..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “Politik Semasa”

Kembali..

Masih dalam mood exam.

Circadian rythm tidak berapa teratur sekarang.

Banyak silibus,soalan-soalan,cases yang mesti diselesaikan.

salam mahabbah buat semua..

Salam perjuangan!

Salam senyum!

Salam kasih sayang!

salam keampunan!!

Anyang haseyo..ni haw ma??

hmm..jenguk-jenguk blog yang dah lama bersawang..sapu debu-debu yang melekat di blog ni..

Alhamdulillah,hari ini,saya selesai bertarung dengan cik Microbiology selama 2 jam setengah! i.allah,10 Jun nanti,saya akan berperang damai dengan Mr.Pharmacology pula..(aik,tengok Mr Pharmac dah ‘senyum-senyum’ kat saya).

Sudah lama saya menyepi. menyepi dari dunia blogging dan internet yang tak putus-putus menyiarkan rencah asam garam kehidupan masyarakat global. Banyak isu yang diutarakan.tak kurang juga,banyak perkara dimain-mainkan,kebenaran disanggah dengan kebatilan yang maha dasyat! Manusia sudah tidak kenal apa itu hitam dan putih apatah lagi jika dibandingkan dengan kilauan emas dan tembaga!

Risau juga melihat senario yang berlaku di Malaysia khususnya. Namun,apa yang menariknya,isu yang sama diulang tayang dan dibobrokkan kononya untuk mengaburi mata masyarakat.Tapi,percaya atau tidak,masyarakat pun sudah muak dan mual dengan isu yang serupa dimainkan! Hai,bila la semuanya nak matang! Matang dari segi perbuatan dan fikiran. saya tidak mahu meng’higlight’ isu apa sebenarnya,kerna semua sudah sedar bukan?? Kayu ukurnya adalah,pemikiran dan tindakan kita untuk mengubah perspektif senario di Malaysia yang cenderung kepada political thinking yang maha dasyat! YA! political issue yang penuh dengan cacar marba..yang penuh dengan ‘najis-najis’ kotor,yang penuh dengan boneka-boneka bertopengkan manusia! seharusnya,saya tidak begitu layak untuk mengkritik apa-apa mengenai negara saya. Malah,subjek politik tiada kaitan langsung dengan bidang perubatan yang saya ambil,tapi melihatkan impak jangka panjang yang lebih relevan,saya nukilkan jua di sini,sebagai seorang rakyat malaysia yang prihatin dan sayang akan negara tercinta,maka saya dengan rendah hati meluahkan sedikit sebanyak apa yang terpendam di jiwa saya!!

Kembali kepada fitrah..

seorang ulama pernah menyebut, “jika baik pentadbiran sesebuah negara,lihatlah kepada ulama di negara tersebut'”

Khalifah Harun Ar-Rasyid,sebagai seorang pemerintah dan sebagai seorang ulama

Saidina Umar,juga sebagai seorang pemerintah yang disegani dan juga murabbi tersohor

Yang paling agung,Rasulullah s.a.w,seorang Nabi dan Rasul,seorang pemerintah juga seorang murabbi terulung!

Ikon-ikon ini telah menunjukkan bahawa Islam itu high-standard dari segi kualiti dan pencapaian dalam sesuatu perkara. Sejak zaman Rasulullah s.a.w,Baginda menjadi contoh sebagai pemimpin yang adil,amanah,cekap,berani,tabah dan berjiwa ‘rakyat’. Sedari zaman remajanya,baginda telah digelar sebagai Al-Amin(yang amanah),kemudian menginjak dewasa sehingga pada usia 40,baginda ditaklifkan untuk menjadi Rasul,membawa sinar gemilang kepada penduduk Arab pada masa itu.

Dalam masa yang sama,baginda juga diiktiraf sebagai murabbi yang hebat! Seorang pemerintah juga bergelar murabbi yang mantap- dwi-kerja(ada ke istilah ni?)Bahkan baginda juga amat bertanggungjawab sebagai suami yang penyayang,sebagai seorang ayah,seorang datuk dan sebagai hamba kepadaNya..namun,baginda masih lagi diberi kekuatan untuk menjalankan amanah sebagai seorang Rasulullah?

