..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

OBsESsO OBs: Part 1

Salam wbt

Alhamdulillah,hari ini(baca:Selasa,12/7) merupakan hari pertama saya memulakan tugasan elektif OBGYN secara rasmi di Hospital Kasr-El-Ainy Cairo University. Hari pertama,penuh semangat di dada! Hehe

Awal-awal pagi lagi,tepat jam 8 pagi,saya memulakan langkah menuju ke hospital. Singgah di Baghal sebentar,ambil laptop yang siap dibaiki oleh sahabat saya. Terima kasih r*h*an.=)) May Allah bless ur kindness.

After that,meneruskan langkah dengan semangatnya ke hospital.  jam 8.20pagi,saya sampai di perkarangan university. Ramai orang lalu lalang,kenderaan bertambah sesak,semput dada dibuatnya! Saya duduk di bangku hadapan masjid university yang tersergam indah,menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain. Sambil menunggu,sempat sembang dengan seorang makcik tua yang datang dari Fayoum,semata-mata untuk pembedahan anaknya yang sakit usus katanya. Timbul perasaan sayu dalam hati,anak berumur 5 tahun,kecik-kecik sudah dibedah..no wonder I cannot be a pediatrician kot!haha

Tak lama kemudian,mak cik tu pergi. Sempat dia mendoakan kejayaan saya.ameen mak cik!Moga Allah jua permudahkan urusan hidup mak cik. Tak lama lepas tu,kawan –kawan saya sampai. Lin,Tise! Amboi,kalian semua pakai skirt labuh hari ni!hehe.macam janji ye sume orang.hehe (erk,apa kes masuk cite ni??)

Kisah Labor Room

Ok.dipendekkan cerita,kami sampai di OT  jam 9.15am. kami terus masuk dan cepat-cepat menukar pakaian scrub. Kelihatannya patient agak ramai hari ini. Ada can la tengok banyak kes hari ni.hehe. (that’s typical med student words!haha)

Usai semuanya,kami melangkah masuk ke admission ward,sempat kenal-kenal dengan nurse –nurse pelatih di situ. Walaupun tak sempat nak sembang,senyum-senyum perkenalan pun dah kira ok kan?hehe. kami masuk bilik pertama. Ada satu kes normal delivery. Saya puji doctor tu,sangat cekap buat kerja. Handsome plak tu.opss! hehe. Jeritan seperti ‘haamut’(i wanna die),mush adra(saya tak sanggup),dan pelbagai lagi versi ‘jeritan’ memang selalu kedengaran di sini. Tak henti-henti sebenarnya.saya fikir,diorang jerit-jerit berjangkit ke apa?huhu. doktor-doktor di sini nampak cool je semuanya,agaknya sudah biasa dengan jeritan-jeritan itu semua. Alah bisa,tegal biasa Kadang-kadang fikir,orang arab kan,dioang sangat tough! So,kita pun kene belajar tough macam diorang juga ye.baru lah leh survive betul2 ms kat mesia nanti kan?..=)

Usai satu kes. Saya menjenguk pula bilik kedua. C-section!menarik! sempat tengok dari awal cara-cara anesthesiologist(pakar bius) buat epidural anesthesia. Seronok! Tambah seronok sebab doctor sangat sporting,walaupun sudah bergelar MO,namun sangat BAIK dan SUDI MENGAJAR satu persatu tadi.(fikir2:kenapa saya caps lock dua perkataan tu ye?hmm) Dan semestinya he’s so funny! Tetiba terfikir,kenapa anesth sumenye cool dan ceria,sepanjang yang saya jumpa la..??

Kes C-section kali ni amat rumit sedikit. Layer ke layer di ‘incise’. Namun semuanya hairan,apasal tak jumpa-jumpa lagi uterus ni? Saya rasa semua orang cuak tadi.saya pun turut sama cuak! Panggil Attending,check punya check,rupa-rupanya ada adhesion between urinary bladder and intestine. I donno how possibly it will be?but this case was complicated. The doctors tried as hard as they can and Alhamdulillah,the baby came out normally,although APGAR score was less than 5 during delivery,but after resus,the baby breathe normally. But seriously,this case took a  long period to operate.

