..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “Uncategorized”

..=)..

assalamualaikum..

..ready for surgery test after this..

…get ready(struggling actually) for Dr sherif Hawari class after this..he will teach us Arrythmia and i have to get ready study HTN which he will ask us ..

…have no idea about exams tomorrow..i wonder??

list of things i should revise tonight..

ICU exams

-normal value of electrolytes,vital signs,causes of disorders of each

-Respiratory failure

-cardiac emergency,respiratory emergency,GIT emergency,SHOCK

-CPR

-ABG interpretation

-moniitoring ICU patient

Tropical subject..

-checklist for abdominal examination

-ascites

-portal hypertension

-causes of hepatomegaly

-causes of splenomegaly

-viral markers,antibilharzial treatment

-jaundice

-manifestations chronic liver failure

hmmm…ok then,pray for me..

Final Year..=)

Assalamualaikum wbt

 

Alhamdulillah,it’s been about 10th week I’m having my journey in final year as medical student in the most prestigious,ancient,descent medical school in Africa continent,Kasr el-Ainy Medical School,Cairo University. Alhamdulillah..then Alhamdulillah..then Alhamdulillah..i am totally proud with what I achieve till now.thanks Allah for your bless,for your giving..oh,not forget to say happy New Year,Salam Maal Hijrah to all my friends out there(thanks to someone who reminds me,bukan xingat,terlalu sibuk mungkin sampaikan xteringat..O God,forgive me then..huhu)..so,what r your resolution for this year people?? Hehe..

I have wishlist to be completed and achieved..inshallah..may God panjangkan usia cuz I really want to do many good things to people out there..inshallah

10 wishlist

  1. Mendalami ilmu fikah perubatan and updated with isu-isu perubatan semasa
  2. Belajar (pulun habis-habisan) medic for this final year..xsampai 8 bulan lagi nak habiskan final..bersusah2 dahulu xapa kan? Inshallah hasil yang bagus di kemudian hari..ameen
  3. Grad pada waktu dan masa seperti ditetapkan(inshallah February/march 2013)
  4. Mendalami ilmu rumahtangga (how to be good wife,fiqh rumahtangga and etc)well,I think final year student should think about dis rite?bersedialah dari awal..xsalah kan??hehe
  5. Buat Lasix-before going back to Malaysia cuz it’s cheaper here…say bye-bye to Mr Specky and Miss Lenses..hehe
  6. Berguru betul2 dengan big professors here..ambil sbyk mungkin pengalaman..develop social skills
  7. Arabic and English language-must improved!
  8. Ziarah makam-makam,tempat2 interesting in Egypt before going back to Malaysia
  9. MUMTAZ for final year!(inshallah)
  10. Dan banyak lagi…hehe=)

Pray for me~

Notes= 11th week=ICU ,ER posting ..no Dr Sherif class,attend Dr Amr(surgery) class,Dr Ashraf Zaki(history taking session)

12th week=EXAMs week=Tropical special exam,ICU exam,Dr Sherif exam

13th week=inshallah CLINICAL exam (mid term exam)

Keep on track-Final exam 1

Alhamdulillah,i just completely finished  for my first practical paper- Pharmacology.

The total marks is 50 and i’ve been asking for 4 cases and 2 prescriptions.

Cases/PBL : stable angina, bronchial asthma,peptic ulcer,hypertension and diabetes mellitus. most of the questions lingers around the medical treatment to the patient (nama pun pharmac kan!) and the tricky one is that kemahiran memilih drugs yang sesuai untuk patient for instance, in case of patient who has combined clinical diseases such as like asthma and peptic ulcer,DM and astma..

Prescription: i’ve been told about the patient condition and i’ve to prescribe the suitable drug to the patient completely with the exact dose for each drug and the question went like this : Give prescription on antitussive for dry cough and CCB(calcium channel blocker) for hypertension.

alhamdulillah,so far,everything goes fine and up till now,i’m so nervous  for my next practical paper- Microbiology on Tuesday.

pray for me!

senario sebelum exam..main hall examination..malaysian student sume exam kat floor 4..letih mendaki tangga menuju puncak!!

senario sebelum exam..main hall examination..malaysian student sume exam kat floor 4..letih mendaki tangga menuju puncak!!

candid!before ke dewan exam..haii,sempat lg amik gambar ye!quick revision before masuk ke dewan exam!

candid!before ke dewan exam..haii,sempat lg amik gambar ye!quick revision before masuk ke dewan exam!

vitamount-vitamin for women..my supplement for the exam.now,i'm not taking pot of coffee anymore(sket2 ade la..he2)

vitamount-vitamin for women..my supplement for the exam.now,i'm not taking pot of coffee anymore(sket2 ade la..he2)-to advise ur patient to keep healthy,u must be a healthy person first!ilmu dan amal perlu bergerak seiring..

Aja-aja fighting!!

biology?hmm...

biology?hmm...

Time flies huh~..it seems tomorrow,i’m gonna face the exam..yeah~mid year examination will be held on 17 january 2009 untill 27 jan 09..it takes about not less than 3 weeks for me to get a full strenght in order to face it..

this year willbe totally different from the last 2 years during my course in Medical faculty at Cairo University..i’m taking Pathology course,Parasitology,Pharmacology,Microbiology..yeah..its true ,there’s only 4 subjects..but,their subject contents are totally overloaded!!so much to understand..too much to remember..O Allah!please help me..totally drown with all of these subjects..

for my friends..please pray for me..keep sending me  ‘doa’..and remember that Allah will help us!as long as we had strive a lot to get the best result..sleeping 3 hours daily..perhaps..(sape sanggup??)

Aja-aja fighting!!

wanita~

wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah..

wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah..

Erti Sebuah Kemerdekaan..

Merdekakah kita?

Merdeka!!

Merdeka!!

masih terngiang-ngiang laungan keramat ‘merdeka’ yang bergema di Stadium Negara pada 31 Ogos 1957 oleh para pejuang kemerdekaan waktu itu.Masyarakat yang setia pada tanah air dilihat mengalirkan air mata tanda kegembiraan selepas 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh penjajah asing-Portugis,British dan Jepun.di wajah anak-anak muda terpahat seribu pahit manis perjuangan dalam usaha untuk membebaskan tanah melayu daripada cengkaman penjajah.Bermula dengan era Dol Said,Datuk Maharajela Lela hinggalah sampai ke tangan Tunku Abd Rahman sendiri,akhirnya,dengan rahmat Allah,Tanah Melayu dimerdekakan dalam suasana yang penuh aman tanpa sedikit pertumpahan darah yang berlaku.

sudah 51 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan.namun persoalannya,adakah kita sudah benar-benar merdeka.dalam erti kata lain,merdekakah kita?jika ditanya kepada anak muda sekarang,apa itu erti merdeka,lantas jawapan hambar yang terpacul dari bibir masing-masing..”bebas,freedom,enjoy”!nah,inikah yang dikatakan merdeka?

Minda terjajah?

confused?adakah minda anda dijajah sekarang?

confused?adakah minda anda dijajah sekarang?

“saya suka Avril Lavinge..she’s hot”,teriak anak muda di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di ibu negara.apa maknanya semua ini?adakah ini dikatakan merdeka?minda anak-anak muda sekarang masih lagi dibelenggu fahaman penjajah.sebut Avril Lavinge,Britney,Westlife..pasti mereka tidak teragak-agak untuk menyebut satu persatu profil bintang pujaan mereka ini.tetapi apabila diajukan soalan tentang para pejuang tanah melayu dan Islam suatu ketika dahulu,mereka pasti terkial-kial untuk menjawabnya.nah!inilah penangannya.akibat kerakusan sistem pemerintahan negara yang ampuh,minda anak-anak muda sekarang menjadi liar-masih lagi dijajah.ya!kita masih lagi dijajah..jajahan minda oleh kuasa barat.lihat saja,baru-baru ini,siri Gang Starz yang mendapat perhatian daripada remaja Islam di negara ini,kelihatan peserta terkinja-kinja di atas pentas sambil disaksikan ribuan remaja islam yang turut sama terlompat-lompat,bergelak ketawa sesama mereka.nah,tanpa disedari,ikhtilat berlaku..tak pasal-pasal,mereka telah menempah tiket untuk masuk ke lubang neraka jahannam kelak..apa yang kita nak jawab di hadapan munkar dan nakir nanti?fikirkan sebelum terlambat..

Sabda Rasulullah s.a.w, “Islam datang dalam keadaan dagang dan berakhir dalam keadaan dagang“.(Hadis sahih).Hadis ini sedikit sebanyak menggambarkan senario yang berlaku dalam masyarakat kita terutamanya anak-anak muda zaman ini.lihat sahaja,budaya hedonisme semakin rancak menghiasi pentas kehidupan remaja zaman ini.mengapa mereka sanggup menggadaikan maruah agama dengan sewenang-wenangnya?para pemikir orientalis yahudi sudah sekian lama merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memporak-perandakan pemikiran anak-anak muda sekarang.mengapa kita yang tergolong dalam golongan cerdik pandai ini yang mengaku bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah sanggup membelakangkan agama Islam sendiri?merdekakah kita sebenarnya?fikir-fikirkan..

Ubah paradigma pemikiran

ready?ubahlah paradigma anda ke arah kebaikan..

ready?ubahlah paradigma anda ke arah kebaikan..

kehidupan kita di dunia hanyalah sementara,akhirat kekal abadi.ajal menjemput kita tanpa mengira usia,pangkat,darjat dan harta.oleh itu,sempena sambutan kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,marilah sama-sama kita tanamkan azam dan semangat yang baru untuk sama-sama memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan minda oleh kuasa Barat!kita bangsa Malaysia,bangsa berdaulat!ayuh,bebaskan diri daripada penjajahan minda!

merdekakah kita?
merdekakah kita?
kita merdeka?

tepuk dada,tanya iman..kitalah penentu masa depan negara..wahai syabab..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51
HAPPY BIRTHDAY MY DEAR DAD!!

Q & A : CAKNA KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan datang lagi bersama seribu harapan buat pejuang-pejuang Allah untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mengislahkan diri kea rah yang lebih baik.
kewajipan berpuasa dituntut ke atas setiap umat Islam dan termaktub di dalam perlembagaan Rukun Islam yang ketiga.Ibadah puasa ini cukup fleksibel di mana bagi orang yang sihat dihendaki berpuasa dengan sempurna manakala orang yang sakit diberi kelonggaran untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari-hari yang lain.

Dewasa ini timbul banyak isu baru yang berkaitan dengan penggunaan rawatan dan ubat-ubatan ketika sedang menjalani ibadah puasa.

Firman Allah:
…”(puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu)Maka barangsiapa antara kamu yang sakit atau dalam musafir(bolehlah dia berbuka).kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya untuk berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin.maka barangsiapa yang memberikan fidyah lebih dari yang ditentukan itu,maka itu adalah satu kebaikan baginya dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah jika kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah : 184)

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan .Apabila ke hospital untuk mendapatkan rawatan,doctor telah mengenakan suntikan kepada saya.Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.Antara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibnu Hazm.Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.Bagi kami hal ini melihat keadaan,jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Jenis-jenis suntikan:
1. suntikan pada otot(intramuscular –IM),suntikan pada kulit(subcutaneous-SC) dan urat nadi(intravenous injection-IV)

pendapat ulama-tidak membatalkan puasa mengikut ulama Dr Fadhil Abbas,Dr Muhammad Hitu dan Dr Muhammad Basyir As-Syaqafah kerana jarum suntikan tidak mengandungi bahan makanan dan minuman.

2. suntikan yang mengandungi makanan pada urat nadi
Pendapat pertama-menurut pandangan resolusi Akademi Fiqh,ianya membatalkan puasa.

Pendapat kedua- tidak membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh Syeikh Sayyid Sabiq kerana mereka berpendapat bahawa suntikan ini tidak sampai ke rongga perut daripada jalan yang biasa.

Pendapat rajih –batal puasa kerana antara sebab yang membatalkan puasa bukannya sampai sesuatu ke dalam rongga perut melalui jalan yang biasa sebaliknya berlaku proses yang boleh menguat dan memberi makanan kepada badan.

Soalan:
Saya salah seorang pesakit asthma dan sekarang saya menggunakan inhaler yang perlu saya sedut setiap hari.Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?

Jawapan :
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi tiga jenis bahan iaitu ubat-ubatan,air dan oksigen.
Cara penggunaan: mengangkat dan menekannya ke dalam mulut atau hidung.bahan-bahan yang terkandung di dalamya akan memasuki tekak(trakea) melalui mulut atau melalui bahagian dalam hidung.sebahagian kuantiti kecil akan berada di dalam tekak.

Ulama berselisih pendapat mengenai penggunaan inhaler semasa berpuasa dan keputusan seperti berikut:

1.pendapat pertama- mengikut pendapat Syeikh Abd Aziz b Baz,Dr Mohd Khayyat dan Jawatankuasa Tetap fatwa kerajaan Arab Saudi,penggunaannya TIDAK membatalkan puasa.

Alasan:
1. bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong seterusnya ke perut adalah terlalu sedikit.satu alat inhaler mengandungi 10ml cecair yang mengandungi ubat-ubatan.kuantiti ini cukup digunakan untuk sebanyak 200 kali semburan.setiap kali semburan mengeluarkan jumlah yang tidak sampai 1 ml.satu titisan terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar ialah memasuki bahagian pernafasan.(respiratory system).satu bahagian memasuki kerongkong dan bahagian yang lain memasuki perut.kuantiti yang jatuh ke perut ini dimaafkan sebagai qias kepada air yang terlekat pada tekak hasil daripada berkumur dan melakukan istinsyaq(memasukkan air ke dalam hidung)
2. semburan yang masuk ke dalam perut merupakan satu perkara yang belum pasti.perkara yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan perasaan ragu-ragu.
3. bahan semburan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam perut sebaliknya hanya sampai ke ruang paru-paru sahaja

1. pendapat kedua- penggunaan inhaler membatalkan puasa dan tidak harus digunakan oleh pesakit pada waktu siang kecuali terdesak.mengikut pendapat Doktor Wahbah Zuhaili,Dr Muhammad Alfai,pesakit yang menggunakan inhaler ketika berpuasa dikehendaki menggantikan puasa pada hari tersebut.ini kerana mereka berpendapat,bahan yang terdapat dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut.oleh itu,ianya dianggap membatalkan puasa,namun pendapat ini boleh dijawab dengan merujuk kepada alas an pertama di atas.

2. pendapat rajih(terpilih)-penggunaan inhaler TIDAK membatalkan puasa

Soalan
Adakah batal puasa sekiranya kita menggunakan ubat titis hidung(nasal drop) ketika berpuasa?

Jawapan
dari sudut anatomi perubatan,hidung merupakan jalan kepada tekak dan seterusnya ke perut.ini dibuktikan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w “dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh di dalam berkumur kecuali ketika sedang berpuasa”

Pendapat ulama yang pertama-TIDAK membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh Syeikh Haitam Al-Khayyat.
Alas an: titisan yang masuk ke dalam perut terlalu sedikit dan ubat yang terdapat di dalam titisan tidak mengandungi sebarang jenis makanan.

Pendapat ulama yang kedua-membatalkan puasa.pendapat ini dipegang oleh syeikh Muhammad uthmain dan Dr Muhammad Alfai

Pendapat rajih- TIDAK membatalkan puasa

Soalan
Baru-baru ini,saya telah menjalani satu pembedahan yang memerlukan doctor melakukan bius secara keseluruhan ketika saya berpuasa.Apakah sah puasa saya ketika itu?

Jawapan
Terdapat dua jenis bius iaitu bius secara keseluruhan(General Anaesthesia) dan bius setempat(local anaesthesia)
Kaedah:
1. bius melalui hidung-pesakit mencium bau bahan gas yang boleh merangsang saraf
2. bius kering yang merupakan amalan rawatan masyarakat China.ia dilakukan dengan cara memasukkan jarum yang kering ke pusat kawalan deria rasa yang terdapat di bawah kulit.
3. bius melalui suntikan.kadang-kadang berlaku dalam bentuk bius setempat ataupun bius keseluruhan.

Hukum
1.kaedah bius melalui hidung tidak membatalkan puasa kerana gas yang masuk ke dalam hidung.begitu juga dengan bius kering kerana ianya tidak melibatkan kemasukan sesuatu benda ke dalam rongga badan.Cuma yang menjadi isu di sini ialah BIUS MENYELURUH dengan menggunakan suntikan pada urat nadi.ia melibatkan dua perkara:
1. cecair masuk ke dalam badan melalui urat nadi
2.hilang kesedaran

Pendapat terpilih


Bius setempat tidak membatalkan puasa sebaliknya bius menyeluruh sekiranya melibatkan sepanjang hari boleh membatalkan puasa.sekiranya pesakit sedar pada mana-mana bahagian tersebut,ianya dikira tidak membatalkan puasa.

Sepintas lalu..

Untuk menghilangkan keraguan kepada pesakit yang sedang berpuasa tentang perkara yang membatalkan dan perkara yang tidak membatalkan puasa ,satu konferensi Feqah Pe

rubatan yang ke-9 telah diadakan diadakan di Casablanca,Morocco,8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Berikut merupakan keputusan persidangan:

Perkara TIDAK membatalkan puasa
1. ubat titis mata(ophthalmic drop),ubat titis telinga(otic drop)

2. ubat tablet bawah lidah(sublingual) yang digunakan oleh pesakit angina pectoris(jantung)
3. memasukkan ubat melalui faraj
4. memasukkan jari doctor semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin)
5. memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk pemeriksaan x-ray
6. menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan al

atan dan berus gigi dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut
7. suntikan melalui kulit,otot atau pembuluh darah KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah
8. penderma atau penerima pemindahan darah

9. semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly atau plaster berubat

10. endoscopy(teropong dalam rongga perut) untuk mencari punca penyakit

rujukan

1.isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa oleh As-Syeikh Ahmad b Muhammad Al-Khalil
2. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM),keputusan Fatwa Kebangsaan,Kuala Lumpur

3.Kertas Kerja Bengkel Feqah Perubatan anjuran Medical Students Association(MESTA),UiTM Shah Alam

Checklist-2

19 june 2008

venue : biochemistry lab (3rd floor),Faculty of Medicine,Cairo University

incident : Oral Biochemistry Final Examination 2008

Time : 8.20am to 8.50am

Me :salam alik,Dr.How are you today?

Dr : wslm.alhmdulillah..i’m fine.how about you?

Me : alhmdulillah too(wlpn nervous actually)

Dr :What do yu think about egypt?

Me : nice.great.i got lots of experience here!(pandai la nak bodek dr)

Dr :what about your arabic?u want me to ask u in arabic or english?

Me :sorry,Dr.My arabic is not quite good(sambil gelak2 ngn Dr)..i think its better for u to ask the question in English.

Dr : hoho..ok2(sambil gelak2)Tell me about gluconeogenesis?

Me : Gluconeogenesis is the synthesis of glucose from non-CHO sources such as glucogenic amino acid,fatty acid

Dr: right.now,what are gluconeogenic enzymes?

Me : Glucose 6-Phosphatase,fructose 6-bisphosphatase,pyruvate carboxylase,PEPCK

Dr:good.now,tell me how glycine is a glucogenic a.a?

Me : hmm..by conversion into serine and by dehydratase,it convert serine into pyruvate

Dr:right.now,tell me about ammonia?

Me : normal level of NH3 not more than 0.1 mg/dl,if exceed,it will lead to toxicity to our brain and lead to brain damage

Dr : what about hyperammonemia?

Me :lead to brain damage by..conversion of a-KG to glutamate(belum smpat nak habiskn ayat,dr dah ckp ya..right..proceed2..this is what i wanna hear) and glutamate to glutamine by glutaminase enzyme.Glutamine is one  type of excretion of NH3 in our body besides excreted as urea which occur in liver(cam terbelit2 sket ayat nih..tapi tak pe..go on je la)

Dr : this is what i wanna hear!excellent then!now,tell me about allosteric inhibitor?

Me : allosteric mean other site…so..bla..bla(malas nak taip..pnjg sket)

Dr : fine.now,what are fat soluble vitamins?

Me : vit A,D,E,K

Dr: hmm..choose one and tell me its function and deficiency?

Me : Vitamin A..it function in visual pigment of retina,maintain healthy epithelium,spermatogenesis and maintain fetal position in pregnancy..its deficiency lead to nectalopea(night blindness),xeropthalmia,sterility and fetal resorption..

Dr :hmm..excellent..its enough..thank u

Me : thank you very much.Dr..

alhamdulillah..selesai sudah oral biokem tadi..spnjang oral tadi.saya banyak gelak-gelak je ngan doktor tu..ntahla..ok..oral histology plak akan menyusul on 24/6 ni..nantikan checklist 3!

Insan itu..

saya termenung sendirian.segala kenangan ketika zaman kanak-kanak dahulu muncul dalam ingatan saya.masih terngiang-ngiang kata-kata ayah suatu masa dahulu..”kakak anak sulong,anak harapan,kakak kene jadi yang terbaik”,pujuk ayah sambil mengesat air mata yang tumpah di pipi saya. ayah selalu memberi peransang kepada saya supaya saya jadi manusia yang kuat,manusia yang taat pada Allah,Rasul,Ibu bapa dan guru-guru.terima kasih ayah atas didikan mu selama ini..

ayah telah menyekolahkan saya seawal usia saya 4 tahun.tika itu,ayah ditugaskan untuk mengajar di SK Kuala Gris,Dabong dan ummi pula mengajar di SMK Dabong.masa itu,saya telah menumpang belajar di Tahun 1.bayangkan,kawan-kawan saya saya yang lain semuanya berumur 7 tahun,tapi umur saya time tu baru 4 tahun!

teringat pula saat belajar mengaji Al-Quran dengan ayah.he’s too garang!kalau salah baca,hadiah yang ayah bagi ialah rotan 10kali kat tapak tangan.that’s why,saya work harder and harder untuk baca quran sungguh-sungguh sebab takut kene rotan kat ayah masa tu.

ayah juga begitu mementingkan disiplin putera-puterinya.dikurniakan 3 orang puteri dan seorang putera bongsu,ayah mampu mengukir senyuman sekarang kerana anak-anak hasil acuannya sedang mengorak langkah menuju dunia baru..alhamdulillah..puteri sulong sedang berjuang di Kuliah Perubatan Universiti Kaherah,puteri kedua,Nur Fatin Aliya sedang menuntut di SMK(A)Naim lilbanat dalam bidang sains,i.allah akan mengikut jejak langkah kakaknya..puteri kecil-Nur Fatin Adlin Sofiya sedang menuntut di bumi barakah,SMU(A)Maahad Muhammadi P dan satu-satunya putera,Ahmad Fawwaz Muzakkir yang kini berusia 8 tahun,menuntut di sekolah tempat ayah mengajar sekarang..

saya ingat lagi semasa saya menuntut di MMP dulu,ayah sanggup menghantar saya ke sekolah untuk menghadiri program dan kelas tambahan geografi pada hujung minggu.dan masa SPM hari tu,ayah sanggup menghantar saya ke pusat peperiksaan dan sanggup menjemput saya pulang.padahal jarak rumah saya dan sekolah jauh la gak..dan apabila keputusan SPM diumumkan,saya lihat air mata ayah mengalir tenang di pipinya..syukur alhamdulillah..

terima kasih ayah atas didikan dan pengorbanan yang ayah curahkan selama ni..

my dearest father..Hj Abd Patar b.Mat Said

HAPPY FATHER’S DAY

Cerita Inspirasi..

Salam alaik..

Semalam hari yang amat bermakna dalam hidup saya..pencarian inspirasi pertama saya bermula..terima kasih sahabatku..Ami Farhani dan Huda..terima kasih atas segala nasihat yang diberikan..nampaknya selepas ini boleh la saya melepak lagi kat Green House ye Ami..

Antara perkara yang terkesan di hati saya ialah husnu zhon dengan Allah..memang la senang nak ungkapkan kalimah ni..namun,secara amalinya mungkin susah untuk dipraktikkan..that’s why kite kene selalu ingat-memperingati sahabat-sahabat kita yang lain..cerita Ami begitu terkesan di hati saya..macam bleh wat novel plak..walau hebat dan maha dasyatnya dugaan yang Allah bagi kat kite,kite perlu menerimanya sebab Allah tahu yang kita mampu overcome masalah itu dan setiap dugaan yang Allah bagi berbeza pada setiap individu bergantung terhadap kemampuan individu tersebut…dan ingatlah,nobody’s perfect kecuali Rasulullah s.a.w..so,bile kite tengok kawan kite ada wat silap,jangan cepat judge..’oo.die ni tak baik..aku ingatkan die baik,rupenye samseng gak’..ingat,sape la kite nak judge orang macam tu..teringat kata-kata kak Durrah,kakak kesayangan..’buruk mana sekalipun pandangan masyarakat kat die,di sisi Allah kite tak tahu kedudukannya macam mane..entah2 diangkat jadi wali Allah..that’s why kite kene ade pandangan kasih dan sayang pada sahabat-sahabat kita..jangan sesekali timbul di hati kita perasaan  benci,meluat dan sebagainya..nauzubillah..

Jadi,nasihat saya buat diri dan sahabat sekalian,selalulah koreksi dan muhasabah diri..i.allah dengan 0.1% kebaikan yang kita lakukan boleh menghapuskan 99% keburukan yang pernah kita wat selama ini..0.1 amat besar nilainya..tak rugi kita menilai diri sendiri..pilih sahabat yang boleh membimbing kita..yang sentiasa bersama kita di kala susah dan senang..terima kasih wat sahabat yang selama ini banyak membantu saya..terutama yang suka dengar celoteh saya dari pagi sampai malam..hehe..
Kalau ada masa,i.allah saya akan meneruskan misi pencarian inspirasi saya yang seterusnya..

*tadi keluar dari Green House kol 6.30am..takut gak keluar sorang-sorang pagi-pagi yang hening itu..tapi saya tawakkal banyak-banyak kat Allah..alhamdulillah,selamat sampai kat rumah kol 7a.m tadi..alhamdulillah,Allah telah selamatkan perjalanan saya..

usaha tangga kejayaan..
Usah kau lupakan..
Hingga mencapai puncak jaya..
Dan titis pengorbanan..
Dalam perjuangan..
Jadikannya satu INSPIRASI..”

(INSPIRASI-Rast)

Post Navigation