..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “laman nurani”

Rintihan Jiwa

Saya menghitung hari-hari berlalu. Terasa bergunung-gunung dosa dan kesalahan yang dilakukan sepanjang bergelar insan. Kadang-kadang terasa seolah-olah kufur atas pemberian segala nikmatNya yang tak terhitung banyaknya.

Saya hidup di dalam kegelapan.

Walau di kiri,kanan,hadapan dan belakang saya dipenuhi dengan kilauan cahaya,namun saya masih merasakan kekosongan yang nyata. Sepi. Tiada ungkapan mampu mengungkap seribu makna yang mengisi kekosongan jiwa ini.

Allah,

Hanya padaMu aku mengadu..

Tempat ku bergantung harap..

Kekasihku yang abadi..

Nota 1 : Entah kenapa,terasa sangat kesunyian itu..kata ummi,’jangan dok layan sangat perasaan itu’..mom, that’s not what I mean..I feel some sort of ‘sunyi’..well,never mind,no one can ever read my mind..

Saya perlu bangkit! Mengejar kembali pelangi itu!

dalam bahaya..

Salam aleik

Hari ini ada cerita hot!

Hari ini seperti biasa,selepas kuliah,saya pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Singgah sebentar di kedai fotostat Batol . Alia mahu fotostat buku forensic saya. Setelah semuanya selesai,kami pulang ke rumah masing-masing.

Ditakdirkan,sampai di tangga rumah,saya terkejut bukan kepalang. Ada lelaki yang berpakaian ala-ala rappers sedang menunggu sesuatu di bawah rumah saya. saya terkejut. Saya cepat-cepat pusingkan badan dan cepat-cepat bergerak ke arah lain. Aduh,bayangkan saya amat penat ketika itu,kalau diikutkan hati,mahu sahaja saya redah naik ke rumah flat saya tu. Buat gaya ala-ala ‘stuntwomen’ sikit. Tapi,saya tak berani nak buat macam tu. Faham-faham sajalah orang Arab ini. Nampak sahaja,badan kurus macam lidi,tapi kekuatannya berganda-ganda hebat dari kita.

Saya mencari-cari arah jalan yang sesuai untuk menyembunyikan diri. kejap-kejap saya menoleh ke belakang. Ya,dia masih mengikuti saya. bukan dia seorang sahaja,kali ini berdua. Saya jadi pelik,dari mana pula datangnya kawannya itu. saya beristghfar panjang. Dalam hati berdoa agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Saya terus berjalan melalui celah-celah orang ramai. Dan dia masih lagi berada di belakang saya. Allah! Muka saya sudah pucat .tangan terketar-ketar. Lantas saya mencapai telefon tangan dan mencari-cari nombor sahabat ikhwah saya. namun,keadaan terlalu sukar untuk saya berbuat demikian. Saya batalkan hasrat saya untuk menelefon kawan saya. langkah dihayun laju,semakin laju. Peluh semakin memercik. Saya mencari-cari arah untuk masuk ke kedai runcit. Dan aim saya memang untuk masuk ke dalam kedai runcit itu!

Saya menoleh ke belakang. Ya,orang itu masih lagi mengekori saya. saya cepat-cepat masuk ke dalam kedai runcit. Dia pun nampaknya seperti tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam kedai. Allah,apa yang harus saya buat? Saya memberanikan diri masuk ke dalam kedai dan segera saya beritahu pak cik jurujual di situ “ya Amm, il’ha’uni..ilha’uni..asyan fi raagil wehsyah awi..humma dol fil waraa..”(tolong saya pakcik..ada lelaki jahat,sedang mengekori saya di belakang”. Saya tengok kelibatnya di luar keai runcit tersebut. Saya jadi takut pula. Macam-macam saya berilusi. Antaranya saya takut kalau-kalau pakcik jurujual tidak mahu menolong saya.dalam hati tak putus-putus saya berdoa. “feyn..feyn humma dol??”(mana?mana laki itu?). fuh,lega,sebaik mendengar suara pak cik yang lantang itu,dua orang lelaki tadi pun cepat-cepat lari menghilangkan diri. Alhamdulillah. Lega sangat masa tu. Tapi,saya masih takut kalau-kalau lelaki itu menunggu saya di mana-mana lorong dan cuba mengambil kesempatan kedua. Saya jadi takut. Ingin saja saya call mana-mana sahabat ikhwah masa tu. Tapi memandangkan semua orang baru balik dari kuliah,ditambah dengan cuaca yang amat panas,saya ambil keputusan untuk tidak menelefon mereka.tak nak ganggu istirahat mereka(poyo je kan!hehe! Hai,serba salah juga dibuatnya!

Saya tekad dan beranikan diri. (adik-adik,jangan tiru aksi ini). Alat penyembur minyak wangi dan gunting saya keluarkan,untuk langkah berjaga-jaga. Sengaja saya dedahkan apa yang saya pegang tika itu. masa tu,biarlah orang nak kata saya ni tak betul ke,yang penting keselamatan diri itu lebih utama.

Saya memilih jalan yang penuh dengan orang ramai. Untuk sampai ke rumah saya perlu melalui jalan-jalan yang berliku dan lorong. Kebanyakan lorong-lorong di situ sunyi sepi.dengan membaca beberapa doa pendinding diri,ditambah dengan ‘senjata’ pertahanan,maka saya beranikan diri melangkah. Matahari memancarkan bahang yang amat panas. Seolah-olah memahami ‘panas’ nya gelodak jiwa saya tika itu.

Alhamdulillah,semua lorong yang saya lalui ‘clear’. Handphone di tangan kanan. Gunting di tangan kiri. Semua ‘senjata’ ini amat berguna bagi saya untuk mempertahankan diri. lagipun dulu,saya pernah belajar silat gayung,hehe..tapi itu sudah lama,entah ingat lagi ke tidak cara-cara nak bersilat tu.hehe.

“Allah!!!”

Saya menjerit!

Orang itu betul-betul berada di hadapan pintu masuk flat(imarah) saya. Bayangkan saya amat takut tika itu. gelabah juga sikit-sikit. Tapi saya cuba tenangkan diri saya. sudah la kawasan itu memang sunyi. Saya memberanikan diri bertanya “ enta aizz eih?Awak nak ape??(baca dalam nada kasar sekasarnya ok!). saya lihat dia pun terpinga-pinga dengan pertanyaan saya. dalam hati saya mengomel,amboi ingat orang melayu tak leh cakap arab ke?.hmm.geram punya pasal.

Lepas tu,kawan dia seorang lagi pun keluar dari rumah tingkat satu imarah tersebut. Saya kaget seketika. Aik,apasal dia keluar dari rumah orang plak ni? Haa,makin naik minyak la saya waktu tu. Saya dah fikir bukan-bukan dah time tu. Mungkin mereka pecah masuk rumah orang tu ke atau mereka dah buat apa-apa yang tak patut pada keluarga arab tu. Saya naik minyak. terus acukan gunting dekat mereka. oh oh,saya jadi macam orang tak betul sekejap!

Mereka terdiam.hmm,tau takut.

“enti sakna hina,soh?. Ana Ahmad,ana saakin hena ma’a family. Huwwa akhi..”(saya tinggal di sini.saya Ahmad,tinggal dengan keluarga saya di sini.ini adik saya)

Aik?kenapa tetiba baik pula mamat ni? Konon la tu buat-buat mengaku tinggal situ.Saya makin curious. “ana musy arfa enta min,wa enta aizz eih minni..ana bass saakna hena,ma fish haaga khalis. Lau entu yi’mal haaga wehsyah wa musy kuwaiyyis,haul syurtah dilwakti..masyi???”(saya tak kenal awak ni sape,ape awak nak dari saya.saya just tinggal kat sini je,tak de apa-apa pun.kalau kamu buat benda-benda yang buruk kat saya,saya tak teragak-agak akan call polis sekarang.faham??)

Panas..panas..memang saya naik darah betul waktu tu.

Mereka buat muka. Dahi berkerut. “soh keda,wallahi..ehna saknin hena..ma’a baba wa mama..enti khaifaa leih ba’a? (betul.wallahi,kami tinggal di sini dengan mak abah,awak takut-takut ni kenapa?)

Diringkaskan cerita,rupa-rupanya memang betul mereka tinggal di satu flat dengan saya. rumah saya di tingkat 3. rumah mereka di tingkat 1. mereka bukannya kejar saya pun,memang mereka nak pergi ke kedai runcit itu juga untuk beli barang dapur,tapi diorang nampak saya gelabah satu macam dan buat kecoh kat kedai tu..hehe.terus diorang tak jadi masuk dan beredar keluar. Ha ha..(haii..eksyen lebih-lebih plak cik fatin ni!!)

Argh!malu nya saya masa itu. satu keraguan tetiba beralih jadi  bahan jenaka pula buat saya. mungkin saya terlalu berhati-hati dengan mana-mana orang arab sekarang,maklumlah sudah banyak kejadian dan cerita yang tidak sedap didengar berlaku. mereka terus memohon maaf dengan saya. huhu. saya masih lagi pening-pening dengan peristiwa tersebut.

So,moral of the story

  1. Haa..buat adik-adik,kawan-kawan,lepas ni kalau nampak orang yang tak dikenali ikut kita atau nampak die tengok kita pelik je,jangan teragak-agak untuk menelefon ikhwah kita di sini. (kita kasi ikhwh banyak kerja sikit ye..hehe).
  2. sentiasa bawa bersama kita gunting ke,pisau lipat ke,minyak sembur sebagai ‘senjata ‘ kita
  3. apabila terasa macam diikut(walhal dia tak ikut kita pun,tapi buat-buat perasan yang dia ikut kite ye),terus masuk kedai runcit/pegi ke tempat yang ramai orang.
  4. banyakkan berselawat,berzikir ketika berjalan atau apa-apa yang anda sedang lakukan. Zikir itu mudah dan indah dan praktikal untuk dilakukan di mana-mana

note 1 : esok nak ‘dating’ dengan my beloved-dovey friend,Lin dan Nadira

note 2 : sapa-sapa yang tengah bersedih tu,sudah2 la tu..la tahzan,innallaha ma’ana

saya sudah bertunang..Alhamdulillah

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

…………………………………

“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah ‘membeli’ baju pernikahannya… Arh… Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za’iqatul maut ~

sekadar mengisi ruang-ruang kosong di jiwa,ditambah pula dengan ke’risauan’ untuk menghadapi final exam yang akan menjengah tidak lama lagi,maka,saya hadiahkan buat teman-teman seperjuangan sebuah artikel yang saya copy dengan izin tuan punya blog,Kak Nurani,sahabat seperjuangan saya di Malaysia.

~sama-sama ambil iktibar..



SABAR DALAM CABARAN

SABAR DALAM CABARAN: manifestasi sebuah kesyukuran

Senario kehidupan hari ini memaksa kita semua untuk bertindak pantas dan tangkas dalam semua urusan kehidupan. Ditambah pula dengan kemunculan pelbagai jaringan elektronik dan multimedia yang banyak membantu proses kehidupan manusia. Hanya dengan satu sentuhan jari pada dinding skrin dan hanya satu klik sahaja,semua maklumat akan terpampang di skrin layer laptop atau i-phone masing-masing.Wah,canggih bukan?

Namun,pernahkah kita terfikir,era siber yang tidak mengenal sempadan ini menyimpan padah yang tersembunyi daripada kaca mata kita semua. Kadang-kadang,kita terlalu memuja dan memuji kecanggihan sesuatu alat itu tanpa kita sedar ada lompang bencana yang tersembunyi di sebalik kilauan itu.

Era i-phone juga lah menyaksikan maksiat bermaharajela di sana sini,seolah-olah tiada undang-undang agama wujud di situ,apatah lagi untuk menjatuhkan hukuman berlandaskan Islam!Dunia seolah-olah binasa dengan kepincangan manusia itu sendiri. Dunia tidak lagi boleh tersenyum seperti era kegemilangan Islam suatu masa dahulu,yang penuh dengan cahaya ilmu di merata-rata tempat merentas geografi Asia dan Timur Tengah,merentas Sepanyol dan Eropah, serta merentas seluruh gagasan Tanah Melayu ketika itu.

Tapi kini,semua itu sudah musnah,lenyap ditelan arus modenisasi zaman. Manusia semakin hanyut dengan sandiwara ciptaan mereka sendiri. Semakin maju sesuatu Negara,semakin rosak akhlak sesuatu bangsa. Akibatnya,hilang seri identiti anak Melayu yang  berimankan  Allah dan RasulNya.

CABARAN FREEMANSON

Cabaran dunia hari ini menyaksikan kembali kebangkitan roh Firaun laknatullah,Mustapha Kamal Al-tartuk,seorang dictator terkenal Turki dan golongan Orientalis yang juga tidak turut ketinggalan menunjukkan belang . Mereka bersama-sama bersatu aura dan tenaga dalam usaha menghancurkan Islam itu sendiri.

Kebangkitan golongan freemanson di Malaysia khususnya telah bermula sejak penjajahan Belanda ke atas Melaka pada 1511M sehinggalah Malaysia bebas daripada penjajahan Inggeris.Namun,pengunduran inggeris dari tanah Melayu pada waktu itu bukanlah sesuatu yang menyedihkan bagi mereka,tetapi ianya merupakan sebuah kemenangan yang besar bagi inggeris kerana telah berjaya menanamkan gerakan Freemansory kepada rakyat seluruhnya.

Perkara ini jelas apabila kita mendapati kuasa agama hanya terbatas kepada upacara ritual sahaja dan pengamalan Islam dalam pemerintahan dianggap lapuk dan kuno. Raja hanya berkuasa pada system pentadbiran yang melibatkan hal ehwal Islam sahaja di mana penguasaan mereka dalam system pentadbiran Islam hanyalah dalam kes terpencil sahaja dan begitu minimum.

Sejarah gerakan freemansonry di Negara kita perlu dijadikan pengajaran oleh kita semua,para mahasiswa yang bakal mencorakkan Negara kelak dengan satu aspirasi yang satu – mewujudkan negara Islam ‘centric’ dan pusat tumpuan Islam seluruh dunia.

RENCAH SABAR DALAM CABARAN

Persolannya,adakah kita akan berjaya melunaskan misi yang kita canangkan sebelum ini iaitu ingin membentuk paduan negara Islam kelak seandainya kita mengamalkan sikap terburu-buru dan tergopoh gapah dalam tindakan kita? Percayalah,amalan sedemikian tidak mendatangkan faedah sekalipun,malah bakal mengundang bahana yang parah kepada masyarakat kelak.

Rasulullah s.a.w merupakan role-model unggul sepanjang zaman. Sirah telah menyaksikan pembentukan Kota Madinah diatur dengan pelan dan strategi yang lengkap,jelas menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mementingkan pelan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dalam sesuatu urusan. Bukan seperti anutan sesetengah fahaman yang lain,Hindu dan Buddha misalnya,yang banyak menggunakan ujian tilik nasib sebagai panduan dan kepercayaan hidup mereka.

Sabar itu kunci kejayaan. Sabar dalam cabaran dan ujian merupakan kemenangan besar bagi umat Islam. Ujian itu ada pelbagai. Ujian jiwa dan perasaan,ujian harta dan wang ringgit,ujian wanita dan material dan banyak lagi ujian hidup yang melanda manusia. Ujian juga mematangkan hidup seseorang. Tapi harus dilihat juga konteks atau marhalah sesuatu ujian itu. Semakin tinggi darjat seseorang itu,semakin besar ujian yang dihadapi olehnya seperti hadis di bawah.

“Orang yang mendapat cobaan paling berat adalah para Nabi, lalu orang-orang yang semisalnya dan orang yang semisalnya,seseorang diuji sesuai kadar agamanya, apabila agamanya kuat maka bertambah besar pula ujiannya, dan apabila agamanya lemah maka dia diuji sesuai kadar agamanya. Dan senantiasa seseorang mendapat ujian sampai dia berjalan di atas bumi dan tidak menanggung dosa.”(shahih riwayat Ahmad,Ibnu Majah dll)

REALITI SABAR

Hakikatnya, sabar merupakan sifat mahmudah yang benar-benar dituntut dalam Islam. Manusia yang bersifat sabar dengan segala cabaran di hadapannya bakal mendapat ganjaran yang terbesar dan hebat di sisiNya. Siapa yang tidak mahu diangkat darjatnya seperti Rabiatul Adawiyah,wanita yang sabar dan patuh pada ajaran tuhanNya,siapa pula yang tidak mahu menjadi Sumayyah,wanita yang sabar dengan ujian di saat kemunculan awal Islam,akhirnya nyawanya tergadai di hujung lembing oleh kafir laknatullah.

Suasana masyarakat hari ini yang hidup dalam dunia siber yang penuh dengan cabaran dan tribulasi menjadikan tahap kesabaran itu sedikit terbatas. Ada yang mampu mengawal segala cabaran ini dengan mudah dan ada juga yang mudah berputus asa dengan cabaran hidup akhirnya,mereka sanggup menzalimi diri sendiri dengan membunuh diri dan mengambil dadah berlebihan dek tidak kesanggupan menerima cabaran hidup ini. Semuanya ini berpaksikan pada ukuran IMAN. Iman menjadi kayu ukur kekuatan dan sabarnya seseorang itu menghadapi mehnah yang diberikan.

Tuntasnya,sabar itu perisai kemuncak segala ujian. Disusuli pula dengan redha kepadaNya setelah sabar mengatasi segala-galanya. Sabarlah ketika diuji dan senyum lah jika diberi kesenangan dan ketenangan olehNya. Itulah sifat mukmin yang bersyukur! Senyum selalu!

Hijrah 1431

Awal Muharram menjelma lagi!

Mari sama-sama kita gembleng tenaga,pasak kekuatan jiwa,mental,spiritual kita semua kea rah kebaikan.

Hijrah dalam definisi hari ini bererti transisi kehidupan daripada hal negative kepada kehidupan yang lebih positif dan cemerlang

Berlandaskan sabda Baginda Rasul s.a.w“Mukmin yang kuat itu lebih disayangi Allah taala berbanding mukmin yang lemah..”

Saya suka highlite kan sudut hijrah pada masa sekarang kepada 3 fokus utama:

  1. hijrah kerana Allah untuk mencapai keredhaanNya
  2. hijrah itu memerlukan pelan yang teratur dan pelaksaan yang terperinci
  3. hijrah memerlukan kekuatan sokongan samada sokongan luaran dan sokongan dalaman

ketiga-tiga focus utama di atas,saya akan transplant/apply dalam sudut kehidupan seorang pelajar perubatan.

  1. hijrah kerana Allah untuk mencapai keredhaanNya-

adakah selama ini anda hanya meletakkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan anda dan lebih-lebih lagi sebagai bukti bahawa anda belajar keranaNya? belajar kerana exam tidak berupaya menjamin masa depan anda dengan cmerlang,ini krana anda hanya nampak frametime sekarang,tanpa memikirkan future time. Future time lebih mencabar daripada frametime kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku dalam future time nanti. Akibatnya,anda tidak mengambil apa-apa tindakan untuk berusaha lebih gigih menyelongkar kehidupan ketika future time nanti. Sebaliknya,anda berasa lega kerana berada di zon selesa frametime anda sekarang!

Usah pening-pening dengan istilah ini. Cuba renungkan equation ini:

frametime + future time = study lillahitaala

frametime = study lil exam

future time = lillahitaala

saya tidak nafikan,system pembelajaran di Mesir ini yang lebih kepada exam-oriented membuatkan pelajar di sini(Egyptian atau Malaysian) mempelajari subjek medic sendiri semata-mata untuk lulus periksa,usai exam,terus pulang ke Malaysia atau belajar agama di sini. Perkara sebegini sudah menjadi budaya bagi pelajar di sini. Jadi,jom kita berhijrah jadi lebih baik lagi.maju setapak ke hadapan lagi,pasakkan dalam diri kita untuk belajar lillahi taala. Sesuatu perkara kalau diniatkan kerana Allah,perkara itu jadi ibadah.jadi,apa kata,sebelum mengulangkaji pelajaran,niatkan belajar ini kerana Allah. Once,apabila dah jadi rutin/kebiasaan niat lillahi taala,automatic tak timbul lepas ni soal study kerana exam atau sebagainya.Lazimi perkara yang baik itu akan disayangi Allah dan Allah akan mengangkat martabat hambaNya.

Jom kita berhijrah !

  1. hijrah memerlukan pelan dan pelaksaan terperinci

Benar! Rasulullah merupakan manusia pertama yang menggunakan strategi dan pelan yang berkesan dalam setiap tindakan harian baginda. Hebat kan? Stephen Covey pun banyak mengambil idea tentang proses perancangan masa dan hidup daripada kehidupan Rasulullah s.a.w,manusia paling mulia dan tinggi darjatnya!

Begitu juga dengan kita,kalau orang barat(orientalis) pun boleh mempraktikkan apa yang Rasulullah s.a.w amalkan,mengapa tidak kita yang mengaku bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya mempraktikkan konsep yang sama? Kita sebagai Muslim sepatutnya mencontohi akhlak Rasul ini berganda-ganda lebih banyak daripada Orientalis sendiri.

Dalam konteks sebagai pelajar perubatan:

tetapkan target dan sasar untuk 5 tahun pertama dan target untuk tahun tersebut

peruntukkan masa 24 jam yang diberi dengan bijak dan bermanfaat-masa untuk study,masa ke kuliah,tutor,masa untuk sahabat,masa riadah dan sebagainya

tetapkan target untuk baca buku-buku perubatan samada local atau international,medical journal,isu semasa

tetapkan visi untuk tahun tersebut dan usaha semampu mungkin untuk mencapainya

jangan cepat putus asa! Kejayaan tidak dating bergolek! Kejayaan anda bermula hari ini!

Disiplin dalam menuntut ilmu

Menghormati ilmu

  1. hijrah memerlukan kekuatan sokongan dalaman dan luaran

kekuatan dalaman yang dimaksudkan di sini SQ-spiritual quiotent yang tinggi. Hubungan dengan Allah harus dijaga. Setiap hari 5 kali kita ber’temu’ dengan Kekasih kita. Subhanallah! Setiap kali ber’temu’,di situ kita lontarkan segala masalah,kongsi segala kesedihan dan kegembiraan dengan Dia. Sementara diberi nafas untuk ber’temu’ denganNya di atas muka bumi ini,gunakan waktu itu dengan sebaiknya agar rasa cinta itu terus mekar subur dan akan membawa kesuburan cinta itu di taman syurga nanti untuk bertemu denganNya secara kekal dan hakiki!

Sokongan luaran pula bermaksud sahabat/keluarga/ibu bapa,untuk berhijrah kea rah yang lebih baik,sokongan padu daripada mereka semu ini amat penting. Secara lumrahnya,manusia memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sebagaimana dalam sirah hijrah Rasul,Saidina Abu Bakar As-Siddiq sentiasa bersama Baginda menghadapi saat-saat genting dalam peristiwa Hijrah itu. Saidina Abu Bakar juga berusaha melindungi Rasul s.a.w dan meredah segala mehnah dan cabaran bersama baginda. Inilah sebenar-benar sahabat. Sahabat itu,ketika kita gembira,dia pun turut bergembira,ketika kita sedih,dia pun turut bersedih.

Tuntasnya,semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah Hijrah Baginda Rasul s.a.w dari Mekah ke Madinah. Semuanya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua dalam mendepani hari-hari mendatang.

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Fatnulhani,

El-Monira,Sayeda Zenab

Cairo

Friday,2330

Note : maaf,tak boleh tulis2 banyak,quite busy lately..

One Bond,One Union

assalamualaikum wbt

aAwal-awal pagi lagi saya sudah bersiap-siap untuk ke ARMA(Asrama melayu Malaysia) di Abbasiah,Kaherah. untuk apa?ya,untuk mengundi lah. hari ini hari mengundi untuk kenaikan pimpinan baru PERUBATAN sesi 09/10. undi saya semestinya adalah rahsia. saya doakan agar pimpinan baru PERUBATAN nanti bakal membawa sinar perubahan  pada PERUBATAN sendiri.

pastinya insyaAllah pimpinan baru kali ini bakal menggegarkan PERUBATAN di seluruh Mesir kerana AJKT kali ini dilihat ramai daripada kalangan junior. kata orang dahulu kala,orang muda ni minda dan fizikal nya cerdas,orang tua(senior,sunbae kata orang Korea) pula kelebihannya terletak pada pengalaman hidup dan kematangan dalam berfikir dan bertindak membuat keputusan. sebab itu kalau kita singkap kembali sirah Rasulullah s.a.w, Rasul dilantik sebagai pemimpin umat ketika usianya 40 tahun, usia di tahap matang seorang lelaki (tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda) manakala hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh tatkala menakluk Konstantinople ketika usianya mencecah 21 tahun. Khalid Al-Walid juga dilantik mengetuai angkatan perang ketika usianya masih muda belia.

so,buat adik-adik pimpinan baru AJKT PERUBATAN,usia bukanlah penghalang untuk memimpin mana-mana organisasi,asalkan tahu,faham dan hadam apa objektif dan matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi tersebut.bila dah jadi pimpinan,kita ni ibarat kuli atau HO(hamba orang) lagaknya. buat kerja siang malam,penat ke sana ke mari. (aduh,teringat kenangan zaman dahulu kala).memang memeritkan.tapi ingat satu je, Allah sentiasa bersama kita. Sabda baginda :setiap daripada kamu ini adalah pemimpin pada yang lain. maka,di sini perlunya kita semua berlapang dada,terima seadanya bakal pimpinan kita nanti. jangan lupa,teruslah menyokong persatuan kita ini kerana PERUBATAN menjadi proksi kekuatan buasemua mahasiswa dan mahasiswi PERUBATAN di sini baik dari segi kebajikan,tarbiah,ukhuwwah,akademik dan sebagainya.

Teringat kenangan dahulu kala tatkala memegang tampuk kepimpinan Majlis Tertinggi di SMU(A) Maahad Muhammadi P,Kota Bharu sesi 2003-2005. banyak kisah suka duka antara kami Badan Pengurus AJKT Badan Disiplin dan Badan Dakwah Tarbiah(BADATI) kala itu. sesungguhnya Maahad merupakan sekolah yang mendidik kami untuk menjadi seorang pejuang. teringat kenangan memimpin bersama Nadiah Abd Aziz (kini di USM),Kak Zan,Mastura(di UIA),Azliani(Medic Ain Shams) dan ramai lagi. dan sekarang mereka kini masih lagi menerajui kepimpinan di kampus masing-masing.sahabat,thabatkan perjuangan ye! saya pula lebih selesa bekerja bagi pihak BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) apabila diamanahkan sebagai Mandubah Perubatan Kelantan. ada la juga pengalaman berpersatuan di sini. hehe. juga pernah bekerja sebagai ajk untuk Biro Pembangunan Insan PERUBATAN yang merangka perjalanan kelas mingguan umum dan kelas khas untuk akhawat perubatan di Kaherah. walaupun kecil sumbangannya,namun saya tetap berpegang pada prinsip ‘hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya’. tidak kira anda sebagai ahli biasa,AJK hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi sebgai AJKT mahupun Presiden,kita semua adalah pekerja-yang kerjanya adalah untuk memastikan organisasi kita terus berdiri teguh seutuhnya.insyaAllah!

“sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4)

ya! PERUBATAN umpama satu bangunan yang kukuh. barisan kepimpinan bertindak sebagai frontliner,barisan tengah bertindak sebagai AJK manakala barisan belakang bertindak sebagai penyokong dan pendokong!melindungi  persatuan apabila diancam mara bahaya musuh! ini bukan assobiah,tapi ini dinamakan KERJASAMA! kerjasama untuk memastikan persatuan ini terus megah berdiri ! sebenarnya saya sudah terhidu bau-bau ‘kematangan’ PERUBATAN ini,cuma harapnya selepas ini PERUBATAN mampu merangka gerak kerja yang lebih tersusun dan lebih bersistematik dan bersifat menyeluruh,bukan tertumpu di bahagian pusat semata.komuniti perubatan di sini makin bertambah ramai.kini, PERUBATAN dilihat sebagai sebuah persatuan utama (frontliner) kerana kuantiti pelajar yang melebihi pelajar dirasat sendiri. bina kembali segala gerak kerja yang lebih tersusun,pertingkatkan mutu kerja ke arah yang lebih cemerlang,gandingkan sifat kebersamaan antara sesama ahli,kuatkan visi portfolio masing-masing,jana ilmu dan fikrah dalam ahli PERUBATAN sesuai dengan konsep Muslim Doktor.pendek kata,keseluruhan aspek rohani,mental,fizikal perlu diseragamkan dan dilaksanakan untuk mencapai PERUBATAN yang harmoni!

Pelajar Perubatan di Mesir kuat Berpersatuan?

saya pernah diajukan soalan ini oleh beberapa teman rapat saya yang juga mengambil jurusan perubatan di Malaysia. juga tidak ketinggalan,pernah diasak pertanyaan ini oleh beberapa orang doktor di Malaysia!haha.jangan terkejut.doktor yang bertanyakan saya soalan itu pun kagum dengan kehebatan persatuan di sini! PMRAM pun gah di sini. PERUBATAN juga gah. ISMA juga gah! pendek kata,semua persatuan yang wujud di sini nampak semua gah!berkat Mesir kot!andaian saya sahaja.

bBerpersatuan tidak salah. setakat ini tiada lagi hadis atau dalil yang mengharamkan kewujudan persatuan .cuma,apabila timbul banyak persatuan sehingga mengakibatkan perpecahan,itu yang diharamkan. saya ulangi,persatuan yang menyebabkan perpecahan antara umat Islam dan melambatkan gerak kerja Islam,itu yang diharamkan! saya tidak tuju pada mana-mana persatuan,tetapi analoginya begini : sekumpulan manusia ingin menuju ke satu tempat talaqi. ada yang naik kapal laut,ada yang naik kapal terbang. keduan-duanya menuju ke destinasi sama. logiknya,mesti lah kapal terbang yang sampai dahulu. apabila sampai,mereka mendapat kitab dan kelengkapan yang cukup dan sempat mendengar secara sempurna syarahan yang disampaikan oleh Syeikh. kumpulan yang satu lagi sampai sejam lewat dan tup-tup bila sampai,ceramah dah habis.kitab pun habis. jadi,siapa yang rugi di sini?apa salahnya,naik satu pengangkutan dan sama-sama pergi ke tempat tu.duit tak habis banyak,tenaga pun tak banyak dibazirkan. sama-sama dapat ilmu dan kitab yang mencukupi! ini tidak,apabila dah terjadi macam ni,nampak tak seolah-olah terjadi konsep win-lose di sini.ada kumpulan yang mengalami kerugian kerana tidak mendapat apa-apa!

begitu juga halnya situasi sekarang. kita semua inginkan Islam membangun. jadi mengapa perlu wujud lagi konsep win-lose dalam gerak dakwah kita?kita bukan nak bertanding dengan siapa-siapa. kita hanyalah manusia biasa,hebat mana pun,kita hanyalah hamba Allah semata-mata.ingat,kita ini HAMBA!kita ini KULI!l ihat kiri kanan kita,musuh Islam sentiasa mengintai ruang untuk memastikan kita semua terkubur. nampak gayanya,mereka sudah tertawa sekarang melihatkan masyarakat Islam yang suka untuk menjatuhkan sesama sendiri. Astaghfirullah! konsep win-win memang diamalkan Rasululullah s.a.w sejak Islam tertegak lagi. Baginda menyatukan semua umat Islam di atas satu aqidah,satu tauhid,satu fikrah,satu amal!

berbalik kepada analogi yang diberi,golongan yang sampai awal ke kelas dapat meikmati keistimewaan yang sungguh indah.dapat kitab,dapat bertemu muka dengan syeikh tersohor.dan pastinya golongan ini mendapat tempat istimewa dan kepercayaan di sisi masyaikh tersebut . golongan yang kedua tidak akan mendapat apa-apa keistimewaan pun,mungkin sedikit pahala menuju ke tempat talaqi tersebut. begitu juga halnya dengan kewujudan pelbagai persatuan di sini. masing-masing boleh berfikir sendiri.masing-masing sudah matang! buktikan anda seorang MAHASISWA bukannya pelajar sekolah hingusan lagi!

oh ya,tentang soalan yang diajukan di atas,saya berpendapat,tidak salah berpesatuan tetapi perlu bijak mengimbangi masa dan tenaga untuk belajar dan bekerja. sebenarnya tidak wujud istilah bekerja kerana sambil bekerja kita juga belajar. cuma,rancang dan bahagikan masa betul-betul.ingat,masa umpama pedang! jangan persiakan,kelak akan menyesal di kemudian hari!

saya pula sekarang sibuk dengan kehidupan bergelar pelajar klinikal(saya suka menyibukkan diri..hehe) juga sibuk dengan bahan-bahan untuk karya saya seterusnya.doakan agar saya dapat mencapai apa yang saya inginkan dalam hidup ini demi kesejahteraan di akhirat kelak!.saya berpegang pad prinsip untuk menyumbangkan sesuatu kepada rakan-rakan dan juga adik-adik di sini sebelum saya meninggalkan bumi kinanah ini.juga saya ingin mengambil sebanyak-bnyaknya mutiara ilmu dan pengalaman di sini untuk saya praktikkan dalam episod kehidupan saya di Malaysia nanti.insyaAllah,semoga Allah panjangkan umur saya untuk saya terus berbakti pada ummah dan negara suatu hari nanti.

Nota 1 : ini sekadar pendapat saya dan apa yang saya dapat setelah bertalaqi dengan ustaz-ustaz. saya ni jenis keras kepala sebenarnya dan susah untuk menerima pandangan manusia bulat-bulat.so,inilah hasil kajian saya setelah lama saya bertungkus lumus mencari penyelesaian bagi masalah ini.

Nota 2 : adik-adik pimpinan PERUBATAN nanti,berilah khidmat dan sumbangan dalam bentuk apa pun demi kelangsungan persatuan yang kita dukung ini.

Nota 3: bila dah letak jawatan,rasa macam kosong sangat.macam banyak pula masa free.takpe,mungkin saya isi dengan pengajian di kelas agama ataupun di hospital. tak sabar nak jumpa patient! kadang-kadang semangat macam ni tak salah kan??hehe

“Hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya”

Buku oh Buku

Assalamualaikum wbt

huh~hari yang memenatkan dan minggu yang memenatkan.dah terasa bahang Housemanship ni..hehe.berkejar ke Hayyu Sabie dan Hayyu Asyir,kemudian pulang ke rumah di Munira lewat petang. malamnya bergelumang dengan buku-buku bacaan semasa dan kitab-kitab medic. beberapa artikel penting dan kertas kerja perlu disiapkan dalam fatrah cuti ini. waktu tidur sudah tidak menentu.hanya coffees peneman setia saya!

sejak akhir-akhir ini,saya sentiasa mengintai ruang dan mencari tenaga untuk saya habiskan pembacaan beberapa koleksi buku dan kitab yang saya ada.perkara ini sering merisaukan saya.tambahan pula,dalam fatrah sekarang,ramai pula yang menjemput saya untuk menjadi penceramah tak bertauliah untuk setiap program perubatan atau di peringkat PMRAM sendiri. kadang-kadang saya terpaksa menolak beberapa jenis undangan atas alasan saya tiada idea dan ilmu yang cukup untuk dipersembahkan di hadapan orang ramai. tambahan pula sekarang saya sedang menyiapkan beberapa manuskrip buku dan terjemahan buku untuk terbitan PMRAM,maka tiada waktu yang khusus untuk membaca bacaan ilmiah yang berat. saya pernah bertanya masalah ini pada sifu saya,Kak Na yang merupakan mantan Raisah(Pengerusi ) HEWI Kelantan dan sekarang sedang menyambung pengajiannya di peringkat MA Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau memberikan saya beberapa tips yang saya kira sesuai untuk dikongsi bersama rakan pembaca sekalian.

untuk mencapai pembacaan buku/makalah/blog internet yang konsisten:

– senaraikan semua tajuk buku yang ada dan klasifikasikan buku mengikut genre.contohnya buku medik,buku agama,buku politik,english novel dsb.

-buat jadual khusus untuk setiap pembacaan setiap genre buku.contoh : Ahad,selepas Asar,Kitab fiqh Sirah.Isnin,lepas Zohor,majalah Sains

-untuk tiap-tiap bacaan berat,sediakan sinopsis/nota ringkas untuk setiap bacaan dalam buku kecil(mudah untuk dibawa ke mana-mana)

-tetapkan target sasaran.contoh:minggu ini habiskan kitab Fiqh Sirah

-selepas habis bacaan satu-satu buku,cuba paksa diri buat kertas kerja mengenai apa yang telah dibaca atau isu semasa yang berlaku.minta bantuan mentor untuk semak dan bentang di hadapan mentor. baiki segala kesilapan dan kekurangan.

saya dalam proses untuk mencuba beberapa tips yang diberikan. dan alhamdulillah,hasilnya nampak berkesan.

Iqra'(Bacalah). sementara masa masih ada ,carilah sebanyak mungkin ilmu bermanfaat dan amalkan dalam diri.membaca juga ada kaedahnya. sebelum saya menggunakan kaedah yang disebutkan di atas,saya hanya membaca buku-buku secara semborono sahaja. baca atas dasar minat,bukannya baca atas dasar keperluan dan kefahaman. bagi saya,kita perlu seiringkan antara minat,keperluan dan kefahaman dalam pembacaan kita,barulah kita boleh wujudkan rasa ‘feel’ itu dalam jiwa kita,terus meresap masuk ke dalam jiwa .barulah kita dapat merasa satu nikmat kepuasan mendapat ilmu ini. dan barulah kita akan lebih menghargai nilai ilmu itu walaupun sebesar zarah.Subhanallah! Sebab itu ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w “Bacalah” menunjukkan bahawa Islam menyanjung tinggi ilmu dan mengangkat darjat yang paling tinggi kepada orang-orang berilmu dan mencintai Ilmu. Dengan ilmu,kita lebih mengenali siapa Pencipta kita dan apabila kita sudah mengenali siapa pencipta kita,maka akan timbul rasa takut ,kasih,cinta dan sayang pada Al-Khaliq,Tuhan semesta Alam. Sabda baginda s.a.w “Sesungguhnya orang-orang yang takut pada Allah ialah golongan ulama yakni orang-orang yang berilmu”.

jadi sahabat sekalian,marilah sama-sama kita berusaha mendalami pelbagai jenis ilmu dan tidak statik atau rigid pada satu jenis ilmu sahaja.tidak rugi belajar pelbagai jenis ilmu asalkan tahu di mana prioriti kita yang utama. ilmu Allah ini luas,maha luas! semakin kita belajar,semakin rasa diri ini jahil dan terasa kerdil di sisiNya! Subhanallah!

Nota 1 : khas buat adik-adik SC,belajar rajin-rajin.

Nota 2 : saya kesunyian. Ya Allah,help me!

Nota 3 : proses menuntut ilmu bukan sahaja dengan membaca tetapi paling penting adalah ‘talaqi’. cari masa dan tenaga untuk bertalaqi. saya dikhabarkan ada pengajian kitab hadis Muslim disampaikan oleh Syeikh Dr Yusri,seorang doktor pakar bedah(kalau tak silap saya) di Masjid Azhar setiap Sabtu jam 10 pagi.ada kelapangan masa,boleh lah hadirkan diri ke sana. juga tak ketinggalan,kelas-kelas tafakkuh yang disediakan oleh Biro Pembangunan Insan,PERUBATAN setiap Khamis,diskusi kitab,Jumaat pula,kelas Ustaz Nazrul dan Sabtu jam 9 pagi,khusus untuk akhawat,MAHAR.
Jom pakat-pakat gali ilmu!!

Jaulah Haramain 09/1430- part 2

SSA40909

bergambar di perkarangan Masjidil Haram

Kami berjalan perlahan-lahan di kawasan masjid yang semuanya berlantaikan marmar. Kelihatan ribuan manusia sibuk dengan urusan masing-masing. Hati saya berdebar-debar. Mencari-cari Kaabah seperti yang tergambar di dalam mimpi saya. Kami menaiki anak tangga ke sebelah atas masjid. Sayup kejauhan saya melihat bangunan teguh berwarna hitam. Kami berjalan beriringan. Ikhwah berjalan di hadapan,kami menuruti di bahagian belakang. Langkah dipercepatkan sedikit. Alhamdulillah,akhirnya kami berdiri betul-betul di hadapan Kaabah. Subhanallah. Saya menangis.tidak dapat mengawal perasaan saya tika itu. Ustaz Firdaus yang lengkap berpakaian ihram mengepalai bacaan doa.

“ Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. padaNya kekeuasaan,padaNya kepujian,padaNya segala-galanya.”

Usai doa,saya mengambil tempat di ruangan masjid dan solat tahiyyatul masjid di situ. Usai solat,saya duduk bertafakur. Air mata saya bergenang lagi.menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan. Kaabah tersergam megah di hadapan saya. Bahang kepanasan yang dianggarkan mencecah 42 darjah celcius tidak mematahkan semangat saya ketika itu. Seleps itu,Kak Noni mencuit bahu saya dan mengajak kami seramai 10 orang akhawat bersiap-siap untuk melaksanakan umrah. Berkali-kali saya dia mengingatkan kami tentang pantang larng ketika berihram.

Saya memaut lengan Kak Nisah,satu-satunya wakil madam di kalangan kami. Kami mencari posisi yang sesuai untuk memulakan tawaf. Dalam hati,masing-masing berdoa supaya dipermudahkan urusan tawaf kami. Di kiri kanan,saya kerap kali dirempuh oleh orang-orang kulit hitam yang berbadan besar. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Namun,cepat-cepat saya beristighfar panjang. Semuanya saya serahkan kepadaNya. Kami mencari-cari hajarul aswad sebagai penanda tempat permulaan tawaf kami. Dengan nama Allah,kami memulakan tawaf. Matahari terus tegak berada di atas kepala kami,memancarkan cahaya dan bahang kepanasan yang membahang. Lautan manusia yang memakai ihram putih dilihat semakin bertambah dari saat ke saat. Masjidil Haram banjir lagi! Banjir dengan jutaan manusia !

Sepanjang tawaf,air mata tidak putus-putus keluar,membasahi pipi ini.Tidak tahu kenapa Allah memberi kelebihan ini sedangkan di tanah air dan di Mesir ini hati ini begitu keras umpama batu.Ya Allah,tatkla itu,saya sedar betapa kerdilnya diri ini di sisiMu.betapa banyak dosa-dosa yang telah kulakukan.Perasaan sedih dan pilu menyelubungi diri tatkala itu.sambil berzikir,memuji kebesaranNya,mata tidak putus-putus memandang Kaabah yang begitu a’zim pada pandangan.subhanallah.hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah menjadikan bumi dan segala jenis isinya.Perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama ialah penetuan orang pertama yang membinanya.menurut riwayat abu Al Walid Al-Azraqi rahimahullah di dalam kitabnya Akhbar Makkah : Kaab al-Akhbar telah berkata : Kaabah adalah buih yang terapung di atas air selama 40 tahun sebelum Allah menjadikan langit dan bumi dan darinya dihamparkan kejadian bumi . 1 Menurut sejarah,binaan Kaabah terdiri daripada binaan Malaikat( para malaikat akan bertawaf mengelilinginya di Bait Ma’mur),binaan Nabi Adam dan binaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagaimana firman Allah :

“ dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail seraya berdoa : Wahai tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami),sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” 2

(Al-Baqarah :127)

Selesai 7 kali pusingan,kami berundur ke belakang dan solat di belakang Maqam Ibrahim,tempat disunatkan untuk solat. Alhamdulillah,Allah memberi kelapangan kepada kami untuk solat di situ. Bahang kepanasan kian terasa. Anehnya,saat saya sujud,terasa lantai marmar begitu sejuk sekali. Subhanallah!Saya sujud lama-lama di situ.

Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada suatu negeripun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong-pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemu-dian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir – di luar Madinah – lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik.” (Riwayat Muslim)

Jam menunjukkan jam 3 petang. Sejam lagi untuk waktu asar. Kami meneruskan rukun umrah yang ketiga iatu saie . Kali ini kumpulan kami telah berpecah. Saya bersama 2 orang ustazah meneruskan rukun umrah kami. MasyaAllah,orang ramai makin berasak-asak di kawasan Mas’a. Jarak antara Safa dan Marwa sebanyak 50 meter terasa begitu jauh sekali. Walaupun diteduhi bumbung ber’aicond’ dan kipas angin yang dipasang di setiap penjuru tiang tidak memberikan sepenuh keselesaan kepada kami ketika itu. Seolah-olah kami sudah kehabisan tenaga untuk meneruskan rukun tersebut.namun saya cepat-cepat beristighfar,mengingati kembali kisah Hajar alaihisallam yang berpenat lelah mencari air untuk puteranya,Nabi Ismail a.s. sambil berjalan,saya membaca al-Quran.alhamdulillah,pada sai’e yang terakhir,saya berjaya menghabiskan bacaan Al-quran sebanyak 10 muka surat.

Selepas sa’ie,kami bertahallul.maka selesailah umrah pertama kami pada petang itu.serentak itu,kedengaran azan Asar berkumandang.kami segera mencari tempat untuk solat.

UMRAH RAMADHAN

Umrah di bulan mulia,Ramadhan Al-Mubarak merupakan satu pengalaman ibadah yang paling berharga seumur hidup saya.Belum pernah saya rasakan nikmat ketenangan dan kemanisan ibadah yang sebenar melainkan di dua kota haramain,Makkah Al-Mukarrmah dan Madinah Al-Munawarah.

Rutin harian saya sepanjang 10 malam terakhir di sini amat padat. Seawal jam 5 pagi,selepas bersahur di hotel penginapan,kami bergegas ke AL-Haram untuk menunaikan solat subuh. Selepas solat,kami pulang semula ke hotel untuk bersiap-siap ke Tan’im untuk berniat ihram di sana. Perjalanan ke Tan’im dari Sulaymaniyah,tempat kami tinggal mengambil masa kira-kira 45 minit menaiki teksi atau microbus. Teksi di sini semuanya canggih-canggih .Bayangkan tiap-tiap hari anda berulang alik dari masjid Haram ke hotel menaiki Mercedes Benz putih! Alhamdulillah,syukur pada nikmatNya!

Di masjid Tan’iem atau lebih dikenali sebagai Masjid Saiditina Aisyah oleh penduduk tempatan,kami solat sunat ihram dua rakaat dan niat ihram di sini. Kawasan perkarangan masjid memang bersih dan tersusun . landskap masjid seolah-olah menyerupai masjid-masjid di tanah air. Setelah selesai semua urusan,kami ditemani musyrif bersiap-sedia menaiki mikrobus untuk ke masjid Al-Haram . Tambang yang dikenakan tidak mahal,antara 2 riyal atau 3 riyal sahaja untuk seorang.Dalam perjalanan ke masjid,mulut tidak berhenti dari menyebut ucapan talbiah.

“labbaikallahumma labbaik..”

Sampai di perkarangan masjid,kami berjalan menghampiri Babusalam ditemani musyrif.

Rukun umrah diteruskan dengan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan. Manusia sentiasa bersesak-sesak memenuhi masjidil haram,susah untuk menjangka waktu yang sedikit bilangan jemaah di sini. Setiap waktu,setiap saat,setiap detik,Masjidil haram sentiasa banjir dengan limpahan manusia yang dating dari pelbagai Negara untuk menjadi tetamu di rumah Allah.

Kami biasanya memulakan tawaf jam 7 pagi. Matahari kian memancar tetapi tidaklah terlalu bahang rasanya. Kawasan di sekitar Kaabah masih teduh. Burung-burung bebas terbang riang di angkasa. Kelihatan Para pekerja di Masjidil Haram tekun menjalankan kerja mereka seperti menyapu lantai,menyusun Al-Quran,mengisi air zamzam ke dalam tong yang disediakan.walaupun kerja mereka nampak remeh,namun insyaAllah ganjaran yang besar bakal diperoleh. Malah,boleh dikatakan,darjat mereka lebih tinggi daripada doctor,engineer,manager kerana mereka mengabdikan diri mereka untuk bekerja di rumah Allah!Masya Allah. Saya juga memasang niat untuk bekerja sebagai doctor di sini suatu hari nanti.insyaAllah.

Usai tawaf kira-kira jam 7.45pagi. kami berundur sikit ke belakang dan solat di Multazam,tempat di antara hajarulaswad dan pintu emas Kaabah. walaupun nampak sukar kerana tempat tersebut merupakan laluan bagi para jemaah untuk bertawaf,tapi saya berusaha juga untuk solat di situ dan berdoa sebanyak-banyaknya di situ.

Sebelum memulakan sai’e,saya dan rakan-rakan akan berehat sebentar di anjung masjid,betul-betul menghadap Kaabah dan kami akan membaca Al-Quran di situ.target untuk habiskan 30 juzuk al-Quran selama 10 hari terakhir Ramadhan perlu dilaksanakan. Kami berdoa pada Yang Esa supaya memudahkan urusan ibadah kami di sini. Sambil merenung Kaabah,tangan ditadah berdo memohon keampunan dariNya dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

bersambung..

Jaulah Haramain 09/1430 H

Jaulah Haramain 09..

Alhamdulillah,12 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430H,saya telah berangkat ke Tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah Ramadhan.Atas permintaan sahabat untuk saya merakamkan perjalanan dan pengalaman saya di sana,maka dengan rasa rendah diri,saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan saya di sana. Moga sama-sama dapat mengambil beberapa pengajaran dan iktibar padanya.

Allah sehebat-hebat Perancang

Suatu petang,ketika leka menelaah subjek Mikrobiologi,saya mendapat mesej daripada sahabat baik saya,Dalili. Mesej yang berkisar tentang butiran mengenai umrah musim panas begitu menarik hati saya untuk mengetahuinya secara lanjut.Mesej itu saya baca berulang-ulang kali dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menelefon Dalili sendiri untuk mendapatkan butiran lanjut. Beliau mencadangkan supaya saya berurusan sendiri dengan Ustaz Farhan,ustaz yang bertanggungjawab menguruskan umrah pada kali ini. Saya begitu berminat dengan pakej umrah yang ditawarkan-penginapan,makanan dan pengangkutan semuanya lengkap dalam satu pakej sahaja. Setelah mendapat kebenaran daripada ummi dan ayah,akhirnya saya mendaftarkan diri di bawah pakej umrah yang bekerjasama dengan syarikat dari Malaysia;Travel Kop and Tours. Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya merupakan orang terakhir yang mendaftar untuk umrah kali ini. Subhanallah! Sungguh saya tidak sangka begitu cepat dan mudah Allah lorongkan jalan ini untuk saya.

Aturan Allah itu Maha Hebat. Saya sendiri tidak merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Hajat di hati,saya merancang untuk mengerjakan umrah pada 2012 nanti,bersama-sama keluarga tercinta. Namun,lain yang dirancang,lain pula jadinya. Alhamdulillah,perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Allahu Akbar!

Segala jenis dokumen seperti salinan surat beranak ayah,salinan kad pengenalan ayah dan salinan visa dan passport termasuk duit berjumlah 1000USD saya serahkan kepada Ustaz Farhan. Dalam hati saya berdoa supaya Allah mudahkan semua urusan sebelum berangkat ke sana. “Doc dah Tanya ayah umi betul-betul dah?”,Tanya Ustaz Farhan atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Along. “sudah,Alhamdulillah”,jawab saya. Beliau begitu bertanggungjawab terhadap anak buahnya. Setiap masalah yang timbul,beliau akan cepat-cepat menyelesaikannya dengan penuh diplomasi. Ini menyebabkan saya senang berurusan dengan ustaz dan isteri beliau,Ustazah Natrah.

Ujian bertandang

Hari ini 1 Ogos 2009. Sudah sebulan saya mendaftarkan diri sebagai jemaah umrah di bawah seliaan Ustaz Along. Saya telah dimaklumkan untuk mengikuti trip kedua yang dijangka berangkat pada 21 Ogos nanti. Sepanjang tempoh itu,saya gunakan masa saya dengan menghadiri kelas-kelas tafakkuh di rumah-rumah negeri,talaki Al-quran,mengikuti kelas bahasa arab dan kelas Faraid sebagai persiapan untuk masa hadapan. Saya juga banyak belajar mengenai panduan mengerjakan umrah bersama ustazah dan sempat hafal beberapa potong doa dan ayat Quran sebagai persiapan untuk ke sana. Seminggu sebelum 21 Ogos,ustaz Along menelefon saya dan mengatakan bahawa umrah untuk trip kedua terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Saya terkejut sedikit dengan kenyataan ustaz. Bayangkan perasaan saya ketika itu bercampur baur-resah,gelisah,panic,pasrah. Saya sendiri tidak dapat tafsirkan perasaan saya di saat genting tersebut. Tambahan pula,saya mendengar ura-ura mengatakan bahawa kemungkinan kami tidak dibenarkan untuk keluar dari Mesir berikutan wabak H1N1 yang hebat mejadi pandemic pada waktu itu.

Saya terus berdoa dan berdoa kepadaNya,memohon supaya Allah permudahkan urusan kami semua.

Saya juga mendapat berita bahawa rakan-rakan ikhwah perubatan yang memohon visa umrah tidak dapat berbuat demikian. Ya Allah,air mata saya berlinangan! Parah juga melihatkan keadaan saya ketika itu. Mujurlah ada sahabat yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan peransang kepada saya supaya bangkit kembali. “Allah sayangkan tin,sebab tu Dia uji lebih sket..sabarlah,ada rezeki tak ke mana tu..”,pujuk sahabat saya,Kak Za.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Suatu malam,selepas habis mengikuti kelas Syeikh Nuruddin di Rumah Kedah,saya mendapat panggilan daripada Ustaz along. Hati saya berdebar-debar saat punat ‘call’ ditekan. “Ni..ustaz nak bagitau kamu,alhamdulillah,visa dah siap.kita akan berangkat pada 12 September,jam 1 pagi dengan Saudi flight”,terang ustaz dengan panjang lebar. “Alhamdulillah!”,saya sedikit berteriak. Air mata turun mencurah-curah. Air mata kegembiraan.Allah telah kabulkan permintaan saya. 12/9? Subhanallah,malam pertama untuk 10 malam terakhir Ramadhan,saya akan berangkat ke sana. Alhamdulillah! Allah Akbar! Malam itu,puji-pujian kepadaNya tidak putus-putus keluar dari lidah saya.

Umrah Ramadhan

Penerbangan dari Mesir ke Arab Saudi mengambil masa selama 2 jam setengah. Jam menunjukkan kira-kira jam 1.45 pagi sewaktu kami melintasi Miqat, tempat untuk niat ihram. “to all pilgrimage, this is Miqat,we’re going to slow down a little bit”,begitulah butiran yang diperkatakan oleh kapten melalui corong suara. Saya cepat-cepat memasang niat untuk umrah ramadhan kali ini. Segala amalan sunat ihram seperti mandi sunat ihram,memotong kuku telah saya laksanakan sebelum menaiki pesawat Saudi Arabia. Di kiri kanan saya,kedengaran laungan talbiah dilaungkan berulang-ulang kali.Hati saya sayu.Air mata jatuh lagi!

“labbaikallahumma labbaik..labbaikala syarikala kalabbaik..”saya melafazkan dengan tenang di dalam hati. Sambil itu,buku kecil “Umrah dan Haji” yang dihadiahkan oleh ustaz along kepada 20 orang jemaah sewaktu kursus Haji di Rumah Selangor baru-baru ini saya tatap dan hafal beberapa perkara yang diharamkan ketika berihram. Ada 7 pantang larang semuanya. Entah kenapa,tiba-tiba saya jadi risau.risau kalau-kalau saya tidak dapat mempersembahkan ibadah yang terbaik di sana nanti. Lintasan perasaan ini selalu menghantui saya. Ya Allah,engkau permudahkan segala urusanku di sana nanti.Tunjukkan jalan terbaik untukku dan sahabat-sahabat di sana. Tidak disangka saya tewas dengan air mata. Dibiarkan terus mengalir umpama hujan yang turun mencurah-curah. Wanita Arab di sebelah saya berdehem berulang kali,mengingatkan saya barangkali agar tidak terlalu mengikut perasaan. Serentak itu,seorang pramugari menghulurkan tisu kepada saya. “wipe your tears hon! I pray that u’ll perform the best ibadah there”,bisik pramugari kepada saya. Saya mengangguk lemah dan melemparkan seulas senyuman kepadanya dan berkata “I’ll pray for your kindness,insyaAllah”. Sungguh Ya Allah,hanya Engkau sahaja yang mengetahui perasaanku tika itu. Hati saya berdebar-debar saat mendarat di KAAIA(King Abd Aziz International Airport). Hati tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Kekasih yang paling saya rindu dan cintai. Allahu Akbar!

Proses imigresen di sini tidak mengambil masa yang lama. Akhawat dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada lima orang untuk setiap kumpulan. Setiap group diwakili oleh seorang mahram. Group saya diwakili oleh Ustaz Firdaus atau ustaz Alang. Selepas solat Subuh di perkarangan airport,kami melepasi imigresen dengan mudah sekali.seolah-olah ada tangan ghaib yang menolong kami saat itu. Alhamdulillah saya panjatkan padaNya.

Kota Mekah menyambut kami

Perjalanan ke Kota Mekah mengambil masa selama 2 jam. Dalam perjalanan,kami tidak banyak bercakap.masing-masing telah diingatkan untuk melazimi zikir dan perbanyakkan doa di tanah haram ini. Kami diberi sedikit taklimat oleh ketua rombongan,Ustaz Majdi.

Di luar jendela,debu-debu sahara seolah-olah melambai ‘ahlan wasahlan’ kepada kami.struktur bangunan tidak banyak berbeza daripada Mesir. Cuma,di sini,bangunan-bangunan didirikan dalam keadaan tersusun dan terancang.

Sebaik sampai di hotel penginapan,saya mencuri sedikit masa untuk tidur sekejap sementara menantikan waktu Zuhur. Sisa-sisa kepenatan masih terasa. Kak Noni,selaku super senior mengingatkan adik-adiknya tentang pantang larang dalam ihram.saya hampir terlupa,kami masih di dalam ihram !

15 minit sebelum azan Zuhur berkumandang,kami bergerak beramai-ramai ke Masjidil Haram. Bahang kepanasan kian terasa,apatah lagi di bulan puasa. Hotel penginapan kami pula terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki dan melalui jalan yang berbukit untuk ke Masjidil Haram. Al-Hujun atau dikenali sebagai Sulamiyah merupakan master code tempat kami tinggal. Betul-betul bersebelahan hotel kami terdapat Perkuburan Ma’la dan tempat tersemadinya makam Saiditina Khadijah,isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Subhanallah ! setiap hari dan setiap ketika kami akan melalui kawasan perkuburan ini,teringat kematian yang pasti akan berlaku pada bila-bila masa,tidak kira di mana kita berada..Ya Allah,matikan aku dalam iman dan redhaMu..

Langkahan menjadi kecil tatkala melihat Masjidil Haram tersergam indah di hadapan kami. Subhanallah! Syukur padaMu. MIMPI sudah jadi PASTI.Dengan nama Allah,saya melangkah ke dalam Masjidil Haram selepas melalui Bab Salam (pintu yang disunatkan masuk bagi yang ingin mengerjakan umrah).

“ kami sering melihat engkau wahai Muhammad mengangkat mukamu ke langit,maka sungguh kami akan memalingkan kamu kea rah kiblat yang engkau sukai. Palinglah mukamu kea rah masjidil haram” (Al Baqarah :144)

nantikan kisah selanjutnya..

A day to start off..MAHAR BPI KAHERAH

its so hectic life! it is true. no one doubt about it. and so do I.

Today, i attend an islamic class which is held in Imarah 11, Sayeda Zenab. it was started at 9.30am until 11.30am. there was so many medical students who attend that class. i like it names ya- Madrasah Aisyah Humaira or we just call it MAHAR. it’s symbolize about the women who are willing to achieve something until we reach at the top, i mean we,the woman has our rights ya!

maharfinish

MADRASAH AISYAH HUMAIRA (MAHAR)

BIRO PEMBANGUNAN INSAN,PERUBATAN KAHERAH

Every Saturday, 9 am

venue: Imarah 11 & Munira

Books : Phase 1 (oktober to November) = Al-Ihatoh (its all about fiqh mar’ah-ibadat and muamalat)

Phase 2 = Fatwa wa ahkam lil mar’atil muslimah (syeikh Atiyyah Saqor)

I SEE, I DO, I TEACH

wait!MATTE!!

+ MAHAR’s outdoor activity = in collaboration with Mentor Council,BPI Kaherah

+ MAHAR’s sweet cuisine activity

+ MAHAR’s team = we need more students who can write and express their feeling through writing and bonus for that,we’ll publish it as a book .

+ MAHAR’s Forum = discussing about women in islam,ONG discussion

and so many more..

As the director of this programme, i do hope that everybody will enjoy this class and i do hope that we’ll gain a lot of knowledge together and foster our bond only in MAHAR..

* muslimah hari ini perlu terkedepan seiring dengan kaum Adam

*muslimah perlu menjadi sayap kiri perjuangan kaum Adam

* pemantapan muslimah dari segi IQ,EQ,SQ

*melahirkan doktor Muslimah yang versatile

*melahirkan ‘niche’ Muslimah doktor produk Mesir

* memupuk nilai dan semangat cintakan ilmu

I SEE = saya melihat dan cuba mentafsir juga cuba menilai yang mana baik dan buruk

I DO = saya mengamalkan apa yang saya tafsir. saya ingat baik-baik “ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah”

I TEACH= saya ajarkan pada sahabat saya kerna saya tahu ilmu itu perlu mengalir kepada setiap orang dan setiap orang perlu menerima ilmu sebagai amanah dan hak dari Allah swt

SUBHANALLAH!!

jom kita ramai-ramai tafsirkan maksud di sebalik I SEE, I DO, I TEACH

Harapan semoga MAHAR PERUBATAN dapat berjalan dengan lancar dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

sebarang cadangan dan komen tentang MAHAR,boleh emel dan YMterus pada saya: raudhahsakinah_88@yahoo.com

Post Navigation