Kes ketiga,saya menjengah pula bilik sebelah,kes C-section juga. Breech delivery,APGAR score 9. Cuma yang complicatednya , urinary bladder perforation happen when they tried to close the abdomen. Consult urologist . saya tidak berpeluang melihat kes ini hingga ke akhirnya kerana saya terlibat dengan resus baby,bersama HO peds.-suction,inject vitamin K IM, bersihkan baby (dengan towel),check neonatal reflex,perform general examination untuk neonate .

pembedahan rumit-C/S complicated with urinary bladder perforation,major concern for genito-urinary fistula

Kes empat,kes di bilik sebelah. Kedengaran jeritan patient yang sangat kuat.kesian sangat kat patient sorang ni. Sayu hati saya melihatkan keadaan nya yang dalam kesakitan. Saya masih ingat jika di Malaysia dulu,saya pernah melihat seorang doctor mengajarkan ayat-ayat suci al-Quran dan berselawat during onset of labor.di sini,nampaknya kurang dipraktikkan amalan itu. Mungkin ada,Cuma saya yang tidak berpeluang melihatnya. Dan saya percaya amalan itu ada dipraktikkan di sini. Alhamdulillah,beberapa kali ‘push’,baby keluar dengan mudah. Cuma,yang tidak sedapnya,placenta keluar dalam keadaan yang tak ‘complete’,still having some pieces retained inside uterus. Rupa plasenta yang keluar seolah-olah darah ketul-ketul,ditambah pula dengan darah yang sememangnya membuak-buak keluar dari vagina. OB memang bloody!! Sapa yang takut darah,cuba lah jadi OB! Hehe. Jahitan dilakukan,seingat saya 5 interrupted sutures dilakukan. Buat saya terfikir-wanita,semasa onset of labor,memang sakit yang amat,2nd stage of labor,sakit meneran,3rd stage,sakit buang plasenta/uri,sakit sebab kene ‘stitch’. Allah,segala-galanya memang sakit throughout labor process. Patut la,sakit kedua selepas mati ialah sakit beranak,dan wanita yang melahirkan anak,gugur dosanya setiap kali melahirkan,dan jikalau dia mati semasa melahirkan,maka syahid la terbaik untuknya.Allahu akbar! Begitu besarnya jerit perih pahit maung susah payah mengandung dan melahirkan anak!! Tapi anak muda zaman sekarang???senang-senang je tengking mak,senang-senang terajang mak!apa nak jadi ?(geram nak kasi budak-budak macam ni tengok sndiri keadaan orang bersalin macam mana,dengan syarat tak takut darah la..kang pengsan lak tengok darah nanti)hehe

keletihan..haha(bujet letih..baru 3 jam standing straight..if 36 hours standing and working non-stop,cmne la rupe ai ye?)hehe

Kes kelima,normal delivery lagi. Alhamdulillah,kedua-dua baby dan ibu selamat. 3rd stage of labor,separation of placenta sangat mudah dan cepat for this patient. Alhamdulillah. Sebenarnya,bagi mana-mana doctor dan OB ataupun mid-wife,3rd stage yang paling mendebarkan kerana jika uri tidak keluar selepas 30 minit,risiko maternal mortality memang tinggi. Sebab tu,biasanya praktis di mana-mana Negara sekarang ni,we inject oxytocin/Pitocin at 2nd stage of labor(usually during delivery of shoulder) to help uterine contraction for easy expulsion of placenta at 3rd stage of labor.

Jam 12 tengahari,kami melangkah pulang ke rumah. Esok pastinya mahu pelajari banyak kes lagi!inshallah.

nak balik dah.bye2.sok dtg lg!=)

Target to fullfill during OB rotation

– observe at least 10 normal/breech/twin delivery, 5 C-sec

-CTG setting, CTG reading

-clerking case-means take thorough history

-abdominal palpation,plotting partogram

 

ok,stay tuned for tomorrow. Inshallah,hope to get a better spirit for tomorrow!need to study !

nota 1 = miss ma family!

Nota 2= plan for the summer project,hopefully it will be successful

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: