanpa sebarang buku,nota,laptop,LCD di tangan. cukup dengan marker pen merah dan biru,beliau dengan lancar dan yakin mengajar kami melalui lukisan mata yang dilukisnya. wah,teruja dengan beliau!

sebaik kelas tamat,saya meneruskan perjalanan ke surau universiti. cadangnya saya ingin singgah di library universiti,tapi tetiba pula saya dihalau,sebab saya masuk dengan beg sekali.hehe.silap saya juga,sudah tahu peraturannya macam tu,tapi saya degil,bawa juga beg tu masuk ke dalam library,habisnya saya dihalau oleh makcik-makcik di situ. haha.

akhirnya saya ke surau universiti. di situ,orang masih tidak ramai. mata saya pun sudah mengantuk. saya tidur sekejap. tidur Qailulah. jam 12.30 tengahari,saya bangun. basuh muka dan terus ‘call’ sahabat baik saya,Azlin. sebenarnya kami berjanji untuk menghadiri ‘case discussion’ di dewan kuliah 6 hari ini yang bermula pada jam 1 tengahari(waktu Zohor di sini)

jam 12.50,saya melangkah(baca:dengan bersemangat) ke dewan kuliah. saya tengok ramai kawan-kawan arab sedang tekun menelaah sebelum menantikan kehadiran doktor. saya dan Azlin memilih tempat duduk yang bertentangan dengan doktor. senang sikit kami nak bertanya soalan(kalau ada..hehe).

jam 2.15 petang,kelas tamat. saya dan Azlin bersiap-siap untuk pulang. sebelum itu,kami sempat singgah di ward mata,berjumpa dengan patient yang amat baik iaitu Madam Zainab.Masa mula-mula kenal dengan dia,dia selalu cakap bahawa saya ada aura untuk jadi pakar ONG yang terkenal suatu hari nanti. saya tersenyum setiap kali mendengar kata-katanya dan dia tidak putus-putus mendoakan saya. syukran madam Zainab. semoga Allah permudahkan urusan makcik nanti!Amin3.

selepas itu,saya berjalan pulang ke rumah ditemani Azlin. namun sebelum itu,kami banyak menyinggah di beberapa buah kedai sebelum sampai di rumah. sebaik sampai di rumah,azan Azas berkumandang. selepas solat,saya rebah di tikar sembahyang! cuaca yang begitu panas hari ini membuatkan saya jadi pening dan pening kepala. ini baru ujian kecil yang Allah berikan untuk saya. bersiap sedia untuk rutin on-call waktu HO nanti!yosh!!

nota 1 : sakit mata saya kembali menyerang. ya Allah,sembuhkan mata ku!

nota 2 : lagi 3 minggu saya akan menghadapi final year exam. doakan saya!
‘study 5 hours a day’-Dr Fadzilah Kamsah

nota 3 : esok sekolah!

Single Post Navigation

2 thoughts on “catatan oftal~

  1. salam..biasakan diri utk hidup susah dan jangan ajar diri berada dlm comfort zone. insyaALLAH, nanti bila dah jd H.O akan rase senang jer..

    tp pda masa sama, do not push too hard. medicine is a life-long journey. u will study for the rest of your life. avoid med student ‘burnt out’. sayang sgt2 sebab dah nak abis..

    it is a rocky road buat achievable. maintain the tune and speed up once a while…

  2. salam..biasakan diri utk hidup susah dan jangan ajar diri berada dlm comfort zone. insyaALLAH, nanti bila dah jd H.O akan rase senang jer..

    tp pda masa sama, do not push too hard. medicine is a life-long journey. u will study for the rest of your life. avoid med student ‘burnt out’. sayang sgt2 sebab dah nak abis..

    it is a rocky road but achievable. maintain the tune and speed up once a while…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: