..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “Jihad Palestin”

Jiwa Kental seorang Gadis Palestin

Gadis itu terus membacakan ayat-ayat Surah An-Naba’ dengan getar suara yang memilukan. Diulang-ulang surah tersebut sehingga Subuh menjengah. Matanya merah,bengkak menahan tangis dan sendu memikirkan ayat-ayat Allah yang dibacanya sebentar tadi. Kelubungnya basah dibanjiri air mata keinsafan . Dalam riak tangis sendunya,dia mendakap Al-Quran,mukjizat agung Rabbul Jalil sambil lidahnya basah menyebut nama-nama Allah,berzikir,bertahmid,memuji kebesaran Allah dan KekasihNya. Sungguh. Dia hayati dalam-dalam makna kalimah suraj An-Naba’. Seterusnya, dia mengangkat kedua-dua tangannya, seraya berdoa padaNya sambil air mata terus tumpah. Dia menangis lagi.

bb

“Ya Allah,ampunkan dosaku,ampunkan dosa kedua ibu bapaku,ampunkan dosa saudara-saudaraku,tempatku dan mereka di kalangan syuhada..Selamatkan Palestin..Tegakkan Daulah Palestin Ya Allah”.
Suaranya tersekat-sekat menahan sendu yang kian menjadi-jadi.

Usai solat Subuh, dia terus menulis sesuatu di meja belajarnya. Dan pastinya warkah itu bakal menjadi sejarah buat seluruh dunia Islam. Sejurus selepas itu,dia terus mengenakan pakaian seragamnya dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Langkahnya ringan menuju ke dapur rumahnya untuk berjumpa ibunya. Senyum dihadiahkan buat ibu tersayang. Tangan ibu dikucup semahu-mahunya. Namun,dia menahan sebak yang menyelubungi jiwanya.Kepada ibunya,dia minta izin untuk ke sekolah.Katanya ,” Ada pelajaran penting dan tugas tambahan yang perlu saya selesaikan ibu. Doakan agar saya berjaya ya bu..”Ibunya tersenyum dan mengangguk kecil.

b0032

Namun,sedikit bingung dengan tindakan anaknya,ibunya bertanya , “anakkku,semoga Allah merahmatimu dan memberkati pelajaranmu pada hari ini,tapi,bukankah hari ini Jumaat? Bukankah kamu cuti pada hari ini?”.Soal ibunya separuh curiga. Jawab si gadis, “oh ibu,saya ada tugas tambahan di sekolah nanti”.Yakin jawapannya seolah-olah tiada apa yang disembunyikan. Si ibu mengucap syukur lantas mengucup kedua-dua pipinya. Dia lantas memeluk erat ibunya,pelukan yang hangat terasa. Selepas itu,dia menarik tangan adiknya, Samaah (10) dan sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, Jumaat 22 Mac 2002 sekitar pukul 10 waktu tempatan, Radio Israel memberitakan ledakan bom di supermarket Nataynya, dekat Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih dari 40 orang cedera. Pelakunya disyaki seorang puteri Palestin.

Jantung ibu berdegup kencang. “Ya Allah,jangan-jangan dia…”. bisik hati ibu. Jiwa jadi tidak tenang. Si ibu mundar-mandir di halaman rumah,menanti kepulangan anak gadisnya. Di kejauhan,kelibat seorang manusia bertubuh kecil berlari-lari mendapatkannya sambil menangis teresak-esak. “Ya Samaah,di mana kakak?”,soal ibu berkali-kali,separa menjerit.Risau. “Oh,adakah dia sudah merealisasikan impiannya untuk menjadi syahidah?Bagaimana dengan impiannya yang lain? Bagaimana dengan persiapan untuk menuju hari bahagia kelak?Perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..”, bisik hati ibu. Melihat Samaah yang tidak henti-henti menangis,akhirnya firasat ibu kuat mengatakan bahawa puterinya sudah bertemu Allah sebagai syahidah. Allahu akbar!

Dan, apabila laporan rasmi mengesahkan jenazah puterinya, Ibu hanya berkata, “Inna lillaahi wainna ilaihi raji’un. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga akan menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya.”

Jumaat itu, Ayat Al-Akhras,gadis Palestin itu mengikut jejak Issa Farah dan Saa’ed yang gugur syahid apabila ditembak oleh helikopter Israel

Ayat Al-Akhras..To Die in Jurusalem Movie

Ayat Al-Akhras..To Die in Jurusalem Movie

Lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes, Ayat adalah anak keempat dari 11 beradik. Dia mempunyai tiga saudara laki-laki dan tujuh saudara perempuan. Di akhir hayatnya, dia tercatat sebagai pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah atas.