Kekuatan,keutuhan,kecekalan Baginda dan para sahabat seharusnya dijadikan contoh dan self-figured buat diri sebagai kompas dalam melayari kehidupan yang entah bila akan berakhir. Juga,seharusnya,prinsip kepimpinan sebegini perlu wujud dalam hati-hati para pejuang dan pemimpin untuk menegakkan kembali daulah Islam!

Harapan mekar dalam hati moga selepas ini,institusi politik di Malaysia kembali stabil dengan pancaran sinar Islam yang syumul,dengan tertegaknya keadilan dan terhapusnya kemungkaran! Biar kita semua sedar yang mana satu baja atau najis??!

Tazkirah: Nota perjuangan..

Salamullah alaik..

Nabila : along,cmne nak urus masa dengan betul?

fatnulhani : emm..kalo kite ade mase dengan Allah,insyaAllah,Allah akan permudahkan semua urusan kita.

Saya termenung sejenak. tangan saya menari-nari rancak di papan kekunci laptop,otak ligat berfikir-fikir,apakah ayat seterusnya yang harus saya kongsi bersama junior saya ini. Kaku. Saya kaget seketika.Tiada kata-kata malah bicara mahu saya sampaikan pada Ucu,junior kesayangan saya ini.

Akhirnya,saya matikan ayat saya yang berbunyi ” Ucu fikir-fikirkan..”

Sepi.

Tanpa disedari,air mata saya tumpah lagi.

MENGAPA?

Seringkali persoalan ini meragut emosi saya. Saya rasakan sejak akhir-akhir ini,saya jadi lemah,tidak mampu untuk menegakkan pendirian yang haq. Saya jadi buntu. Adakah kerana peperiksaan akhir tahun yang semakin hampir? Ah,kalau ditimbang-timbang semula, peperiksaan itu bukanlah penghalang besar untuk saya bangkit kembali,meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini. Dalam fikir,ada zikir. Dalam fikir jua ada kikir. Kikir emosi kian mengganas dalam jiwa saya. Pencerahan masa halangan terbesar buat saya. 24 jam dianugerahkan Allah kepada hambaNya tidak dihargai dengan sewajarnya. Maafkan diri andai masa bersama kawan-kawan amat terbatas. Prioriti jua yang mahu dikejar! Ukhuwwah fillah dilempar ke tepi! Nah,saya sudah merasakannya..perit jiwa menanggung beban yang satu ini..

Antara prioriti,cita-cita dan dakwah. Kesemuanya mahu digapai serentak! Namun,awas,jangan terburu-buru! Andai terburu-buru,takut-takut yang diburu itu tak dapat,apatah lagi yang dikejar itu berciciran..malang tidak berbau! Andai fikir mengatasi emosi yang manja dibelai,maka,tak mustahil adunan zikir dakwah dan cita-cita akan tercapai serentak.

3 dalam 1! Wah,pakej yang lengkap dan menarik! Jadi,fikirlah secara rasional,jangan letakkan emosi mendahului akal! Pesan pada diri juga!

28145197654626l1

Entah di mana silapnya..Satu-satu musibah datang melanda. Moga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan sahabat seluruhnya. Saya tahu tiada gunanya kita merungut akan setiap ujian yang menimpa kerana saya tahu Allah masih sayangkan hambaNya. Mujur saya cepat-cepat sedar, pergantungan dengan Allah jua yang kekal abadi. Ingat kisah Nabi Nuh?

Kecekalan baginda dalam menyampaikan sinar dakwah kepada kaumnya pada masa itu membuatkan saya teruja. Bayangkan dalam masa hampir 900 tahun,hanya 88 orang sahaja yang menjadi pengikut baginda. Tapi,baginda tetap sabar dan tabah dalam ujian ini. Ini Nabi Nuh. Kita pula..hanyalah manusia biasa yang mudah rajuknya andai ada di kalangan rakan-rakan meminggirkan kita! Kekuatan baginda menjadi inspirasi buat saya!

Baginda Rasul bersabda : “Manusia yang paling teruk menerima ujian ialah para nabi,kemudian orang yang seumpama dan seumpama dengannya”

Saya berusaha untuk bangkit kembali-bangkit untuk kali kedua. Segala pandangan manusia yang penuh mazmumah saya letak ke tepi. Halangan ini lah jikalau kita terus memikirkannya,nescaya kita akan pasti jadi lemah. Ingat,musuh-musuh Islam sering mengintai kita,hanya menunggu masa untuk menerkam kita dan menahan di dalam ‘penjara’ kaparat mereka! Pedulikah kita semua?

Yang kecil,tinggal-tinggalkan..

Ayuh semua,usah difikir lagi perkara yang remeh temeh,usah dibobrok isu furu’ yang padanya mampu melambatkan usaha kebangkitan Islam. Sebaliknya,kita canang strategi baru! Isu besar seperti pembebasan Palestin harus diambil kira!isu meramaikan ulama dan cendekiawan Islam, isu Murtad, isu remaja Islam harus dititik beratkan! Semuanya tidak akan tercapai jikalau umat Islam tidak bersatu

Masjid-Rumah Allah

Masjid-Rumah Allah

Analogi Masjid

Sebuah masjid ingin didirikan di suatu penempatan. Batu,pasir,besi,tiang semuanya sudah tersedia. Namun,sampai sekarang,masjid  itu tidak siap-siap lgi dibina. Kerana apa?

kata tok ketua, “kontraktor sibuk dengan projek penempatan baru di Sungai Kluang,pekerja diarahkan membina bangunan di Kota Bharu,supply simen tidak mencukupi kerana simen yang terbaik sume dihantar ke Putrajaya”.

Habis? Bila agaknya masjid ni nak siap?Ini masjid!

Cuba kawan-kawan tanya pada diri.

Begitu juga dengan situasi sekarang. Masjid ibarat hadaf utama dalam jalan dakwah  kita iaitu Islam. Simen,tiang,batu-bata diibaratkan sebagai pendukung Islam yang melengkapi antara satu sama lain. Batu-bata memerlukan simen untuk dijadikan dinding,tiang memerlukan tapak dan atap sebagai mengukuhkan tapak asas masjid. Namun,andai batu-bata,simen dan tiang tidak cukup untuk menampung pembinaan masjid,maka masjid yang tersergam indah pada fizikalnya boleh roboh bila-bila masa.

Bersatu! formula nan satu yang ingin ditegaskan di sini! Hadaf utama tidak akan tercapai andai semua umat tidak bersatu. andai bersatu sekalipun,itu hanya omongan kosong sahaja kerana kewujudan pelbagai kesatuan sebenarnya melambatkan proses pembentukan khilafah Islamiah .Tanpa kita sedar,sebenarnya kita menyediakan ruang yang luas kepada musuh Islam untuk memijak agama suci kita,Islam semahu-mahunya!

Usah bertangguh dalam setiap tindakan! Allah tidak suka kepada sesiapa yang bertangguh-tangguh dalam urusan! Ya,setiap pendukung dakwah sudah arif benar dengan kenyataan ini,namun di mana penghayatannya dalam kehidupan kita?

Kita kata,kita ingin menegakkan Islam,namun sebenarnya kita menyediakan ruang kepada musuh Islam untuk menginjak-injak kita

Kita kata,kita ingin bersatu,tapi sebenarnya kita mendedahkan kepada perpecahan..

Kita kata,kita ingin perdamaian,tapi tanpa sedar,kita sendiri yang menjadi dalang khianat..

Tanpa sedar,kita sendiri merupakan musuh kepada agama suci ini! Musuh dalam selimut!

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,kemudian mereka tidak bertaubat,maka bagi mereka azab neraka jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar” (Al-Buruj:10)

Hedonisma- Barah Sosial

Daripada Thauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seluruh bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”

Maka salah seorang bertanya, “apakah kami sedikit ketika itu?”.

Jawab baginda s.a.w, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir

“Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit wahan

Seorang sahabat bertanya “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”

Nabi lalu menjawab “Cinta pada dunia,takut pada mati

(Riwayat Abu Daud)

Hedonisme-satu barah yang sedang menyerang masyarakat dunia pada masa ini. Barah yang terbentuk daripada ‘sel-sel kanser’ kerakusan manusia yang hanya mahukan kesenangan dan kenikmatan dunia sebagai juadah dan santapan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi Allah ini. Sedar atau tidak,barah yang sedang merebak dan berada pada tahap yang kritikal ini sudah menyerang beribu-ribu pemuda pemudi sejagat.

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Az-Zariyat:56)

Kisah Dunia Hari Ini

Siapa sangka, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil dahulu kini menjadi api yang marak menyala menghamburkan kepanasannya kepada bonda dan ayahanda,memercikkan tempias kederhakaan kepada ibu ayah,persis Malim Kundang. Kini,episod Tanggang berulang kembali.

Bukan sekadar itu, munculnya Akademi Fantasia, Audition, One in a Million seakan-akan menjadi satu daya penarik buat anak-anak muda sekarang untuk mencuba nasib dalam rancangan fantasi berkenaan. Konon mengatakan, pencarian bakat dalam bidang tarian dan seni suara merupakan anugerah Ilahi,maka tidak harus dipersiakan dengan sewenang-wenangnya anugerah istimewa ini . Nah,terimalah, pengakuan jahil daripada anak-anak muda yang lahir di tengah-tengah pembangunan sebuah negara Islam! Islam hanya pada nama.

Renung sejenak, bilangan anak luar nikah yang lahir hasil hubungan haram XX dan XY mencecah ribuan angka. Kes murtad semakin menjadi-jadi . Isu politik wang makin berleluasa di kalangan pekerja kolar biru mahupun kolar putih .Jenayah sosial di kalangan anak muda makin menjadi-jadi . Si anak terus hanyut dengan permainan ‘zulumat’ dunia ini manakala si ayah leka dengan pertaruhan politik dunia yang seakan-akan telah pudar warna keadilannya. Nah,rasakan penangan HEDONISME ini!

Muslihat Barat

Sedarkah kalian,muslihat Barat ibarat bayang-bayang dalam kelam. Nampak di hadapan berbalam-balam cahaya,namun awas,cahaya itu belum tentu menunjukkan sinar Ilahi buat kita semua . Inilah hasil perancangan dan propaganda kerajaan Barat-Yahudi laknatullah. Sejarah telah membuktikan bahawa penjajahan Portugis ke atas Tanah Melayu berdasarkan 3G (Gold, Glory dan GOD). Semuanya berpaksikan kepada keduniaan . GOD bermaksud Tuhan. Mereka berusaha mengajak masyarakat mendalami agama Kristian kerana mereka sudah mengkaji bahawa jiwa manusia mudah dilentur dengan pengisian jiwa yang berbentuk rohani dan keagamaan. Namun kita semua masih belum sedar,lena dibuai dengan agenda palsu dari Barat yang berjaya mengaburi mata dan minda kita untuk mengejar keduniaan yang hanya sementara. Lihat sahaja di laman maya tika ini, berjuta-juta laman web porno dihasilkan, hasil cetusan idea keji Yahudi laknatullah untuk membinasakan umat Islam sejagat . Juga kewujudan sekolah pemikiran orientalis yang tumbuh bak cendawan di negara Islam sendiri. Tidak kurang juga,lahirnya public figure yang berpaling tadah dari Islam turut menyumbang kepada faktor kejatuhan Islam umpama Mustapha Kamal Artatuk-Bapa Pemodenan Turki dan seterusnya menyebarkan dakyah Islam liberal ke seantero dunia.

Lantas,jari telunjuk kiri diangkat,menuding membuta tuli tanpa usul periksa terhadap orang lain ,menuduh bahawa isu kebejatan moral ini datangnya daripada pihak-pihak berwajib. Hasilnya,habis-habisan pemerintah dipersalahkan. Apabila dianalisa kembali, hanya picisan peratus sahaja layak diberikan kepada golongan pemerintah . .Sering dipersalahkan jua bahawa punca sebenar datangnya daripada institusi kekeluargaan yang tidak kukuh. Si ibu dan sang ayah sibuk dengan aktiviti seharian sehinggakan tanggungjawab di rumah terabai. Anak-anak kurang kasih, hilang punca. Persoalan siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini sebenarnya tidak perlu dipersoalkan. Kelak jadi huru-hara dan akhirnya,masyarakat terus berada dalam kepincangan dan kekusutan . Tiada titik penyelesaian yang tepat.

Analisa Diri

Selayaknya, najis yang telah mencemarkan maruah Islam secara khususnya ini haruslah dipertanggngjawabkan ke atas kita semua . Segalanya berpunca daripada hati . Hati yang penuh dengan noda mazmumah sememangnya susah untuk menyerap kalam-kalam Ilahi apatah lagi jika hati itu tidak diasuh dengan bimbingan nurani sedari kecil lagi. Rawatan masih lagi boleh diberikan kepada mereka . Rawatan hati dengan bisikan kalimah agung Ilahi beserta dos-dos tambahan yang sesuai untuk merawat penyakit ini. Moga suatu hari nanti,institusi kekeluargaan yang goyah bakal dijulang kembali dengan tema mawaddah wa rahmah dan institusi pemerintahan negara model Islamik terus memperjuangkan perlembagaan Islam yang syumul warisan Rasulullah s.a.w.

Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda” (Syed Qutb)

Seputar di Kuala Terengganu..

War?

kami di sini berhempas pulas mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi mid year ‘war’..

saudara kami di Palestin sedang berhempas pulas mempertahankan diri masing-masing dan keluarga dalam serangan pergolakan di GAZA(doakan mereka)

bagaimana pula saudara kita di MAlaysia? apa khabar ‘war’ di Malaysia?

Alhamdulillah,khabar yang menggembirakan diterima.ayah telah menghantar mesej ringkas yang berbunyi..”alhamdulillah..rakyat ganu nok ulama’ merintoh..semuanya ni dari Allah..mabruk pada jentera Islam di KT”(maaf dalam loghat Kelantan).saya terharu..tanpa sedar,air mata menitis keharuan..

35799039911241l

Keputusan pilihan raya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini berpihak kepada PAS..alhamdulillah,rakyat terengganu sudah bangkit kembali..bangkit daripada lena yang panjang..setelah dipukau oleh kilauan masjid kristal yang sungguh indah dari kaca mata manusia..

kini,tercatat dalam sejarah,lembaran 2009,kepimpinan ulama’ berjaya menguasai minda pemikiran rakyat Terengganu..yang selama ini dijajah oleh pemikiran sekular barisan pertahanan ‘biru’..”kami dambakan kepimpinan ulama’..kami dahagakan ketinggian ilmu mereka..kami ingin ‘doktor hati'(ulama’) merawat penyakit yang kami alami”..mungkin inilah bisikan hati rakyat Terengganu selama kini..

kemenangan ini membuktikan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan ulama’.polemik yang menular sebelum ini mengatakan bahawa jentera ‘biru’ akan memenangi kawasan tersebut meleset sama sekali..selamat tinggal ‘mereka’..ahlan kepada kepimpinan yang baru!

tiada taktik kotor yang digunakan..

tiada umpan wang beratus-ratus ringgit diberikan..

tiada rasuah projek pembinaan universiti baru diberikan..

tiada janji-janji palsu yang dilontarkan..

semuanya BERSIH..

kami datang membawa perubahan..

kami menang dengan seribu penghormatan..

membawa amanah sebuah perjuangan..

Islam tertegak..rakyat gemilang..

Syed Qutb berkata:

Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini..

Tetapi  apabila kita memikirkan ..kita ini hanyalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang..

kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang..

kerana kita tahu,akan ada orang yang menyambung perjuangan kita..

dan orang itu tidak lain dan tidak bukan..ialah GENERASI PEMUDA ISLAM..

ALLAHUAKBAR!!

Post Navigation