..InsPiRasi HuMaiRa..

dalam ketegasanmu terselit kelembutan..dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan..jerit perihmu menuju puncak kegemilangan..kau..syaukah istimewa..dipagari sinar nur islami..

Archive for the category “Ophthalmology posting”

Exam Fever

Salam aleik

Selamat pagi semua!

Mulakan hari anda dengan senyuman ..a big grin smile? Ehe..

Reminder:

Ahad 27 Jun =

E.N.T (Ear,Nose,Throat)/Otorhinolaryngology Final Year Examination

Rabu 30 Jun =

Oral/Viva ENT Final Exam

Sabtu 3 Julai =

Oral/Viva Ophthalmology (mata) Final Exam

Isnin 5 Julai =

Oral/viva Forensic and Toxicology Final Exam

Rabu 7 Julai =

Oral /Viva Public Health and Community Medicine Final Exam

Final Year Examination of 4th year Malaysia medical student,Cairo University officially ended on 7th July 2010 .

Ahad 11 Julai = Fly to Malaysia with Egyptair (insyaAllah..doa semoga dipermudahkan urusan)

Nota 1 : menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada untuk berhempas pulas study,revise,memorize everything about ENT..huhu ..I love ENT! Can I say that?hehe

Nota 2 : tak sabar nak balik Malaysia..nak jumpa yang tersayang..=)

Nota 3 : Doakan agar segala urusan dipermudah olehNya!Amin..

Exhausted!

penat!!

itulah ungkapan yang paling sesuai dengan keadaan saya sekarang.

saya pun tak pasti kenapa saya mudah letih dan cepat penat sejak akhir-akhir ini. adakah kerana suhu dan cuaca yang panas di sini menyebabkan badan saya mudah letih?

saya perasan juga,tiap kali pulang dari kuliah,badan saya jadi letih yang amat,akibatnya tidur la terapi terbaik waktu itu. tapi kadang-kadang saya terlajak tidur sampai asar.dekat 4 jam tidur di kala siang hari!! guess what?bila bangun,saya berasa berganda-ganda penat!! itu la,sebelum ini saya jarang tidur siang,tapi sejak perubahan musim ini,menjadi-jadi pula tidur di waktu siang itu. Allah,saya tak tahu apa yang saya patut lakukan sekarang.

sleep cycle pun dah berubah 360 degree. sekarang ni,saya sudah terbiasa pulak study di awal pagi.jam 11 malam saya akan mula study sampai la ke Subuh. lepas Subuh,saya akan sambung study sampai la jam 7 pagi,then saya akan bersiap-siap untuk ke kuliah pula.

agaknya sebab saya ‘stay up’ kot,badan saya penat dan mengantuk sangat after kuliah tu. that’s why,sampai terbabas tidur 4 jam di siang hari tu!huhu

i think i wanna change my habit~tidur macam orang normal.hehe

any suggestion to overcome my problem??

this is my daily routine till now.seriously,i wanna have a normal routine life!mencari-cari fitrah semulajadi manusia..

9.30pm-10.30pm=sleep(or if mengantuk sangat,i’ll sleep after Maghrib then bangun jam 10pm-almost 3 hours)

11pm-4am=study

4.30am=subuh

5am-7am=study

8am-1 pm= at university

2pm-4 pm =sleep

4.30pm=asar

lepas Asar,makin mengantuk..huhu

*musim panas di sini=siang lebih panjang berbanding malam. siang pula panas,so tak boleh study dengan aman(hehe..banyak alasan pulak dia..)that’s why saya stay up every night.

please..anybody help me to counter my prob ni!!

nota  1 : 1 jun 2010 = Clinical Ophthalmology End-posting exam (Ya Allah!cuaknya)
in this exam,saya kene check dan perform examination on 5 orang pesakit bergantung pada soalan yang diberikan. example:examine left cornea. style exam ni dipanggil ‘spot diagnosis’.then,i’ll ask about slide examination dan last station is oral exam(like viva exam) by 2 doctors..haha..cuaknya!!!

note 2 : This Tuesday,i’ll have ‘shock exam’!!

to all my dear friends,tolong doakan saya dan kawan-kawan ye supaya segala urusan dipermudah olehNya!

catatan oftal~

semalam merupakan hari yang amat memenatkan..

“boleh ke saya bertahan dengan kehidupan sebegini untuk jangka panjang?”,saya menyoal hati saya.

“fatin,be strong!!!”,bisik hati saya. agaknya ‘hati’ ni pun dah tak tahan dengan sikap saya yang suka menyoalnya bukan-bukan. ha ha.

nak dengar cerita semalam? haii,dekat-dekat nak exam,makin rancak la nampaknya saya menjalankan aktiviti ‘update’ blog ni. bukannya apa,sekadar nak mengurangkan tahap ‘stress’ dan ‘tension’ study,sebab tu la saya selalu update blog ni. hehe. tapi,saya tak de la stress sangat pun. hehe. berkat doa umi ayah,adik-adik,kawan-kawan,insyaAllah hati saya jadi makin tenang untuk menghadapi ‘medan pertempuran’ nanti.

kisah semalam(Khamis)

seperti biasa,saya memulakan langkah ke kuliah tepat jam 7.30 pagi. hehe. saya suka keluar awal sebab nak hirup udara segar(takde la segar sangat pun kat Cairo ni) dan nak rasa angin sejuk pagi-pagi. maklumlah,sekarang ni dah masuk musim panas,jadi bila waktu dah menjangkau ke pukul 12 tengahari,Allah,dasyatnya panas kat sini.

saya memilih jalan yang tak biasa saya lalu. biasalah sebab nak ‘adventure’ lebih kan. jalan yang saya lalui ni amat sunyi sedikit berbanding jalan biasa yang saya lalu. adik-adik,jangan tiru aksi ini! ini sebab dah terlampau ‘boring’ sangat lalu jalan yang sama kot.he he. saya singgah sebentar di kedai Batol,kedai fotostat ‘favourite’ saya sebab pak cik kat sini baik dan saya tak perlu bergaduh dengannya setiap kali fotostat kat sini. bagus betul pakcik layan pelanggan! (beware:most Egyptian suka gaduh-gaduh,that’s why sy terikut sikit-sikit dengan perangai mereka ni.ye la,kalau tak tiru cara diorang sket,akibatnya kita sentiasa la ditindas oleh mereka..sket-sket takpe,berpada-pada lah ye)

jam 8 pagi,saya sampai ke kelas. Ya Allah,waktu mula-mula masuk ke kelas,saya tengok kerusi semuanya tunggang langgang. saya pun apa lagi,mula la susun kerusi tu elok-elok.tapi tak semua la susun,jenuh nak menyusun kerusi yang bertimbun tu! saya buka buku. baca tajuk Lacrimal system. seronok sangat belajar mata ni,walaupun saya akui,posting mata merupakan posting yang amat sukar ,bukan sahaja dari segi silbusnya sendiri yang banyak,tetapi juga dari segi sistem pelaksaan Oftalmologi department yang membuantkan kami banyak ‘survive’ sendiri dan belajar secara ‘self-learning’.huhu..sabar je la ye!

jam 9 pagi,Dr Suri membawa seorang pesakit wanita untuk kami. kali ini Husaini dan Ehmad yang mengambil ‘history’ patient tersebut. saya tengok cara mereka ambil ‘history’.hehe..jangan marah Ehmad dan Husaini. wah,anda berdua dah macam doktor gayanya!tahniah!(baca:jeles-jeles). Dr Waeel masuk dan bersedia untuk mengajar kami clinical skill. yang peliknya,patient tadi sudah tiada,hilang kelibatnya. akibatnya,Dr Waeel mengajak kami semua ‘beramah mesra’ dengan pesakit di ward mata yang terletak di sebelah kelas kami. tapi,bayangkan saja lah,kami berjumlah dekat 40 orang,menyerbu satu katil patient! ramai kan? konsepnya,siapa cepat,dia dapat! saya tak ketinggalan berdiri di sebelah Dr supaya senang tengok Dr melakukan examination pada pesakit. alhamdulillah juga kerana pesakit yang Dr Waeel examine tu,semuanya telah saya dan Alia ‘examine’ semalam. kes yang saya tengok semalam ialah Rubbing lashes dan pseudophakia with keratoplasty on right eye.

lepas itu,kami bergerak ke dewan kuliah. kami belajar bab Ocular Trauma. hehe.seronok sangat,sebab dapat doktor yang best. masuk ke dewan kuliah tanpa sebarang buku,nota,laptop,LCD di tangan. cukup dengan marker pen merah dan biru,beliau dengan lancar dan yakin mengajar kami melalui lukisan mata yang dilukisnya. wah,teruja dengan beliau!