Ayat, menurut ABC News, termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat-saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-temannya agar terus belajar dan belajar. “Penguasan ilmu dan teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, walau apa pun bentuknya.”

Hayfaa,sahabat baik Ayat tidak menyangka bahawa Ayat akan syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan gambar-gambar mujahid Palestin. Di meja belajarnya berbaris slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. “Dia pergi untuk bergabung dengan barisan para syuhada’ yang lain.”

Samaah, adik sekaligus teman terdekat Ayat, turut merasakan hal yang sama. Sambil menangis, dia bercerita tentang saat-saat akhir bersama kakaknya. “Saya lihat cahaya di mukanya dan sebuah riak kebahagiaan yang tak pernah dilihat sebelumnya.” Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya, Ayat berkata lirih, “Solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.”

“Tugas apa?” Samaah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi,” tutur Ayat sambil memberikan secarik kertas.

Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat, termangu beberapa ketika apabila khabar itu sampai padanya. Dia hampir tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Julai ini, jelas Shaadi, “Kami sudah merancang untuk berumah tangga. Selepas Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum dihias lagi.” Mereka, sudah satu setengah tahun bertunang. Bahkan, kedua mereka telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertama mereka.

Mereka juga sepakat untuk mendidik zuriat mereka agar menjadi seorang pejuang dan mujahid yang bakal membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis. Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia terlebih dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru saja meraih gelar sarjana muda itu.

Ayat, kini tercatat sebagai syahidah kedua di Palestin atau yang keenam dalam barisan pelaku operasi istisyhadiah sepanjang tahun 2002. Syahidah pertama adalah Wafa Idris (27), seorang janda di Ramallah. Dia gugur dalam operasi menjelang akhir Januari 2002 yang menyebabkan seorang Israel maut dan 100 orang lain cedera.

Semoga Allah merahmati Ayat Al-Akhras dan menempatkannya bersama para syuhada’ yang lain. Allahu akbar! Gadis remaja bernama Ayat memiliki keberanian yang luar biasa! Saya sendiri tersentuh membaca kisah hidup beliau. Semangat jihadnya begitu tinggi mungkin lahir daripada kekangan hidup yang membelenggu saudara-saudaranya di Palestin! Misinya telah berjaya. Dan letupan di supermarket itu turut mengorbankan mangsa Israel.

30625887532541l

Presiden Bush mengatakan ““When an 18-year-old Palestinian girl is induced to blow herself up and in the process kills a 17-year-old Israeli girl, the future itself is dying, the future of the Palestinian people and the future of the Israeli people.”[1]

Kisah hidup Ayat telah difilemkan dalam satu filem bertajuk To Die in Jurusalem. Sesungguhnya, sejarah telah tercatat buat puteri kelahiran Palestin ini. Mudah-mudahan serikandi ini bakal ditempatkan bersama para syuhada’ yang lain. Semoga dengan kisah ini bakal memberikan pengajaran buat kita tentang sejauh mana perjuangan kita untuk menegakkan Daulah Islamiyah di dunia ini. Meminjam kata-kata Presiden GAMIS,Us Dzul Khairi dalam satu ucapannya berkata “kita mahu jadi pemimpin bertaraf world class,memacu Islam ke peringkat dunia dan semestinya Islam akan kembali jua menegakkan kemenangan”.Ayuh,para pejuang sekalian, kita berjuang. Islam tertegak,syahid matlamat kita!

Advertisements

Misi Kemanusiaan di Gaza-part 1

Alhamdulillah..semalam,26 Januari 2009,bertempat di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah(DMAK),Mesir telah diadakan satu majlis ramah mesra dan ceramah yang disampaikan oleh dua orang ikon yang tidak asing lagi iaitu Dr Jamnul Azhar Mulkan dan Dato’ Dr Syeikh Muszaphar Shukor(angkasawan negara).

Majlis bermula pada jam 7.15 petang,lewat 15 minit dari waktu yang ditetapkan.sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran penuntut-penuntut Malaysia dari segenap ceruk..walaupun bahang peperiksaan hangat terasa,namun kerana semangat juang yang tinggi untuk mendengar amanat daripada kedua-dua ikon ini,kebanyakan pelajar sanggup meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan Dr Jamnul dan Dr Syeikh.

saya juga tidak ketinggalan untuk bertemu dan berjumpa secara ‘live’ dengan dua orang ikon yang amat saya sanjungi ini.mana tidaknya,sudah lama saya nantikan saat-saat ini(terutama nak jumpa Dr Jamnul Azhar).dan alhamdulillah,saya dapat berjumpa dengan Dr Jamnul secara ‘live’..dan beliau banyak memberikan kata-kata semangat kepada saya,persis seorang ayah memberikan nasihat kepada anaknya..insyaAllah,harapan saya ingin menjejaki langkah beliau.(doakan saya ye)

Majlis yang diberi tajuk ‘Misi Kemanusiaan dari Gaza’ telah disampaikan dengan bersahaja dan penuh berinformasi oleh kedua-dua panel penceramah.Pembawakan yang menarik dan bersahaja oleh Dr Jamnul membuatkan semua hadirin tidak kering gusi dengan gelagatnya.manakala Dr Syeikh,pembawakan yang penuh dengan keyakinan dan energized membuatkan peserta tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya ketika berada di ISS.sesungguhnya sumbangan Dr Syeikh terhadap negara dan ISLAM khususnya harus diberi pujian dan double thumbs up for him!!

suasana dewan cukup hiba seketika tatkala Dr Jamnul menceritakan keadaan di Gaza.menurut beliau,beliau dan rakan-rakan dari unit media dan berita Malaysia:TV3.TV9.The Star,Berita Harian terpaksa melalui 10 chekpoint sebelum sampai ke Hospital Syifa’,hospital terbesar di Gaza.mereka dibenarkan masuk ke sempadan Gaza atas dasar profesionalisma-iaitu doktor dan wartawan sahaja yang dibenarkan masuk.antara kisah yang begitu menyayat hati saya apabila Dr Jamnul menceritakan kisah seorang anak kecil yang putus kakinya.beliau bertanyakan kepada anak kecil itu:”Ke mana menghilangnya kaki kamu?”..jawab si anak kecil yang baru berusia 5 tahun “fil JANNAH(di syurga)”..SUBHANALLAH!!!anak kecil yang baru berusia 5 tahun sudah mengerti dan memahami apa itu maksud jihad yang sebenar.tanpa disedari air mata saya mengalir..mengenangkan ketabahan dan kecekalan anak kecil itu.entah apa yang berlaku pada anak kecil itu sekarang?masih hidup atau….?

Dr Jamnul menghela nafas.kemudian menyambung..”Ramai wanita dan anak-anak dibunuh dengan kejam oleh Zionis Israel.kerana apa?kerana mereka tak mahu kebangkitan generasi anak-anak Palestin akan datang menggugat kedudukan mereka..”

“mereka tak mahu munculnya Salahudin Al-Ayubi kedua”

“mereka tak mahu kebangkitan semula anak muda persis Muhammad Al-Fateh”

“apa yang mereka mahu?”

“agar bangsa Palestin dan generasi pewaris selepasnya lenyap serta merta dan sekelip mata tanpa meninggalkan sebarang kesan pun”

suasana sepi.

“Allahuakbar..”

Dewan menjadi sedikit ‘panas’ dan hangat apabila Dr Jamnul Azhar menceritakan salasilah sebenar penubuhan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM).kelihatan beberapa orang pegawai hanya tersenyum kelat mendengar setiap bait patah yang dipertuturkan oleh bekas Presiden PMRAM ini.alhamdulillah,secara tidak langsung,kami telah didedahkan dengan cerita sebenar-tekad berani seorang bekas pimpinan terulung buat satu ketika dulu.antara ayat yang paling memberi makna kepada saya ialah “tidak akan wujudnya Kedutaan jika tiada PMRAM”..ya..saya tahu hakikat di sebalik itu.bagaimana perjalanan hidup persatuan kebajikan ini yang berdaftar di bawah Jabatan Kemasyarakatan Mesir yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai tapak kukuh garis panduan perjalanan persatuan. berkat hasil gigih perjuangan pelajar-pelajar Melayu awal 40-an,maka terbentuklah sebuah persatuan di Mesir yang diberi nama Persekutuan Republik Arab Melayu(PMRAM) dan alhamdulillah,masih berdiri gah hingga hari ini…nak tahu sejarah PMRAM?sila klik http://www.pmram.org

pembakar semangat..(esoknye exam Microb..sempat lagi menyelit kat sini..)

pembakar semangat..(esoknye exam Microb..sempat lagi menyelit kat sini..)

to be continued…

(gambar-gambar akan diupload sedikit masa lagi)

Israel dalam bahasa Hebrew bermaksud Abdullah..sebab tu diorang terlalu bangga apabila orang dok sebut-sebut selalu nama negara mereka..

Post Navigation