..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Q & A : CAKNA KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan datang lagi bersama seribu harapan buat pejuang-pejuang Allah untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mengislahkan diri kea rah yang lebih baik.
kewajipan berpuasa dituntut ke atas setiap umat Islam dan termaktub di dalam perlembagaan Rukun Islam yang ketiga.Ibadah puasa ini cukup fleksibel di mana bagi orang yang sihat dihendaki berpuasa dengan sempurna manakala orang yang sakit diberi kelonggaran untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari-hari yang lain.

Dewasa ini timbul banyak isu baru yang berkaitan dengan penggunaan rawatan dan ubat-ubatan ketika sedang menjalani ibadah puasa.

Firman Allah:
…”(puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu)Maka barangsiapa antara kamu yang sakit atau dalam musafir(bolehlah dia berbuka).kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya untuk berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin.maka barangsiapa yang memberikan fidyah lebih dari yang ditentukan itu,maka itu adalah satu kebaikan baginya dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah jika kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah : 184)

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan .Apabila ke hospital untuk mendapatkan rawatan,doctor telah mengenakan suntikan kepada saya.Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.Antara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibnu Hazm.Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.Bagi kami hal ini melihat keadaan,jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Jenis-jenis suntikan:
1. suntikan pada otot(intramuscular –IM),suntikan pada kulit(subcutaneous-SC) dan urat nadi(intravenous injection-IV)

pendapat ulama-tidak membatalkan puasa mengikut ulama Dr Fadhil Abbas,Dr Muhammad Hitu dan Dr Muhammad Basyir As-Syaqafah kerana jarum suntikan tidak mengandungi bahan makanan dan minuman.

2. suntikan yang mengandungi makanan pada urat nadi
Pendapat pertama-menurut pandangan resolusi Akademi Fiqh,ianya membatalkan puasa.

Pendapat kedua- tidak membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh Syeikh Sayyid Sabiq kerana mereka berpendapat bahawa suntikan ini tidak sampai ke rongga perut daripada jalan yang biasa.

Pendapat rajih –batal puasa kerana antara sebab yang membatalkan puasa bukannya sampai sesuatu ke dalam rongga perut melalui jalan yang biasa sebaliknya berlaku proses yang boleh menguat dan memberi makanan kepada badan.

Soalan:
Saya salah seorang pesakit asthma dan sekarang saya menggunakan inhaler yang perlu saya sedut setiap hari.Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?

Jawapan :
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi tiga jenis bahan iaitu ubat-ubatan,air dan oksigen.
Cara penggunaan: mengangkat dan menekannya ke dalam mulut atau hidung.bahan-bahan yang terkandung di dalamya akan memasuki tekak(trakea) melalui mulut atau melalui bahagian dalam hidung.sebahagian kuantiti kecil akan berada di dalam tekak.

Ulama berselisih pendapat mengenai penggunaan inhaler semasa berpuasa dan keputusan seperti berikut:

1.pendapat pertama- mengikut pendapat Syeikh Abd Aziz b Baz,Dr Mohd Khayyat dan Jawatankuasa Tetap fatwa kerajaan Arab Saudi,penggunaannya TIDAK membatalkan puasa.

Alasan:
1. bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong seterusnya ke perut adalah terlalu sedikit.satu alat inhaler mengandungi 10ml cecair yang mengandungi ubat-ubatan.kuantiti ini cukup digunakan untuk sebanyak 200 kali semburan.setiap kali semburan mengeluarkan jumlah yang tidak sampai 1 ml.satu titisan terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar ialah memasuki bahagian pernafasan.(respiratory system).satu bahagian memasuki kerongkong dan bahagian yang lain memasuki perut.kuantiti yang jatuh ke perut ini dimaafkan sebagai qias kepada air yang terlekat pada tekak hasil daripada berkumur dan melakukan istinsyaq(memasukkan air ke dalam hidung)
2. semburan yang masuk ke dalam perut merupakan satu perkara yang belum pasti.perkara yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan perasaan ragu-ragu.
3. bahan semburan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam perut sebaliknya hanya sampai ke ruang paru-paru sahaja

1. pendapat kedua- penggunaan inhaler membatalkan puasa dan tidak harus digunakan oleh pesakit pada waktu siang kecuali terdesak.mengikut pendapat Doktor Wahbah Zuhaili,Dr Muhammad Alfai,pesakit yang menggunakan inhaler ketika berpuasa dikehendaki menggantikan puasa pada hari tersebut.ini kerana mereka berpendapat,bahan yang terdapat dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut.oleh itu,ianya dianggap membatalkan puasa,namun pendapat ini boleh dijawab dengan merujuk kepada alas an pertama di atas.

2. pendapat rajih(terpilih)-penggunaan inhaler TIDAK membatalkan puasa

Soalan
Adakah batal puasa sekiranya kita menggunakan ubat titis hidung(nasal drop) ketika berpuasa?

Jawapan
dari sudut anatomi perubatan,hidung merupakan jalan kepada tekak dan seterusnya ke perut.ini dibuktikan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w “dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh di dalam berkumur kecuali ketika sedang berpuasa”

Pendapat ulama yang pertama-TIDAK membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh Syeikh Haitam Al-Khayyat.
Alas an: titisan yang masuk ke dalam perut terlalu sedikit dan ubat yang terdapat di dalam titisan tidak mengandungi sebarang jenis makanan.

Pendapat ulama yang kedua-membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh syeikh Muhammad uthmain dan Dr Muhammad Alfai

Pendapat rajih- TIDAK membatalkan puasa

Soalan
Baru-baru ini,saya telah menjalani satu pembedahan yang memerlukan doctor melakukan bius secara keseluruhan ketika saya berpuasa.Apakah sah puasa saya ketika itu?

Jawapan
Terdapat dua jenis bius iaitu bius secara keseluruhan(General Anaesthesia) dan bius setempat(local anaesthesia)
Kaedah:
1. bius melalui hidung-pesakit mencium bau bahan gas yang boleh merangsang saraf
2. bius kering yang merupakan amalan rawatan masyarakat China.ia dilakukan dengan cara memasukkan jarum yang kering ke pusat kawalan deria rasa yang terdapat di bawah kulit.
3. bius melalui suntikan.kadang-kadang berlaku dalam bentuk bius setempat ataupun bius keseluruhan.

Hukum
1.kaedah bius melalui hidung tidak membatalkan puasa kerana gas yang masuk ke dalam hidung.begitu juga dengan bius kering kerana ianya tidak melibatkan kemasukan sesuatu benda ke dalam rongga badan.Cuma yang menjadi isu di sini ialah BIUS MENYELURUH dengan menggunakan suntikan pada urat nadi.ia melibatkan dua perkara:
1. cecair masuk ke dalam badan melalui urat nadi
2.hilang kesedaran

Pendapat terpilih


Bius setempat tidak membatalkan puasa sebaliknya bius menyeluruh sekiranya melibatkan sepanjang hari boleh membatalkan puasa.sekiranya pesakit sedar pada mana-mana bahagian tersebut,ianya dikira tidak membatalkan puasa.

Sepintas lalu..

Untuk menghilangkan keraguan kepada pesakit yang sedang berpuasa tentang perkara yang membatalkan dan perkara yang tidak membatalkan puasa ,satu konferensi Feqah Pe

rubatan yang ke-9 telah diadakan diadakan di Casablanca,Morocco,8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Berikut merupakan keputusan persidangan:

Perkara TIDAK membatalkan puasa
1. ubat titis mata(ophthalmic drop),ubat titis telinga(otic drop)

2. ubat tablet bawah lidah(sublingual) yang digunakan oleh pesakit angina pectoris(jantung)
3. memasukkan ubat melalui faraj
4. memasukkan jari doctor semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin)
5. memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk pemeriksaan x-ray
6. menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan al

atan dan berus gigi dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut
7. suntikan melalui kulit,otot atau pembuluh darah KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah
8. penderma atau penerima pemindahan darah

9. semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly atau plaster berubat

10. endoscopy(teropong dalam rongga perut) untuk mencari punca penyakit

rujukan

1.isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa oleh As-Syeikh Ahmad b Muhammad Al-Khalil
2. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM),keputusan Fatwa Kebangsaan,Kuala Lumpur

3.Kertas Kerja Bengkel Feqah Perubatan anjuran Medical Students Association(MESTA),UiTM Shah Alam

Single Post Navigation

Leave a comment