sebaik kelas tamat,saya meneruskan perjalanan ke surau universiti. cadangnya saya ingin singgah di library universiti,tapi tetiba pula saya dihalau,sebab saya masuk dengan beg sekali.hehe.silap saya juga,sudah tahu peraturannya macam tu,tapi saya degil,bawa juga beg tu masuk ke dalam library,habisnya saya dihalau oleh makcik-makcik di situ. haha.

akhirnya saya ke surau universiti. di situ,orang masih tidak ramai. mata saya pun sudah mengantuk. saya tidur sekejap. tidur Qailulah. jam 12.30 tengahari,saya bangun. basuh muka dan terus ‘call’ sahabat baik saya,Azlin. sebenarnya kami berjanji untuk menghadiri ‘case discussion’ di dewan kuliah 6 hari ini yang bermula pada jam 1 tengahari(waktu Zohor di sini)

jam 12.50,saya melangkah(baca:dengan bersemangat) ke dewan kuliah. saya tengok ramai kawan-kawan arab sedang tekun menelaah sebelum menantikan kehadiran doktor. saya dan Azlin memilih tempat duduk yang bertentangan dengan doktor. senang sikit kami nak bertanya soalan(kalau ada..hehe).

jam 2.15 petang,kelas tamat. saya dan Azlin bersiap-siap untuk pulang. sebelum itu,kami sempat singgah di ward mata,berjumpa dengan patient yang amat baik iaitu Madam Zainab.Masa mula-mula kenal dengan dia,dia selalu cakap bahawa saya ada aura untuk jadi pakar ONG yang terkenal suatu hari nanti. saya tersenyum setiap kali mendengar kata-katanya dan dia tidak putus-putus mendoakan saya. syukran madam Zainab. semoga Allah permudahkan urusan makcik nanti!Amin3.

selepas itu,saya berjalan pulang ke rumah ditemani Azlin. namun sebelum itu,kami banyak menyinggah di beberapa buah kedai sebelum sampai di rumah. sebaik sampai di rumah,azan Azas berkumandang. selepas solat,saya rebah di tikar sembahyang! cuaca yang begitu panas hari ini membuatkan saya jadi pening dan pening kepala. ini baru ujian kecil yang Allah berikan untuk saya. bersiap sedia untuk rutin on-call waktu HO nanti!yosh!!

nota 1 : sakit mata saya kembali menyerang. ya Allah,sembuhkan mata ku!

nota 2 : lagi 3 minggu saya akan menghadapi final year exam. doakan saya!
‘study 5 hours a day’-Dr Fadzilah Kamsah

nota 3 : esok sekolah!

saya sakit mata!

Jam pukul 3 pagi.

saya terus bangkit dari tidur. Forensik dan Glaucoma terus terbayang-bayang di minda saya.  sebaik bangkit,saya rasakan kelainan pada mata kiri saya.  sakit-sakit, pedih-pedih. saya terus basuh tangan,ambil sehelai tisu dan duduk berkaca di hadapan cermin. saya pegang pen-light. saya belek kelopak mata bawah (lower eyelid) bahagian mata kiri saya, alangkah terkejutnya saya!

“Allah!”
“aku dapat conjunctivitis ni!”

hee..pandai je buat diagnosis sendiri. sebenarnya,malam sebelumnya,saya ada periksa mata junior saya yang mengalami conjunctivitis . mungkin saya kurang precaution di situ menyebabkan saya terkena jangkitan ini. mana tidaknya,elok-elok dah janji dengan diri sendiri sebelum periksa mata tu,pastikan tangan dibasuh dahulu,guna tisu yang bersih dan jangan sekali-kali letakkan jari yang telah disentuh di mata pesakit ke mata kita,tak pasal-pasal dah kene hand-to-hand infection. tapi,sebaliknya yang berlaku. tengah periksa mata junior tu,mulut saya tak henti-henti teruja menceritakan pasal conjunctivitis ni.last-last,tengah syok sangat,saya tak sedar bahawa saya telah menyentuh mata saya sendiri dengan jari yang saya periksa mata junior saya tadi. ho ho,akhirnya,terjadi lah jangkitan mudah kat mata saya. tu la,excited punye pasal,ehem,al-maklumlah,kan saya berada dalam posting oftal sekarang!

apa saya buat lepas tu? saya titiskan eye drop (sterile ophthalmic solution for fresh eye) ke dalam kedua-dua belah mata saya.wah,rasa lega sedikit. saya pun meneruskan ‘pengembaraan’ saya dalam subjek forensik dan tenggelam bersama glaucoma pagi itu.

jam 5 pagi. pagi subuh yang hening,saya rasakan kepala saya kembali berdenyut. kalau sujud,mesti rasa sakit yang amat. takkan kene frontal sinusistis pulak kot. lepas tu kesakitan itu merebak di sekeliling mata kiri saya. saya periksa kembali mata saya. ada lendir putih melekat di sekitar bulbar conjunctiva dan lower eyelid. dah sah saya kene mucopurulent conjunctivitis! sedihnya masa tu. dah la sebelum tu,saya berazam mahu jumpa pesakit hari ini. lagi pulak,saya ada meeting dengan Fiza,Dihah dan Nadiah berkenaan projek medical team PERUBATAN. akhirnya,kedua-dua agenda terpaksa dibatalkan saat-saat akhir. saya minta maaf banyak -banyak buat Fiza,Dihah dan Nadiah kerana terpaksa membatalkan untuk saat-saat akhir.

saya sambung kembali study. lampu meja saya biarkan terpasang. hairannya,tiba-tiba saya rasa silau yang amat dengan cahaya lampu tu. panik juga seketika. saya pujuk hati. takpe,photophobia adalah salah satu simptom conjunctivitis! kepala saya masih lagi berdenyut.akhirnya saya ambil keputusan untuk tidur sebentar.

Jam 9 pagi.

“Allah!”

saya cepat-cepat bersiap untuk ke kuliah. hari ini doktor akan mengajar tajuk Uveal. mata saya masih lagi merah,tapi tak de la merah sangat macam darah. saya gagahkan diri untuk ke kuliah. sampai di kelas,saya bagi ‘warning’ awal -awal kat kawan-kawan bahawa saya kene conjunctivitis ni. hehe..kesian plak kat mereka. saya pun duduk jauh-jauh dengan mereka. bukan apa,risau berjangkit. sepanjang kelas berlangsung,alhamdulillah,saya boleh memberikan tumpuan kepada apa yang doktor ajar,walaupun bukan 100%,tapi Alhamdulillah,saya dapat memahami apa yang disampaikan.

lepas kuliah,saya terus berkejar ke farmasi. Alia temankan. jumpa doktor di farmasi. terus dia ‘prescribe’ ubat namanya Tobramycin-eye drops. syukran doktor. sampai rumah,saya terus titiskan dua titik ke dalam kedua-dua mata saya. alhamdulillah,segar rasanya!

2 titik setiap 4 jam,jaga hygiene,makan buah banyak-banyak,kasi imuniti up sket,minum air masak banyak-banyak. bila masuk musim panas,ramai la orang yang kene conjinctivits ni termasuklah saya. haih,nasib badan..hehe

fakta tentang conjunctivitis(maaf,saya terpaksa copy paste dari cik wikipedia,mata saya dah berdenyut-denyut kembali,jadi,saya mahu rehat)

ini bukan mata saya,tetapi sign yang ditunjukkan lebih kurang seperti gambar ini

Conjunctivitis (commonly called “Madras eye”) is an acute inflammation of the conjunctiva  (the outermost layer of the eye and the inner surface of the eyelids), most commonly due to an allergic reaction or an infection  (usually viral, but sometimes bacterial).
Bacterial conjunctivitis

Bacterial conjunctivitis due to the common pyogenic (pus-producing) bacteria causes marked grittiness/irritation and a stringy, opaque, grey or yellowish mucopurulent discharge (mucus, gowl, goop, gunk, googies, eye crust, or other regional names, officially known as ‘gound’) that may cause the lids to stick together (matting), especially after sleeping. Another symptom that could be caused by bacterial conjunctivitis is severe crusting of the infected eye and the surrounding skin. However discharge is not essential to the diagnosis, contrary to popular belief. Bacteria such as Chlamydia trachomatis or Moraxella can cause a non-exudative but persistent conjunctivitis without much redness. The gritty and/or scratchy feeling is sometimes localized enough for patients to insist they must have a foreign body in the eye. The more acute pyogenic infections can be painful. Like viral conjunctivitis, it usually affects only one eye but may spread easily to the other eye. However, it is dormant in the eye for three days before the patient shows signs of symptoms.

Pyogenic bacterial conjunctivitis shows an opaque purulent discharge, a very red eye, and on bio microscopy there are numerous white cells and desquamated epithelial cells seen in the tear duct along the lid margin. The tarsal conjunctiva is a velvety red and not particularly follicular. Non-pyogenic infections can show just mild infection and be difficult to diagnose. Scarring of the tarsal conjunctiva is occasionally seen in chronic infections, especially in trachoma.

note 1 : saya berdoa agar target saya untuk minggu ini tercapai! doakan moga saya cepat sembuh..aminn

note 2 : petang tadi sempat merewang ‘window shopping’ di Manial bersama Lin,Alia dan Nadi. nanti la saya cerita di lain entry. hee,tengah sakit mata,boleh lagi merewang ni!adoii la..hehe

Ophthalmology overview

salam aleik

dapat emel dari Yusri mengenai course overview of Ophthalmology

~tajuk yang saya bold tu perlu ditekankan.
~tajuk yang saya italic merupakan tajuk yang saya suka(he he)

Ophthalmology: Course Overview

1. Introduction, Anatomy and Examination Techniques (7%)
2. Eyelids (4%)
3. Lacrimal System (4%)
4. Conjunctiva (5%)
5. Cornea (5%)
6. Sclera (2%)
7. Glaucoma (7%)
8. Lens (5%)
9. Uveal Tract (5%)
10. Retina and Vitreous (7%)
11. Ocular Tumours (4%)
12. Orbit (4%)
13. Eye Injuries (4%)
14. Neurophthalmology (6%)
15. Eye and Systemic Diseases (6%)
16. Errors of Refraction (6%)
17. Strabismus (4%)
18. Ocular Pharmacology (2%)
19. Non-strabismic Pediatric Ophthalmology (5%)
20. Principles of Ophthalmic Surgery (2%)
21. Problem Solving Sessions (6%)

target yang ingin dicapai minggu ini (insya Allah)

– examine mata patient mengikut keseluruhan disiplin sekurang-kurangnya 5 orang patient
– don’t skip class(he he).even you’re sick , gagahkan diri pergi kelas ok!
-siapkan assignment- Anri-angiogenesis drug in Ophthalmology
– habiskan study forensic dan ENT (insya Allah)

soalan Ophthal hari ini

1. what are DD of red eye? what are DD of dry eyes?
2. what is DD of primary OAG?
3.what is DD of optic cupping?
4. what is DD of glaucomas?
5.what is to be done if both eyes affected together with acute attacks of CAG?

sila jawab ok!

nota 1 : hari ini amat panas..patut la..suhu 40 degree

nota 2 : countdown untuk pulang ke Malaysia..argh!tak sabarnya!!=)

Oftal yang best!

Hari ini jumpa Magda. sembang-sembang dengan Magda. banyak pula perkara yang kami bualkan,maklumlah sudah dua hari tidak bersua. Magda tidak hadir ke kelas semalam,katanya tak sihat. kesian Magda. simpati menjalar dalam diri saya. Magda menghidapi penyakit kegagalan jantung,hanya ubat-ubatan menjadi peneman setia. doakan Magda ye kawan-kawan,agar dia bisa menempuhi perit jerih kehidupannya tambahan pula dia begitu bersemangat mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor.

itulah cerita serba ringkas mengenai sahabat egyptian saya,Magda.

hari ini,seperti biasa,jam 8 pagi,saya berjalan kaki menuju ke kuliah. letak kuliah kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah saya. tak jauh sangat pun. jumpa syarfa’ di depan masjid perkarangan universiti. syarfa’ pakai baju bunga-bunga hijau hari ini. lawa sangat. s”yarfa’,nanti pergi uk,jangan lupa belikan satu untuk saya”. sempat juga saya berpesan padanya. kami jalan beriringan,sembang-sembang kosong di pagi hari,molek juga untuk ceriakan mood.

sampai di wad 16. seperti biasa,saya nampak beberapa orang nurse sedang sibuk mengemas katil pesakit. pesakit tak ramai hari ini.saya beri salam pada makcik-makcik patient,senyum saya hadiahkan pada mereka. saya akan jadikan salam dan senyum sebagai rutin wajib bagi saya untuk pesakit,insyaAllah. walau penat tak terkata,cubalah gerakkan sedikit otot orbicularis oris dan buccinator tu,dan hadiahkan senyuman yang manis untuk pesakit. kan senyum itu sedekah. pesakit yang demam tu buleh cepat sembuh akibat tak tahan ‘tergoda’ dengan senyuman doktor tadi. tapi doktor perempuan kene berhati-hati sikit la bila nak senyum kat patient lelaki ye. apa-apa pun,sifirnya, be professional dalam menjalankan tugas.

sampai di kelas,terus buka buku. cadangnya mahu bersembang lagi dengan makcik patient,tapi saya batalkan hasrat saya tu kerana mereka nampak kepenatan dan keletihan,maklumlah orang sakit,takkan kita nak ‘treat; mereka macam orang sihat pula. berpada-pada lah sedikit cik fatin oii. ok,saya pasakkan dalam hati saya,hari ini tak nak cakap banyak. he he.boleh ke bertahan ni? saya ni kalau jumpa dengan orang,mula la nak pot pet..pot pet,tapi tengok orang lah jugak. kalau dengan orang yang senyap dan pendiam,saya pun akan diam jugak,sebab nggak ada modal mau disembang!haha

saya buka buku. baca tajuk Glaucoma. Allah,memang susah untuk saya faham pasal glaucoma ini. mujurlah ada Alia yang sanggup mengajar saya dan menerangkan sedalam-dalamnya tentang tajuk ini. terima kasih Alia. Alhamdulillah,saya sudah faham tajuk glaucoma ini. saya senyum lagi.kali ini senyum lebar gitu. T_____________________T. tapi,apa-apa pun saya lagi suka tajuk retina dan neuro-ophthalmology. mungkinkah kedua-dua tajuk ini amat mencabar? saya katakan ya,sebab saya ambil masa selama 4 jam untuk memahamkan betul-betul tentang penyakit di retina serta neuro-ophthal ini. fuh,sakit mata,bengkak tangan,sakit belakang saya dibuatnya akibat penangan retina ini. hehe. ‘retina-obsesso’,gelar kawan saya. haih,tak habis-habis dengan ‘obsesso’ la cik fatin ni. hehe

penat menunggu doktor merupakan rutin wajib kami kat sini. hehe. saya faham,doktor semuanya sibuk dengan tugas masing-masing.mereka juga lagi la penat dan letih berbanding kami. kami hanyalah penat menunggu saja. itu pun alhamdulillah,menunggu sambil duduk di atas kerusi, dan di dalam kelas yang berhawa dingin. namun,biasalah manusia,mesti ada saja benda yang tidak puas hati. saya pula malas nak cakap banyak. diam itu senjata orang mukmin. buat apa bising-bising pada sistem yang memang susah untuk diubah. bak kata Abg faizal “shut your mouth and start working”. sistem di sini memang payah untuk diubah,oleh itu,kita lah yang patut berubah!tahniah buat kawan-kawan saya yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk mendengar lecture selama 2 jam sahaja!(tahniah untuk saya jugak!)walaupun penat menunggu,insyaAllah,keberkatan itu ada!

penat menunggu,akhirnya, “clinical class cancel”.begitulah pengumuman yang dibuat oleh class-REP saya,Alba. saya senyum lagi. senyum selebar ini T________________T. alia tanya kenapa. saya jawab . senyum redha. hehe. kami bergerak ke dewan kuliah. Alhamdulillah,doktor sampai awal. tabik spring kat doktor!.saya belajar Errors of refraction. macam kelas fizik pula. belajar kira-kira diopter,plus,minus..argh!!saya sudah lupa itu semua. terpisat-pisat biji mata saya melihat angka-angka untuk diopter,accomodation dan sebagainya. akhirnya kali ini saya sengih. ha ha..macam orang tak betul lagaknya. sengih sebab tak faham apa-apa pasal kia-kira itu. doktor memang ajar satu-satu. agaknya otak saya dah ‘jam’ kot bab-bab kira-kira ni,al-maklumlah dah lama tinggalkan bab-bab kira-kira ni. 10+1= ni pun rasanya nak kira guna kalkulator!segan pulak kat adik saya,Fawwaz yang darjah 4 tu!!

lepas kelas,jumpa Magda! cakap arab dan english,terbelit lidah nak sebut. bayangkan cakap campur-campur english dan arab,memang la lidah akan terbelit-belit,tak caya,cuba try. dah la waktu tengah sembang dengan Magda,saya juga sembang dengan Alia,so,bayangkan nak cakap 3 bahasa serentak =english,arabic dan…loghat Klate(haha)..punya la banyak tersasul tadi. sampaikan Magda pun naik pening dengan saya. sabar ye ukhti Magda layan kerenah saya ni.haha.

habis sesi sembang-sembang,saya cepat-cepat berjalan menuju ke deparment Forensik. bukan nak pegi buat post-mortem ye,tapi nak beli buku soalan forensik. final exam dah tak lama dah. so,saya mesti gandakan usaha saya. Kak Mai dapat mumtaz,kenapa saya tidak boleh?insyaAllah,masa masih ada,so,saya mesti usaha!!doakan saya ye.

ok,itu lah serba sedikit cerita ringkas(short story) saya hari ini. saja mahu berkongsi dengan kawan-kawan dan adik-adik. (padahal cakap je la tak de modal nak tulis apa..hahaha)

oh ye,selamat hari ibu buat ummi saya yang tercinta~love you mom!!ai shi te ru!!

ummi yang comel!!(macam anak dia kan??)

note 1 : Alia ada dua ibu- sorang ummi,sorang mak..haih,bila la saya nak merasa ada dua orang ibu ni?

note 2 : dugaan nak exam..haish..macam2 plak..doakan saya kuat ye!

soalan ophthal hari ini

– in enucleation of the eye, why are we preserve the optic nerve and extraocular muscle?is the patient tend to see ??

– which one is more dangerous between primary open angle glaucoma and closure angle glaucoma?tell me the reasons why?

i need the complete answer for both of these question..thank u for helping me.syukran.

2 kisah

T_______________T

I’m smiling..big smile today!

Alhamdulillah,ternyata kekecewaan saya pada Isnin lalu sedikit terubat pada hari ini. Kecewa sebab apa? Mari saya ceritakan..

Sejak berada di dalam posting mata kali ini,entah kenapa la saya jadi rajin sangat nak jumpa pesakit mata dan check mata mereka. Nak kata minat posting ni,saya tidaklah meletakkan 100 peratus minat yang mendalam terhadap minor posting ini. Atau mungkinkah ianya merupakan posting terakhir bagi saya di tahun 4?so,saya ingin betul-betul memanfaatkan saki baki masa yang ada?atau ada sebab lain??hehe..

Bila dah rasa rajin semacam,timbul pula satu sifat terlalu ‘obsess’ pada sesuatu perkara itu. dalam hal ini,saya terlalu ‘obsess’ dengan patient. Macam-macam benda saya akan ‘explore’ kat pesakit tu. Kalau tak tahu ‘sign’ sesuatu disease tu,saya akan terus bukak buku,bukak atlas,bukak segala nota yang saya bawa semasa ‘ward rotation’ saya bersama pesakit. Hehe.. Sampaikan kawan-kawan saya menggelarkan diri saya sebagai ‘patiento-obsesso’.hmm,satu perkataan Latin yang baru ye,terdapat dalam kamus Latin edisi 2020.cuba check ye!.(hehe..just kidding ya!). saya pun tak tahu kenapa saya begitu teruja setiap kali melakukan pemeriksaan pada mereka. Padahal check mata je pun,bukannya check general system of the body tu..kalau disuruh check general,entah kesian kat patient tu nanti,dapat doctor macam saya. Doctor pernah menasihati saya, buat setakat yang termampu dan jawab apa yang diajar,sesuai dengan sukatan silibus undergraduate,tetapi apabila saya terjumpa ‘sign’ pada patient yang tak sepatutnya diajar kepada undergraduate,mulalah saya lebih-lebih dan sibuk –sibuk  bertanyakan doctor tentang tanda-tanda tu dan sebagainya. Pening doctor nak melayan saya. Lagipun,kenapa perlu ada barrier silibus antara undergraduate dan postgraduate??kita belajar untuk menjadi doctor cemerlang,jadi sepatutnya pengetahuan kita dalam bidang ini perlu mengjangkaui silibus semasa dan up-to-date dengan perkembangan teknologi perubatan semasa. Tak gitu?? Jadi doctor yang peka pada isu semasa,bukannya textbook-oriented.

