..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “family”

i want to go home~

Another sunny day,
Has come and gone away,
In Paris and Rome,(In Egypt actually..haha)
I want to go home,
Mmmmmm
Maybe surrounded by,
A million people I,
Still feel all alone,
I just want to go home,
Oh I miss you, You know,
And i’ve been keeping all the letters,
That I wrote to you,
Each one a line or to,
I’m fine baby how are you,
Well I would send them but,
I know it’s that it’s just not enough,
The words were cold and flat,
And you deserve more, Than that,

Another aeroplane,
Another sunny place,
I’m lucky, I know,
But I want to go home,
I’ve got to go home,
Let me go home
Im just to far,
From where you are,
I’ve got to come home,
Let me come home,
I’ve had my run,
Baby i’m down,
I want to come home,

And I feel just like,
I’m living,
Someone elses life,
It’s like i just stepped outside,
When everything was going right,
And I no just why you could not come along with me,
‘Cause this was not your dream,
But you always believed in me,

Another winter day,
Has come and gone away,
In either Paris and Rome,
And I Want To Go Home,
I miss you, You know,
Let me go home,
I’ve had my run,
Baby i’m down,
I want to go home,
Let me go home,
It’ll all be alright,
I’ll be home tonight,
I’m coming back home.

~Westlife-HOME~

my family:dari kiri:ayah,ummi,saya,Aliya a.k.a Kak big,fawwaz,Jane(Adlin sofiya)

note 1 : owh,how i really miss my family in Kelantan

ummi : tok lamo doh kakak nok kelik,we are all miss u honey!

ayah: saba la banyok-banyok.fokus exam tu dulu.kalo bleh mumtaz,ayoh belanja ‘blackberry’ nak?(ayah,if i want LG-lollypop,ok tak?hehe..demand2)

jane : kakak,working paper program MMP siap doh ko?cepat-cepat la kelik,kami merindui kakak..

fawwaz:kakak,nati wat kelik keto remote so! (amboi-amboi,fawwaz,pegi baca buku!!asyik main je keje!)

kak big aka aliya: kakak,beli buku dentistry ko Aliya. (baek!!)

macam-macam pesanan diorang kat saya..apa-apa pun,kakak akan buat buat yang terbaik!

note 2 : tak sabar nak jumpa orang yang tersayang =)

Buntu

Ummi dan ayah saya sudah berpesan,manfaatkan cuti betul-betul.

Namun,berita yang saya terima seminggu yang lepas begitu mengejutkan saya. Lantas,saya membuka diari kecil saya,di situ telah tertulis semua perancangan yang akan diaksanakan cuti ini,sama ada di Mesir atau di luar Mesir(bukan di Malaysia). Sekarang,jiwa saya sudah berbelah bahagi. Khabar berita yang diterima dari ayah amat merungsingkan jiwa saya.Pada mulanya ayah enggan memberitahu saya tentang khabaran atuk,memikirkan saya sedang berjuang untuk imtihan,namun setelah didesak berkali-kali,akhirnya ayah ceritakan segalanya kepada saya. Ya Allah!Pilu hati saya mengenangkan atuk di kampung. Berkali-kali air mata saya tumpah kerananya. Saya masih ingat lagi,atuk pernah berkata bahawa dia inginkan saya yang merawatnya kelak. Oh,air mata saya mengalir lagi! Saya hanya mampu berdoa agar umurnya masih panjang dan saya pasti akan merawatnya dengan tangan saya sendiri nanti! “Cek(panggilan pada atuk),tunggu atin 3 tahun lagi!!”

Atuk kesayangan saya sakit tenat. Tidak sampai hati saya memikirkan keadaan atuk. Tubuh yang lemah diserang strok. Dia tidak mampu bergerak dan menguruskan diri sendiri. Hanya anak-anak dan cucu tersayang yang setia membantu atuk,menguruskan pakai minum harian atuk. Atuk saya seorang yang kuat semangat. Membesarkan anak-anak seramai 7 orang tanpa isteri di sisi pada usia yang muda membuktikan bahawa dia seorang yang tabah. Walaupun tidak berpendidikan tinggi,namun dengan kuasa Allah,dia mampu mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.

Sebentar tadi,sempat saya menelefon umi. Saya tanyakan pendapat kepadanya tentang perancangan saya pada cuti musim panas nanti. Kalau boleh,saya ingin segera pulang ke Malaysia,memegang tangan atuk saya dan ingin berbakti kepadanya sementara nyawanya masih ada. Ah,hati jadi bingung!Ya Allah,berilah petunjukMu..sepanjang cuti nanti,saya banyak terikat dengan beberapa komitmen yang mesti saya bereskan untuk cuti tahun ini. Tambahan pula,jika diizinkanNya,awal Ogos,saya akan berangkat ke suatu tempat di luar Mesir. Nama sudah pun didaftar dan segala-galanya sudah disetelkan. Cuma pesan umi,”kakak doakan cek bila sampai kat ‘sana’ nanti”.huhu..berderai air mata mendengarkan kalam umi tadi. kemudian saya menyambung,”sempatkah umi??”.Suara umi di talian sana tiba-tiba berubah. Umi turut sama menangis. syahdunya..

harapan semoga kawan-kawan dapat doakan kesihatan atuk saya. Moga atuk cepat-cepat sembuh. Teringin nak bersembang dengan atuk! Dan saya,haruskah saya merombak semula plan saya??

Image042 My atuk with cucu-cucu..rindu sama korang!

Adikku sayang..

mesej diterima:

“alhamdulillah,sekarang alya dah ada sedikit semangat..biiznillah..harapan semoga Alya akan berjaya..amin..semoga kakak dapat result comei nanti!!”- alya,my beloved sister.

entah kenapa,kerinduan terhadap adik-adik tersayang semakin menggamit jiwa,semakin mencengkam rasa. Mesej yang saya baru terima lewat petang tadi daripada adik tersayang,Nur Fatin Aliya membuatkan air mata saya tumpah. Mudah sangat air mata ini keluar! Jiwa saya sangat sensitif-warisan umi tersayang..hehe..

Adik saya,Alya sedang berjuang memburu kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Selalu sahaja beliau merintih dan mengeluh kepada saya mengenai keadaannya sekarang. Jadual kelas dan tutorial semakin padat. Seusai menghadiri waktu persekolahan,beliau menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah.Selepas solat maghrib,kelas disambung sehingga jam 10 malam. Wah,padatnya!kalah saya yang mengambil jurusan perubatan di Mesir ini!kami tidaklah sesibuk itu!

Setiap kali mendengar suaranya di corong headphone,saya jadi gusar…suara keletihan jelas kedengaran..oh,adikku!kakak mengerti perasaanmu sayang! Alya harus kuat!Alya harus tabah! Inilah yang dinamakan jihad..Jihad mendalami ilmu Allah yang maha luas tak terjangkau dek pemikiran manusia..Dan setiap kali itulah,saya mendengar tangisan kecil daripadanya..lebih parah lagi..saya turut sama menangis!! Menangis hiba mengenangkan erti sebuah perjuangan di medan ilmu ini! dan mungkin bagi saya,menangis merupakan terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan..saya selalu menasihatinya dengan kata-kata bervisi dan selalu saya mengingatkannya tentang ayat 186 surah Al-Baqarah..

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentangku,maka sesungguhnya aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran”Al-Baqarah:186

saya semakin risau terhadap tahap kesihatannya..adik saya sakit..tapi tidak perlu diceritakan sakit apa..diharapkan sahabat semua dapat mendoakan kesihatannya agar dia mampu bangkit berjuang mengejar kejayaan yang diidamkannya!

masih terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu saya pulang bercuti di Malaysia tahun lepas, “Alya nak jadi doktor macam kakak! Alya teringin sangat nak jadi neurologist..nak rawat penyakit ‘bebal’ otak dlm msyarakat kita ni..”hehe..tergelak saya mengingatkan dialog ni..penyakit ‘bebal’ otak???hmm,macam-macam adikku sorang ni..saya mengangguk-angguk,tersenyum ke arahnya sambil membelai rambutnya yang ikal..di wajahnya,terpancar seribu keikhlasan..di matanya terpancar sinar kejayaan..”insyaAllah,dik..kita sama-sama jadi doktor..jadi muslimah doktor..nanti kita angkut Jane and Fawwaz dalam group kite..jadi doktor ramai-ramai..”,ujar saya sambil merenung dua orang adik saya,Jane dan Fawwaz di hadapan beranda rumah kami..

semua kenangan ini akan saya pahatkan dalam hati saya untuk selama-lamanya..andai umur kita panjang,kakak janji nak jaga semua adik kakak ni baik-baik..kakak janji nak jaga family kita baik-baik..insyaAllah..biiznillah..

My beloved sisters and brother..

Nur Fatin Aliya Abd Patar- SPM this year – SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu

Nur Fatin Adlin Sofiya Abd Patar- Form 2- SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat,Kota Bharu

Ahmad Fawwaz Muzakkir- Year 3- SK Chenderong Batu,Tumpatalya and fawwaz

the 'googled' fawwaz..hehe..seronok ye main air!kat PCB Resort..

the 'googled' fawwaz..hehe..seronok ye main air!kat PCB Resort..

bila hati bercerita..(eXam MoDe)

salam semua..imtihan bakal menjengah tak lama lagi..

rindu sangat pada family di Malaysia..di sini saya attachkan my family pictures~my love..

my sisters..to Aliya-fight for SPM this year..to Jane-fight for PMRU..miss u so much!!

my sisters..to Aliya-fight for SPM this year..to Jane-fight for PMRU..miss u so much!!

my little chubby car..(chubby ke?)

my little chubby car..(chubby ke?)but believe me..lesen kete pun takde lg ni..nak drive cane:)

rindu sama umi angkat-Us Hachinah..this pic was taken ms kitorng wat gathering student Medic Mesir Kelantan..

rindu sama umi angkat-Us Hachinah..this pic was taken ms kitorng wat gathering student Medic Mesir Kelantan..

ahmad fawwaz muzakkir..my only sweetheart..drjah 3 dah..belaja rajin2 ye dik!kakak syg kamu..

ahmad fawwaz muzakkir..my only sweetheart..drjah 3 dah..belaja rajin2 ye dik!kakak syg kamu..

with my sepupu2 and anak sepupu..the picture was taken on Hari Raya Aidilfitri 2008..

with my sepupu2 and anak sepupu..the picture was taken on Hari Raya Aidilfitri 2008..

with my beloved ummi..miss u so much ummi..

with my beloved ummi..miss u so much ummi..

Post Navigation