Oh ya! Nampaknya dah jauh saya merepek ni. Hmm,sebenarnya,Isnin lepas ,selepas kuliah,saya dan Aliya terus ke wad mata 16,tujuannya apa lagi kalau bukan untuk menjelajah dan beramah mesra dengan pesakit.hehe. macam apa je kan? Ok,nak dijadikan cerita,masa saya masuk wad tu,masya Allah,tengok ramai pesakit tengah menunggu giliran untuk diperiksa. Kesian pulak saya tengok mereka. Saya mencari-cari kelibat Dr Amir,resident di situ,tapi baying-bayang dia pun saya tak nampak. saya pun terus melangkah ke wad yang menempatkan katil-katil pesakit. Guess what?? terkejut besar saya bila saya tengok keadaan wad masa tu. Mana patient? Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Saya pandang Aliya dengan pandangan yang kosong. Mana patient??

Saya pun Tanya la nurse kat situ. Rupa-rupanya patient semuanya dipindah ke cubicle lain,untuk diperiksa oleh semua doctor-doktor kat situ.patutlah,rupanya ada Grand ward round hari tu. Doctor-doktor semuanya sibuk . hehe. Saya pun apa lagi,terus laju je mulut ni Tanya nurse tu “mumkin ana aizaa tigii ma’a hum”(boleh saya join mereka?) “Laa’ abadan khalis!!(NEVER!!),jawab nurse tu sepatah. Haha..terkejut saya. Ye la,baru je med student,tapi dah memandai nak buat yang lebih-lebih. Padan muka saya.haha

Saya masih lagi tak berputus asa. Saya terus berlari ke wad 14. wad mata yang terletak bersebelahan wad 16. and guess what? tiada patient juga kat situ. “Hish,tak faham la system kat sini”,saya mengomel sendirian. Kesian kat Aliya kene layan perangai saya ni. Saya masih lagi tak puas hati. Memang target saya nak jumpa patient hari tu,dapat sorang pun jadi la. Saya terus pergi ke wad 13. hasilnya sama juga. Kebanyakan pesakit sedang tidur. Takkan la nak kejutkan mereka pulak. Hmm,akhirnya,saya pun melangkah pulang dengan perasaan yang frust,sedih,kecewa..huhu

Tapi,ada satu lagi tempat yang saya tak pergi iaitu outpatient clinic. Apa lagi,saya dan Aliya berlari-lari anak menuju ke outpatient clinic yang terletak di luar bangunan hospital. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Risau takut clinic tu off,sebab tu saya lari-lari dengan aliya. Sampai sahaja di klinik,saya lihat ramai pesakit hari ini. Doctor pula masing-masing sibuk dengan pesakit. Kesian pula kalau saya mencelah-celah di situ,takut menganggu kerja doctor. di sini,terdapat 6 bilik kecil untuk pemeriksaan mata.setiap bilik disediakan satu slit lamp. Satu bilik besar untuk pemeriksaan menggunakan indirect ophthalmoscopy dan 3 kelas tutorial.

Akhirnya,kami mengambil keputusan untuk pulang. …

Kisah Hari Ini..

Hari ini saya selepas kelas,saya berpeluang beramah mesra dengan 2 orang pesakit. terima kasih makcik dan pakcik!! syukran ya hagg!! coz both of u are very co-operative. Alhamdulillah..

walaupun saya tak berpeluang memeriksa keseluruhan disiplin asas pemeriksaan mata,tapi saya amat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri sign of cataract, depth of anterior chamber,pupillary reflex dan test for RAPD.

insyaAllah,selepas ini,saya berazam untuk memeriksa mata pesakit memenuhi disiplin pemeriksaan yang ditetapkan.

Disiplin/kriteria asas pemeriksaan mata

1. Visual acuity test V/A

2. Eyelid

3. Lacrimal apparatus

4.conjunctiva

5. sclera

6.cornea

7.anterior chamber

8.iris shadow

9. pupil-RRR,pupillary light reflex,RAPD test-swinging light reflex

10.lens

11.ocular motility

12.extra-ocular muscle

13.projection light

Nota : buat teman-teman seperjuangan,ayuh kita gandakan usaha bersama-sama!!

Post Navigation